Khamis, 19 Disember 2013

saya dan pilihanraya

pilihanraya kampus. Saya bukan nak bercerita mengenai suasana PRK ditempat saya, bukan juga nak cakap pasal calon pilihan hati saya. Tapi sya nak cakap pasal diri saya..


Pada awalnya, saya telah berazam utk berkecuali dalam PRK tahun ini. memandangkan saya dah nak masuk tahun akhir, saya rasa baik saya memberi tumpuan kpd pengajian saya. sebab saya rasa banyak perkara yang kurang dan perlu kpd penambahan. tapi pada suatu hari tu... dah malas nak cerita. panjang pulak nanti. cerita mudahnya, saya telah dicalonkan utk bertanding pada pilihanraya kampus kali ini. walaupun agak berat, dan memang berat utk menerimanya, bak kata ibu saya, ''mungkin ada hikmahnya..'' ya, semoga saja.

Jumaat, 22 Februari 2013

Coretan bersama senior

Teringat lagi perbualan saya bersama beliau beberapa minggu sebelum berlepas ke Jordan, 2 tahun lepas. Saya yang kali pertama mengenali beliau dialam maya facebook, berakhir dengan pertemuan dengan beliau secara zahir di bumi isra' ini.

"Us, kt Jordan ni apa yang best? Tempat-tempat talaqqi banyak tak? Kalau kt Mu'tah (saya applay ke Mu'tah masa isi borang hari tu.. tup2 kne campak kt mafraq) banyak tempat talaqqi tak?"

Jawapan beliau ringkas je, "enta datang je dulu sini, nanti ana tunjukkan tempat-tempat talaqqi tu"

Selasa, 5 Februari 2013

kisah aku dan dia



Dia anak ke dua dari 8 orang adik beradik, sejak kecil lagi kami selalu bersama. Dia masuk tadika taski abim dekat rumah saya di Gombak dahulu, saya pun masuk sekolah yang sama selang setahun selepas beliau. Kemudian sambung ke sekolah rendah Ibnu Katsir kg. Changkat Gombak, saya pun sambung di sekolah yang sama selepas menamatkan pengajian di peringkat tadika (hilir bunyinye kan..) walaupun saya hanya sempat duduk kurang dari setahun disekolah tersebut sebelum berpindah ke Indonesia. Selepas kembali ke Malaysia, kami sekolah disekolah yang sama lg bermula tingkatan 4 sampai la habis SPM. kemana beliau pergi, jarang saya takda, mesti ada. beliau kehilir, saya kehilir. beliau ke hulu, saya kehulu kehilir, lagi extrem. memang dah macam kenagam la kami ni. Sampai pernah ayah saya cakap, 'korang ni membesar sama-sama, sekolah sama-sama, kehulu kehilir sama-sama, semua sama-sama.. nanti kalau kawin buat sekali ye.. jimat pun jimat'.. macam-macam. Tapi selepas SPM, kami berpecah. Beliau meyambung pelajaran ke Darul Quran kuala kubu, saya pula menyambung pelajaran ke peringkat STAM.

nak kata satu hatinya kami ni, sampai handphone pun kami beli jenis yang sama. dia pakai Nokia 5800, saya pun Nokia 5800. dia beli ini, saya akan beli jugak. semua benda nak sama. saya rasa mujo saya dan dia tak pernah kenal akhowat yang sama. kalau tak saya rama kami akan menyukai orang yang sama!! haha ada satu hobi kami yang sama sejak dahulu. beliau suka membaca dan mengumpul kitab, saya pun suka membaca dan mengumpul kitab. sya rasa kalau saya balik Malaysia nanti dan duduk sekali dengan beliau nanti, mungkin rumah kami boleh buat perpustakaan awam kot sebab banyaknya koleksi buku kami.. banyak-banyak persamaan antara saya dan dia, saya rasa ini yang paling best. boleh berkongsi bahan bacaan sama..

