Ahad, 27 Mac 2011

jom bermuhasabah..

 Bismillahirahmanirahim. kali ini ana nak ajak para pembaca yg budiman berdiam diri sejenak sambil merenungkan kalam-Nya yang penuh dgn mu'jizat. Allah swt berfirman dalam surah al Hasyr ayat 18,

بسم الله الرحمن الرحيم
يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون
  ]الحشر 18 


maksudnya :" Wahai orang-orang yang beriman! Bertqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Dia telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan segala apa yang kamu kerjakan." Quran surah  Al Hasyr 59 : 18

   Dalam tafsir ibnu katsir, Imam Ibnu Katsir meghurai ayat tersebut dgn menyertakan sebuah hadis yang  
diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dpd al Munzir bin Jarir, dari ayahnya, dia berkata : "Kami pernah bersama dengan Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam di permulaan siang. Lalu, ada suatu kaum yang mendatangi Baginda Nabi sallahu’alaihi wasallam dalam keadaan tidak beralas kaki, hanya mengenakan baju yang diperbuat dpd kulit atau sejenis mantel, dengan menyandang pedang.  Mereka datang dpd Mudhar. Melihat mereka yang serba kekurangan itu, wajah Baginda Nabi sallahu’alihi wasallam pun berubah. Kemudian Baginda masuk, dan keluar kembali kemudian memerintahkan Bilal bin Rabah utk mengumandangkan azan kemudian Nabi sallahu’alaihi wasallam solat. Selepas solat, Baginda sallahu’alaihi wasallam berkhutbah:

يأيها الناس اتقوا ربكم الذى خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبث منهما رجالا كثيرا ونساء واتقوا الله الذى تسآءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا 
 }النساء 1 {

kemudian  Baginda membaca ayat surah al Hasyr,

يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون  }الحشر 18 {

selepas Nabi sallahu'alaihi wasallam berkhutbah, orang ramai pun  menyedekahkan sebahagian dinar, dirham, pakaian, satu sha' gandum dan satu sha' tamar -sehingga Nabi sallahu'alaihi wasallam bersabda- ..meskipun hanya dengan sebiji buah tamar.
  Kemudia datang seseorang dpd kaum Anshar dengan membawa  kantung-kantung sehinggakan orang itu tak larat nak angkat. Kemudian orang-orang pun mengikuti apa yang dibuat oleh orang Anshar tersebut (menyedekahkan sesuatu kepada orang miskin tadi) sehingga aku (Jarar bin Abdullah) melihat tumpukan daripada makanan dan pakaian, sehingga aku melihat pada ketika itu, wajah Rasulullah sallahu'alaihi wasallam berseri-seri bagaikan disepuh emas. Kemudian Baginda sallahu'alaihi wasallam bersabda:

من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شيء, ومن سن في الإسلام سنة سيئة كان عليه وزرها و وزر من عمل بها من غر أن ينقص من أوزارهم شيء.

maksudnya: "Barangsiapa yang memulakan suatu sunnah yang baik dalam islam, maka baginya pahala sunnah yang baik itu dan pahala orang-orang yang melakukannya sesudah dirinya tanpa mengurangi dari sedikitpun dari pahala mereka. Dan barang siapa yang memulai suatu amalan sunnah yang buruk disis islam, maka baginya dosa sunnah yang buruk itu dan dosa orang-orang yang melakukannya sesudah dirinya tanpa mengurangi sedikipun dri dosa mereka. (Hadis riwayat Muslim dan Imam Ahmad)

