Ahad, 10 April 2011

dunia ku kini...

Bismillahirahmanirahim. Allhumma inni 'auzubikan min fitnati dunya..terkejut sagat hari ni bila tengok satu video yang dishare oleh kawan2 kt fb. video dgn latar waktu yang mukgin tengah terjadi sekarang ni, minit ni, atau saat ini, video kekejaman manusia terhadap binatang. na'uzubillah ya Allah. mintak diri ini dijauhkan dpd terlibat dengan perkara ni. tak kuat rasanya nak tengok sampai habis, tengok sekerap pun rasa nak muntah da..memang zaman kemusnahan dan kezaliman. manusia dan takda hati perut dah. tak cukup dengan hanya berperangai macam 'binatang', tapi nak jugak jadi macam binatang bahkan nak jadi lebih teruk dari binatang tu sendiri. sangat bersesuaian la dengan firman Allah dalam surah al 'Araf ayat 179,

لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ
 بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ


 maksudnya : Mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

 mintak kita semua dijauhkan dpd golongan2 ni.amiin

ni ana nak kongi video tu, moga dapat kita jadikan iktibar dan pengajaran.
p/s : bg sapa2 yg ada sembelit, cirit2, tau demam2 dan lain2 lagi penyakit. diharapkan tidak melihat video ni dulu. takut tak sembuh pulak nati.. selamat menghayati


0 balasan:

Catat Ulasan