Saya selalu 'berlumba' dengan beliau dalam banyak perkara. Masa dipondok dahulu, semasa menghafal dahulu, beza antara hafalan saya dan dia hanya selang beberapa muka surat je, itu pun sebab saya bagi 'can' dipergi jauh dulu, kalau tak memang saya tinggal jauh dah. Pernah sekali tu saya terkehadapan beberapa muka dari beliau, rasa bangga sekejap. Tapi tak lama, mcm biasa, bagi peluang utk beliau terkehadapan. tapi saya tak tahu antara kami siapa yang khatam dulu. sebab bila dekat-dekat nak habis ni, masing dah kurang menghafal, lebih kepada mengulang dan mengingat hafalan-hafalan lepas. tapi saya rasa saya yang habis dulu. . . Dalam pelajaran pun selalu berlumba dan berusaha utk kehadapan, tapi saya tak berapa ambil berat pasal pelajaran. Dia terkehadapan ke, terbelakang ke, saya tak kesah mana. Sebab semasa dipondok dahulu tidak ada kayu ukur utk pelajaran, tumpuan kami lebih kepada hafazan Quran. Sampailah kami menyambung pelajaran di peringkat SMU dan SPM, baru saya nampak tinggi rendah dan jauhnya antara saya dan dia. rasa dikalahkan oleh beliau dalam bab ni. . .

Bila kami masing-masing dah besar, fikiran dan emosi pun dan berbeza. Cara berfikir yang berbeza dan matlamat hidup yang berlainan. Kalau dulu yang kami borakan biasanya berkitaran dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan benda-benda seperti barang toknologi, tempat-tempat menarik, macam-macam la. Biasa, orang muda, perbincangannya tak jauh mana. Tapi bila masing-masing dah jejak kaki di alam universiti, perbincangan kami dah bukan pasal benda-benda tu semua. Kami lebih kepada perkongsian maklumat dan fikrah. Masa saya ambil STAM dulu, saya lebih suka tanya pelbagai perkara kepada beliau sebab beliau lebih banyak bergaul dengan orang-orang yang pelbagai latar pendidikan di Darul Quran berbanding saya yang masih berada disekolah menengah. kadang kalau ada masalah apa-apa sekali pun, kadang saya akan rujuk beliau terlebih dahulu berbanding orang lain hatta mak dan ayah saya. orang kata cari karan diwayar yang sama kuat tegangannya, baru hidup lampu. kalau sambung terus ke wayar yang bertegangan tinggi, boleh terenjat dan mati nanti.

sampailah suatu hari tu, dia meninggalkan saya jauh dibelakang. . . rasa sedih ada, gembira ada, perasaan yang bercampur baur. dia telah menikahi seorang hamba Allah dengan sekali lafaz. masa tu saya berada di Jordan, hanya mampu melihat senyuman beliau melalui webcam sahaja. hadeh,, rasa makin jauh ditinggal dalam bab ni. haha saya tulis artikel ini bersempena dengan kelahiran anak sulung beliau pada malam ni pukul 10.30 waktu malaysia atau dalam pukul 5 petang waktu Jordan. anak yang diberi nama Abdul Bari As Sa'diy. Beliau ada tanya saya sebelum ini mengenai nama ini. sesuai atau tidak dari segi nahu ada kesalahan tak, tapi saya tak jawap lagi, tak ingat punya pasal. haha takpa la, bila anak tu umur 5 tahun nanti saya bagi jawapan la. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah, bertambah la ahli keluarga saya dan akan bertambah jua orang yang akan panggil saya pakcik. heh.. terasa makin tua dengan kehadiran anak beliau ni walaupun sebenarnya saya muda lagi.


kini saya hanya menuggu turn saya je.. 2 orang abang saya telah selamat menyempurnakan separuh iman mereka, tinggal saya yang masih mencari dan tercari kot-kot ada orang nak.. hui3