 Itulah kisah para sahabat Nabi sallahu’alaihi wasallam, golongan yang diiktiraf oleh Allah swt sebagai golongan yang terbaik bagi ummat akhir zaman. Hanya dengan sepotong ayat yang pendek mampu menyedarkan mereka utk berbuat kebaikan dan menghulurkan sebahagian bahkan ade yng meghulurkan semua dpd harata mereka utk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Mereka lebih pilih ganjaran pahala dpd kesenagan dunia. Sebab tu la Nabi sallahu’alaihi wasallam siap kabo lagi sapa diantara mereka yang masuk syurga, syurga dah dijanjikan utk mereka disebabkan rasa kecintaan mereka kepada Allah dan RasulNya melebihi rasa cinta mereka kepada dri mereka sendiri. Subhanallah, rasanya amat dan sangat sedikit golongan mcm sahabat ni yang ada pada zaman ni kan, golongan yang lebih menitikberatkan pahala berbanding pangkat nama dan sebagainya. Teringat satu ayat dalam Quran tu, dalam surah Fatir  ayat 29 Allah berfirman,

إن الذين يتلون كتب الله وأقاموا الصلوة وأنفقوا مما رزقنهم سرا وعلا نية يرجون تجرة لن تبور {29}

 Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (al Quran) dan mendirikan solat dan mereka menginfaqkan sebahagian harta mereka yang telah Kami berikan kepada mreka secara sembunyi-sembunyi atau secara terbuka, merek meharapkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi (29)

jom bermuhasabah
Mungkin ayat ni la yang menjadi pemangkin para sahabat dalam melakukan kebaikan. Pendek je kot ayat tu tapi ia seperti surat ‘tender’ saham dpd Allah utk kita. Kalau kita berfikir mengikut akal fikiran orang-orang yang biasa main dengan saham ni, perniagaan mane la yang tak ruginye, semua pasti ada masanya dia untung dan ada masanya dia rugi. Hatta Microsoft corp yang orang tahu die ni syarikat gergasi pengeluar utama cakera keras dan peranti lunak utk computer pun pernah mengalami kerugian. Bayangkan dengan pembeli yang berjumlah ratusan juta pun dorang masih lagi mengalami kerugian apetah lagi kalau takde pembeli. Tapi Allah pulak kata ade perniagaan yang tidak akan pernah rugi, tapi untung sokmo! Ade ke? Hanya mereka yang beriman dengan Allah dan ahri akhir saja yang mempercayai dan membenarkan pekara tersebut.

 Ada seseorang bertanya kpd seseorang tentang azab kubur, ade ke tak azab kubur tu? ada dalam satu hadis Nabi sallahu’alihi wasallam menceritakan tentang azab bagi mereka yang meninggalkan solat. Bagi mereka seekor ular yang diberi nama syuja’ al aqra’, spesifikasi ular tu: panjang taring ialah sehari perjalanan, memiliki kepala 99, matanya dpd api, sekali kena palu, tenggelam badan kita sedalam 7o hasta (aw kama qal). Hemm, bleh cay eke?? Betul ke hadis tu? Macam tak logic plak bunyinye. Punye la sempit kubur tu takkan la ular besar mcm tu boleh masuk?? Takpe, taknk  percaya senang je jawap org tu, tak payah solat pah lepas masuk kubur nanti korng rasa la sendiri, adeke tak korng bleh tau nanti, bila dah masuk kubur nanti. Tapi ade jugak yang menyampuk, takpe, nanti ade orng yang tolong buatkan majlis Tahlil utk kami nanti!! No komen la %@#*!!

 Sama-sama la kita merunung utk seketika kalam Allah tersebut, moga kita termasuk dalam golongan org-orang yang beriman.

أفلا يتدبرون القرءان أم على قلوب أقفالها {24}

“Apakah kamu tidak mentadabburi, menghayati, memahami al Quran ataukah hati kamu telah tertutup?” QS Muhammad 24

Wallahu’alam


ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Nota rujukan : tafisr Ibnu Katsir jilid 3 m/s 386, maktabah al ‘asriyyah, Beirut dan tafsir Ibnu Katsir versi PDF muka suart 20. Boleh download kt mana-mana korng suka nak tekan. kalu yg veri kitabnya boleh beli kt maktabah Dandis, 12 dinar je





0 balasan:

Catat Ulasan