Jumaat, 22 Februari 2013

Coretan bersama senior

Teringat lagi perbualan saya bersama beliau beberapa minggu sebelum berlepas ke Jordan, 2 tahun lepas. Saya yang kali pertama mengenali beliau dialam maya facebook, berakhir dengan pertemuan dengan beliau secara zahir di bumi isra' ini.

"Us, kt Jordan ni apa yang best? Tempat-tempat talaqqi banyak tak? Kalau kt Mu'tah (saya applay ke Mu'tah masa isi borang hari tu.. tup2 kne campak kt mafraq) banyak tempat talaqqi tak?"

Jawapan beliau ringkas je, "enta datang je dulu sini, nanti ana tunjukkan tempat-tempat talaqqi tu"

Saya banyak mengenali Jordan, seluk beluk kehidupan masyarakat Jordan dan aktiviti kebiasaan mahasiswa Jordan dari buku us Hasrizal Abd Jamil "rindu bau pohon tin". Dari buku tu saya tahu yang di Jordan pun ada tempat talaqqi dan pengajian kitab, bukn di Mesir dan Makkah sahaja. Lepas saya khatam baca buku tu, saya pun mem'belek-belek' facebook cari-cari senior yang melazimi talaqqi ni berpandukan fb kawan saya yang ada di Jordan. Tup2 terjumpa la fb beliau. Lepas selak gambar, semak status-status fb dan yakin beliau ni 'thiqah', saya pun memulakan kata bertanya khabar mengenai Jordan.

Bila kaki selamat memijk bumi isra' ni, seseorang yang datang menyambut saya semasa di airport menyapa, 'iqbal, kenapa lewat sangat enta keluar? Ada sangkut mana-mana ke?' (Masa mula-mula sampai Jordan hri tu, saya diuji dengan bagasi yang tak kunjung tiba, dalam tu la baju, dalam tu segala barang keperluan saya. last2 dua hari selepas saya menginap di Mafraq, saya diajak berjalan2 di Abdali tuk beli baju bundle!! Memang lagend bundle la..) saya yang tengah risaukan pasal bagasi, teresengeh-sengeh je bila disapa. Fikiran yang mulanya merisaukan pasal bagasi yang tak keluar, tiba-tiba terfikir lain, 'sape die ni? Macamna boleh tahu nama saya??' Lepas naik bas saya pun tanya kawan saya yang ikut mengambil di airport, 'sape tu izz? Tetibe je..' oo, tu us Hisyam.. hanya mampu mengangguk dan tersenyum mendengar nama tu. Rupanya senior yang saya mesej hari tu.

Selepas bersama-sama dengan beliau selama berada di Jordan, 20hb lepas genap 2 tahun 4 bulan 36 hri saya bersama dengan beliau. Alhamdulillah, walaupun dalam tempoh masa tu, saya tak berpeluang pergi bertalaqqi bersama-sama dengan beliau, tapi alhamdulillah 'semat tahu' mana tempat talaqqi yang lazim diadakan. Saya pernah meminta beliau ajarkan ilmu takhrij hadith, tapi sampai dia balik, tak sempat lagi dengan alasan sibuk kerja persatuan (i hate persatuan!!).

Saya tulis artikel ni bukan kerana nak memuji beliau, jauh sekali menagisi kepulangan beliau ke Malaysia, tapi ingin memberikan semangat kpd kita yng masih berjuang di medan ilmu ini. Beliau yang saya kenali, merupakan orang yang teguh berpegang pada prinsip. Biarpun orang mengutuk dan menghina bahkan 'memulau', beliau tetap dengan prinsip beliau. Tembak la dengan machine gun sekali pun. Kalau beliau dah kata tidak, maka tidak la jawapnnya. Bukan senang nak teguh prinsip seperti beliau. kalau saya, tak payh tunggu orang serang dengan machine gun la, cukup kena jentik ja, mungkin dah lari meninggalkan prinsip asal saya. Orang yang teguh berperisnsip, itu yang membuat saya kagum dengan beliau. Moga kita mampu mengikut jejak langkah beliau..

P/s : sepatutnya saya menyiapkan tulisan ni, tapi disebabkan sibuk dengan kerja persatuan, hari ni baru siap.. memang i hate persatuan la!!


0 balasan:

Catat Ulasan