Jumaat, 9 November 2012

perkongsian ilmu : akhir sebuah penantian

Alhamdulillahirabbil'alamiin.. puji syukur kepada Allah Rabb yang memelihara alam dan menetapkan segala sesuatu sesuai dengan kadarnya. bersyukur padaNya, selepas beberapa tahun menanti dan menanti (2 tahun je pun~), akhirnya dapat la juga saya menjejakkan kaki di majlis ilmu para ulama' di Zarqa, muhadarah syaikh Ali Hasan al Halabi. puas rasa.. selepas beberapa dugaan yang perlu saya hadapi. nak pergi tak tau tempat la, program la, dan bagai-bagai lagi halangan selama dua tahun ni (atau sebenarnya alasan?? haduii..). 'ala kullihal, alhamdulillah sebab berpeluang lagi untuk pergi menghadiri muhadarah beliau sebelum tamat pengajian di Jordan ni.

rasa tenang dan damai jiwa ni bila berada dimajlis ilmu tadi. fikiran yang berserabut jadi tenang. jiwa yang gundah gulana jadi tenang. badan yang penat pun jadi tenang. tenang sebab ilmu yang akan masuk bersih dari sebarang keraguan, selamat dari sebarang syubhah dan jauh dari sebarang tanda tanya. apa yang dilafazkan oleh syaikh disandarkan kepada dalil yang sahih, uslub yang cantik, susnan bahasa yang mudah difahami dan cara yang tak memberatkan fikiran. dengar sekali, insya Allah nak datang lagi, seolah musafir dipadang pasir yang menemui oasis ditengah kepanasan gurun sahara. haa.. kalau tak percaya boleh la korang datang minggu depan, dialu-alukan. harap moga perjalanan ilmu ini dipermudahkan olehNya dan ditetapkan jantung ini untuk melaziki muhadarah ni hingga tamat pengajian saya di Jordan nanti. amiin

sedikit coretan saya mengenai muhadarah di Zarqa ni. masa awal-awal sampai ke Jordan ni, saya dah dimaklumkan mengnai mehadarah di Zarqa ni oleh seorang senior. bila beliau sebut je nama sorang syaikh yang pakar dalam bidang hadith, yang terbayang oleh saya seorang syaikh yang dah tua yang yang jalan bertongkatkansebtang kayu. haha.. memang 'naif' la gambaran yang saya berikan kepada syaikh. hatta bila sampai dimasjid tadi, saya tercari-cari sesosok 'syaikh tua' yang akan mnegajar pada malam ini. jeling punya jeling, habis satu penjuru masjid saya cari sosok yang saya cari, tak jumpa-jumpa. last2 seorang yang masih kelihatan muda, berbadan tegap dan besar berjalan menuju meja tempat biasa orang mengajar, tak sangka, itulah syaikh Ali Hasan al Halabi hafizahullah. senyum sorang saya, minta maaf la syaikh, saya dah bagi gambaran yang teruk kepada syaikh.

tenang melihat wajah syaikh, tak berserabut dan bersih wajahnya. walaupun syaikh berkulit agak gelap, tapi nur wajahnya terlihat jelas. kalam yang keluar dari mulut syaikh seolah-olah kita tengah membaca kitab. maksudnya bahasa yang syaikh gunakan ialah bahasa arab fushah. syaikh memang terkenal dengan bahasanya yang fushi, hatta baris pada akhir kalimat yang biasa disukunkan oleh kebanyakan kita, tapi syaikh membaca jelas dengan harakat!! memang terbaik.. syaikh juga adalah seorang yang zuhud dan tawadhu'. selepas habis muhadarah saya ingat nak mencium tangan syaikh. tapi belum sempat saya tenduk syaikh sempat menahan badan saya dpd mencium tangannya, berbeza dengan beberapa orang dari kita yang pantang kalau orang tak cium tangan!! beza jauh antara orang ilmu dan orang nafsukan. moga Allah memelihara kita semua dpd kesesatan nafsu yang merajai jiwa dan melampaui akal.

suka saya membaca syair Imam asy Syafi'i rahimahullah dan diwaan asy syafi'i,

إن الفقيه هو الفقيه بفعله   ليس الفقيه بنطقه ومقاله

"orang yang faham itu ialah orang yang faqih dalam perbutannya, bukan mereka yang faqih itu orang faqih dalam tulisan dan perktaan mereka"
(saya budak baru belajar, kalau silap terjemah tolong betulkan)

gambar syaikh yang sempat saya shot tadi.. curi2 shot takut saya
pulak yang kne shot nanti.. hehe

Rabu, 8 Ogos 2012

bingkisan Ramadhan : moreh = mengumpat

"Eh, lepas tadarus nanti jangan balik dulu ye, saya ada bawah makanan sikit tadi, kite sembang-sembang dulu"
"Oke.. tengok tadi ada lepat,cucur udang bagai, memang sesuai la makan lepas tadarus.." sambung seorang jamaah.
"Ha'a, skali kita bincang-bincang skit pasal penduduk dikawasan kita ni" sambung seorang lagi jamaah dengan penuh minat



Mungkin begitulah 'skema harian' jamaah surau dikawasan perumahan kita, dirumah, dipejabat bersama rakan atau dimana-mana sahaja yang mengadakan tadarus al Quran secara berjamaah selepas solat taraweh. Ada baiknya 'mini reunion' semacam ni, boleh merapatkan lagi ukhuwah antara jamaah, keluarga dan kawan selain boleh bertukar juadah dan selera. Kena pulak kalau ada diantara jamaah, keluarga atau kawan yang membuka gerai jualan dibazar Ramadhan, alang-alang dah ber'reunion' tu, boleh la bawak saki-baki jualan yangg tak habis tu untuk dihabiskan bersama. Takke rizki tu? Boleh merasa makanan free..

Apa-apa pun, dalam kerancakan bersembang tu, kadang-kadang kita tak perasan yang kita terumpat, termaki, terkutuk dan pelbagai ter lagi yang dapat mengundang dosa dan merosak iman. Bahkan dalam sesetengah perbincangan tu, topik utamanya ialah mengumpat orang. Allahu rabbi.. perkara yang awalnya molek berubah jadi tak molek. Kadang kalau saya berada ditegah-tengah mereka pun, saya jadi rasa serba salah. Nak lari, atau nak duduk dengar je. Kalau nak lari pun, awal-awal lagi dah kena 'warning', "relax dulu bal, esok kamu bukan kerja pun, bukan ada kelas pun, bukan buat apa pun kt bilik tu" dan berbagai lagi helah. Hah, memang susah la nak lari tu. Tapi dalam banyak-banyak keadaan, saya lebih suka duduk berdiam diri. Yela, mana la tahu, kot-kot apa yang mereka bincangkan tu perkara-perkara yang merka tak suka pada seseorang contohnya imam surau, kawan dan orang-orang yang 'berpengaruh' lainnya. Niat saya duduk berdiam diri, kot-kot la saya boleh dapat tahu apa yang orang suka, apa yang orang tak suka. Maklum la, baru nak kenal dunia, lain orang lain kecendrungan..

Ada dalam satu malam tu, seorang pakcik disebuah kawasan diatas bumi bagi tau ke saya mengenai seorang hamba Allah, "imam yang sorang ni kan, kalau dia naik je, orang mesti menyampah. Bukan apa bal, dia kalau solat subuh, bacaan dah la panjang, lepas tu wirid memang nak kena khatam kitab wirid! Susah la macam tu, orang nak pergi kerja lagi. Lepas tu lepas solat subuh biasa ada tazkirah dari ustaz Z, orang pun nak la dengar. Tapi kalau dah imam baca panjang, wirid lama, memang tak sempat nak dengar ceramah, orang  dah balik siap-siap nak pergi kerja" saya pun mangguk-mangguk je sambil ambil ihtimam dengan kesukaan kebanyakan jamaah masjid atau surau, kalau saya jadi imam subuh nanti, dirumah ke suaru ke masjid ke, bacaan jangan panjang, wirid pun bagi 'cukup syarat' je. Pernah sekali tu saya jadi imam disebuah surau, bukan takat bacaan dipendekkan dan wirid diringkaskan, tapi dengan qunut-qunut skali saya tinggal sebab terlupa.. haha

Bukan tak dibenarkan duduk bersembang bersama kawan karib, jiran atau rakan pejabat. Kalau kita tengok hadith-hadith nabi Sallallahu 'alaihi wasallam pun, kita akan dapati banyak hadith yang diriwayatkan semasa Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam duduk bersama para sahabat Baginda radiallahu 'anhum ajma'in. Contoh hadith datangnya malaikat Jibril 'alaihissalam yang datang menyerupai seorang lelaki untuk mengajarkan tentang islam kepada para sahabat Baginda. Juga hadith yang menceritakan ketika para sahabat tengah duduk-duduk bersama Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam, tiba-tiba terdengar suara dentuman kuat. Kemudian Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam mengkhabarkan kepada para sahabat Baginda bahwa bunyi dentuman itu berasal daripada sebuh batu yang dilepar dari tingkat neraka yang paling tinggi 70,000 tahun dahulu dan baru sampai mencecah dasarnya dan lain-lain lagi periwayatan hadith yang meriwayatkan bahwa Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam selalu duduk-duduk bersembang bersama para sahabat Baginda. Tapi, adakah Baginda dan para sahabat bersembang kosong, merapu entah kemana dan mengata orang dalam perbualan mereka?

Tentunya tidak! Sembang Baginda dan para sahabat ridhwanullahu 'alaihim adalah sembang yang bermanfaat, membincangkan hal-hal yang dapat memberi kebaikan, saling menasihati antara sesama dan mengajarkan kebaikan dan ilmu. Sembang yang membawa kebaikan bukan saja untuk para sahabat, tapi untuk ummat Baginda pada akhir zaman. Kalau nak dibandingkan dengan sembang kita dengan para sahabat, bagai Johor dengan Kelantan la. Takkan bertemu dua daratan tu walaupun berada pada dataran yang sama.

Bagi saya, tidak salah untuk kita mengatakan sesuatu keburukan yang ada pada diri seseorang tapi dengan syarat tidak menyebutkan nama orang yang kita nak umpat. Sekadar nak mengambil pengajaran dan pelajaran atas kesilapan orang lain. Insya Allah kalau macam tu, tak la kita termasuk dalam golongan orang yang memakan daging saudaranya sendiri.Bulum terlambat lagi untuk kita mengubah 'corak' bersembang kita, selagi matahari terbit diufuk timur, selagi itu kita diberi peluang olehNya untuk berubah kearah kebaikan. Bersembanglah perkara yang memberi manfaat, jauhkan dari mengumpat dan mengata orang. Mungkin ini antara amalan para salafussoleh yang ditinggalkan...




renungan Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabtu, 4 Ogos 2012

bingkisan Ramadhan : tadarus al Quran


Alhmadulillah, selepas beberapa bulan tak menulis, tetiba tergerak hati ni untuk menconteng sesuatu di blog ni, berkongsi sesuatu yang mudah-mudahan memberi manfaat kepada siapa yamg membacanya. Walaupun saya bukanlah penulis yang terbaik dalam tulisannya, ataupun seorang yang pandai menyusun kata dan kalimat dalam bicaranya, tapi setakat apa yang terdaya dan mampu saya beri, insya Allah saya akan cuba..

Alhamdulillah, pada tahun ini saya telah diberi peluang untuk menjadi imam tarawih, Alhamdlillah, selepas beberapa tahun dahulu sempat mengimpikannya, tapi tak dapat lesen lagi untuk jadi imam @ saya yang selalu mengelak bila dapat tawaran untuk jadi imam? biasa la, kecil lagi masa tu, nak jadi imam tu agak takut lagi. takut terkelu lidah ni kalau tak ingat ayat. last-last sepatutnya dalam satu rakaat kena baca satu muka surat, takut bila dah terkelu lidah tu, jadi satu dua baris pulak bacaan nanti.. tak ke huru hara jamaah nanti?!

berkenaan dengan tadarus al Quran yang menjadi tajuk utama artikel kali ini, ini kali pertama mengahdiri tadarus al Quran bersama masyarakat awam. Biasa saya bertadarus bersama kawan atau sahabat-sahabat semasa di sekolah dulu, bila kali pertama ni, saya ingat agak sukar pertamanya sebab kena berhadapan dengan masyarakat yang saya fikir tahap bacaa dorang masih lagi diatas rata-rata, walaupun ada sebahagian dikalangan mereka yang bacaannya pada tahap ‘boleh la’. Apa-apa pun, bagi saya, bacaan al Quran pakcik-pakcik di kariah taman perumahan ni jauh lebih baik berbanding pakcik-pakcik lain yang saya pernah dengar bacaan dorang, terutama pakcik-pakcik di kampung saya di Batu Pahat, logat jawa mereka yang kental memang menjadi perosak bacaan mereka.

apa yang ‘menariknya’ bagi saya disini, pakcik-pakcik ni, walaupun bacaan dorang terkesan agak ’merangkak’ lagi, tapi dalam bab tajwid dan hokum hakam bacaan dorang sangat-sangat jaga. mana yang panjangnya, mana yang ghunnahnya, mana yang boleh waqaf, mana yang tak boleh waqaf, mad dan lain-lain hukum tajwid semua meraka jaga. Alhamdulillah.. tapi keadaan ini jauh berbeza dengan kelas mengaji yang pernah saya ikuti di Jordan. para masyaikh kami di muhafazah al Quran, apa yang saya perasa, dorang kurang ambil berat terhadap tajwid pelajar-pelajar mereka yang bacaan al Qurannya agak kurang lancar. kalau ada mad yang kurang panjang contohnya, dorang biarkan je, berhenti kat mana-mana pun dorang biar je, tak ada teguran untuk mereka. tapi bila pelajar mereka yang bacaannya oke sikit, hah siap la, pantang kurang ghunnah sikit je, terus kena tegur. Panjang kurang seharakat je nye pun, dorang sekat bacaan. Memang kellaasss punye la. Terfikir pulak saya dua keadaan yang belainan ni, antara fi’liah sebahagian masyarakat kt Malaysia ni khususnya di kawasan kariah perumahan tempat saya imam dengan fi’liah mungkin sebahagian masyaikh al Quran di Jordan.

Saya ada terfikir suatu rumusan yang mugkin digunapakai oleh masyaikh al Quran di Jordan,

baca al Quran dengan makhraj yang betul adalah lebih aula (lebih utama) berbanding baca al Quran dengan tajwid tapi makhraj (sebutan huruf) tak betul

sahih atau tidaknya rumusan ini, mesti saya akidkannya bila saya balik Jordan nanti, insya Allah kalau balik semula la. . .

tapi pada fikiran saya, ada betulnya rumusan ni. Para masyaikh kami di Jordan lebih mengutamakan makharaj daripada bacaan muridnya berbanding ketepatan hukum hakam pada bacaan. kalau difikirkan pun, agak sukar untuk kita memperelok bacaan dalam masa yang sama nak kena perbetulkan tajwid pulak. bukan tak boleh, tapi kalau bagi saya, agak sukar untuk buat dua perkara dalam satu masa. tapi kalau buat satu-satu dahulu, perelokkan bacaan, lepas tu baru perkemas tajwid, insya Allah mudah la untuk kita mendapatkan bacaan yang baik dengan menjaga hukum-hakam pada bacaannya sekali. .

 Saya teringat dengan beberapa orang sahabat saya di Jordan, yang bacaan al Quran mereka ‘tak berapa nak elok’ lagi. takut benda tu akan menjadi ‘momok’ kepada mereka bila mereka pulang ke tanah air kelak. Macamna taknya, setara pakcik-pakcik yang duduk dikampung boleh lagi baca al Quran dengan baik, inikan kita yang balajar jauh di negara arab, bila balik nanti, bacaan al Quran masih ‘terangkak-rangkak’ lagi, memang kurang molek la. Bukan rasa malu yang nak diperkirakan, tapi sejauh mana dakwah kita akan berkesan nanti kalau yang asas ni pun kite tak berapa nak lepas lagi, apatah lagi ‘part-part’ tinggi dalam dakwah? takut kita tercicir dan tenggelam dari kehidupan masyarakat yang akhirnya akan membawa kepada kemalapan jalan dakwah kita kepada mereka. na’uzubillah. .

kena pulak bila musim cuti persekolahan, sorang pakcik buat tawaran ke kita, “ustaz, kalau cuti ni kita buat kem perkemas bacaan al Quran kepada budak-budak sekolah ni oke tak?” babb,, memang tak menjawapla..

kepada sahabat-sahabat saya, selagi kita ada peluang, masa dan ruang, jom kita sama-sama kita memperbaiki diri kita, khususnya dalam seni bacaan al Quran. Biarpun suara tak semerdu dan seenak bacaan johan tilawah antarabangsa (yang orang Kelantan tu), asalkan kita mampu membaca kalamNya dengan baik, Insya Allah itu yang kita mahu dan itu yang terbaik.
Dari apa yang saya tahu, ramai daripada kalangan adik beradik kita yang berada di Jordan, khususnya yang berada di Mafraq pelajar lepasan maahad-maahad tahfiz atau pengajian Quran seperti Darul Quran, diploma tahfiz dan lain-lain. kalau rasa malu nak memperbaiki baca depan syaikh, ambillah peluang ini untuk memperdengarkan bacaan kita didepan mereka. Insya Allah saya rasa, tak ada daripada kalangan sahabat kita ni yang menolak untuk diperdengarkan bacaan Quran kita. Bahkan, mereka semua sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan antum dihadapan mereka untuk diperdengarkan bacaan antum. Jangan sampai kita menyesal dikemudian hari, baru kita nak mencari kelas-kelas intensif membaca al Quran. Toba’an malu kita nanti. lulusan timur tengah kok mencari kelas intinsif membaca al Quran, yang sepatutnya kita yang membuat kelas intensif tersebut. Piye toh?! fikir-fikirkanlah. .

pesan seorang pakcik kepada saya, “Bal, balik Jordan nanti belajar la pelbagai jenis lagu (Qiraat). Dah balik Malaysia nanti, ajar kitorng pulak..”
insya Allah la pakcik. . .

Ahad, 29 Januari 2012

Guideline Ketika Tempoh Bertunang

 Bertunang adalah salah satu proses yang wujud dalam syariat Islam. Hukumnya adalah sunat. Ia terjadi apabila hasrat seorang lelaki untuk menjadikan seorang wanita sebagai isterinya disambut oleh wanita tersebut ataupun walinya. Maka, apabila sah menjadi tunangan, wanita tersebut tidak boleh lagi dipinang oleh orang lain.
 Mungkin asas tersebut sudah ramai yang tahu.Cuma ramai orang terlepas pandang tentang apa yang berlaku seusai proses pertunangan tersebut. Kita tahu, jika seorang lelaki hendak melamar, dia diharuskan untuk tengok wanita yang hendak dilamarnya. Apabila wanita tersebut sudah bergelar tunangannya pula, dia boleh berkenalan dengan wanita tersebut beserta keluarganya. Itu antara hikmah pertunangan ; sebagai proses menuju perkahwinan yang sejahtera.


 Bab perkenalan itulah ramai orang terlepas pandang. Mungkin sebab tidak dititkberatkan. Maka banyak jugalah berlaku kerosakan pemuda dan pemudi Islam yang berada dalam fatrah pertunangan kononnya atas nama ‘berkenalan’. Jadi saya cuba tuliskan sedikit guideline atau panduan untuk perhubungan sewaktu tempoh pertunangan. Harapnya, ia mampu menarik mana-mana yang telah terlanjur ke depan dan mampu menyuntik keberanian kepada mana-mana yang masih tidak tahu cara berhubungan.
Ok,kita mulakan.

Ahad, 15 Januari 2012

renungan..

3491296073_e4bab7802cAda 4 golongan manusia ketika mendengar azan dikumandangkan :
  1. Golongan yang apabila mendengar suara azan berkumandang, hatinya tidak tergerak utk pergi menunaikan solat berjamaah dimasjid, tapi dia hanya berkata 'oh dah masuk waktu', sambil meneruskan aktivitinya (azan hanya sebagai penanda waktu baginya)

 
2. Golongan yang apabila mendengar suara azan berkumandang, dia terus menunaikan solat ditempat dia berada. Jika dia sedang berada ditepi jalan, dia akan solat ditepi jalan. Jika dia sedang berada dikedai, dia akan solat dikedainya dan sebagainya.

 
3. Golongan yang apabila mendengar suara azan, dia terus meninggalkan pekerjaannya dan pergi ke masjid utk menunaikan solat secara berjemaah dimasjid. Golongan ini lebih baik daripada dua golongan diatas.

 
4. Golongan ini adalah merupakan golongan yang paling baik daripada 3 golongan diatas. Bila dia mendengarkan suara azan dikumandangkan, dia terus meniggalkan pekerjaannya dan pergi ke masjid utk solat secara berjamaah di masjid, dengan mengajak anak-anaknya yang telah aqil baligh, atau kawan-kawan sebilik dengannya, rakan-rakan dan orang yang berpapasan dengannya ditengah jalan. Inilah golongan yang terbaik, berbuat kebaikan kemudian mengajak orang lain utk turut bersama dengannya.

  Dimanakah kita? Adakah kita termasuk didalam golongn org yang menjadikan azan sebagai 'jam' baginya, atau kita menjadi org yang mengajak org lain utk bersama-sama dgn kita berjamaah dimasjid?
Jaddidu imaanakum, perbaharuilah iman kamu.


Ingatan utk diri sendiri dan utk semua..



Petikan tazkirah dpd jamaah tabligh Kedah, masjid Anas bin Malik, al Mafraq Jordan
20 safar 1433 hijriah

Rabu, 28 Disember 2011

keluarga saya


  Fikiran saya buntu bila melihat setiap sudut ruang yang ada dirumah persatuan ni. tak tahu apa yang sepatutnya saya buat pada sudut-sudut tersebut.. nak diterbalikkan kah? nak ditukar kedudukannya kah? nak dihancurkan kah? atau nak bagi rata je semua, buat macam dewan komuniti berdekatan kawasan rumah saya di Bukit Beruntung, Rawang?? hemm,, entah la..

Sabtu, 24 Disember 2011

berjalan melihat mentafsir

 Seseorang menalifon saya, memberikan sedikit ‘nasihat’ sebelum beliau berangkat pulang ke Malaysia,


   “ustaz, kalau boleh kurangkan la sikit jalan-jalan tu. banyakkan tolong persatuan ni. persatuan memerlukan tenaga untuk kerja-kerja ni..”


 lebih kurang macam tu la petikan ‘nasihat’ yang diberikan. tersenyum saya sambil berfikir,’bukan selalu pun saya berjalan ni. baru dua tiga empat kali je pun, orang dah nasihat suruh kurangkan!’ kebetulan masa tu saya baru balik dari ‘bercuti’ ke Syria, lebih kurang sebulan lebih jugak saya di sana. Bukan tak nak dengar nasihat, tapi… lagi pun saya berjalan masa cuti belajar je, orang kate nak ambil ‘zuq’ baru sebelum melangkah menghadapi semester baru pengajian di universiti, bukan mencuri masa ketika fatrah pembelajaran sampai monteng kelas semata-mata nak berjalan..