Rabu, 28 Disember 2011

keluarga saya


  Fikiran saya buntu bila melihat setiap sudut ruang yang ada dirumah persatuan ni. tak tahu apa yang sepatutnya saya buat pada sudut-sudut tersebut.. nak diterbalikkan kah? nak ditukar kedudukannya kah? nak dihancurkan kah? atau nak bagi rata je semua, buat macam dewan komuniti berdekatan kawasan rumah saya di Bukit Beruntung, Rawang?? hemm,, entah la..

  pelbagai ‘gaya’ dan ‘cara’ berfikir dah saya set dalam kepala otak ni, tapi kebuntuan je yang saya dapat. orang kata, tak berapa nak kreatif mana otak ni dalam bab-bab ni.. yang saya nampaknya hanyalah kotak, kotak, kotak, kotak dan kotak!! almaklumlah, bangunan kat jamiah pun kotak-kotak saja. sampai nak beza yang mana kelas dan mana jamban (opss!) pun susah (kalau tengok dari google maps lah)!! berputus asa? oh tidak sama sekali.. perjalanan yang masih jauah, takkan la saya nak berputus asa di permulaan perjalanan? saya masih mempunyai adik beradik seramai 409 orang yang boleh saya mintai pendapat dan pandangan mereka. siapa tahu, mugkin dari pandangan mreka la sudut-sudut yang kosong tu mampu diubah menjadi 'taman-taman' yang mengasyikkan? tempat yang sejuk dipandang dan menyenangkan bagi siapa sahaja. mungkin.. pengalaman berkerjasama bersama mereka dalam beberapa program membuat saya yakin, bahwa ada mereka-mereka yang ber’otak’ kreatif dalam bab-bab ni. mesti ada dalam ramai-ramai tu. tapi.. siapa mereka itu?


  13hb 9 2010, satu tarikh keramat bagi saya. tak pernah terbayang oleh saya, pada tarikh tersebut saya ditakdirkan menjejakkan kaki untuk pertama kalinya di bumi pak arab! pelbagai rasa yang saya rasakan ketika, gembira, seronok, excited, sedih (?), dan pelbagai rasa lagi, semuanya bercampur menjadi satu. yela, masa kecil-kecil dulu, bila sebut je 'arab', apa yang terbanyang dibenak saya hanyalah padang pasir yang terbentang luas, pokok pun ada takda, yang ada hanyalah butiran-butiran pasir membuatkan saya ‘berazam’ tak akan menjejakkan kaki kesana. membayangkan saya akan kesana pun ‘segan’, tup3, 13hb 9 tu saya ‘dijejakkan’ ditanah arab!! alhamdulillah.. makar Allah dan perancanganNya utk hambaNya..


  sesampainya saya di Jordan, saya menyangka saya akan bersendirian di negeri pak Arab ini. dengan hanya bertemankan orang-orang yang berjanggut lebat, berhidung mancung, bersusuk tubuh tinggi, dan lain-lain lagi ciri khas orang arab. rupanya perkiraan saya 'meleset', saya ada keluarga baru kat sini. ada abang, kakak, adik, pakcik (ade pakcik!!), makcik, tolak nenek dengan atuk je yang takda. keluarga baru yang akan berkongsi susah dan senang selama saya di Jordan. menemani saya dalam sendirian saya, ketawa, suka dan gembira bersama, berkongsi kisah suka duka bersama, menagis bersama (orang laki pun ade hati ape -_-), semuanya bersama. hidup di bawah satu rumah yang bertiangkan rukun islam yang lima, berdindingkan iman dan ilmu, dan berbumbungkan ketaqwaan untuk kami sama-sama mencapai kejayaan dunia akhirat, mengejar redha sang pencipta dan meraih kemanisan iman bersama insya Allah, rumah yang kami beri nama PRISMA, Persatuan Mahasiswa Malaysia Al alBayt, al Mafraq, Jordan. alhamdulillah..


  rasa seronok bila berkeluarga ini. apa-apa kekurangan kita, ada yang tegur, salah silap kita ada yang tolong perbetulkan, beban berat kita ada yang tolong pikul sekali, serba serbi jadi mudah la. hatta kalau lapar pun, ada yang rela hati tolong masakkan dan berkongsi makanan bersama!! bukan sekadar ikatan ukhuwah antara sahabat dah, tapi ikatan antara keluarga. orang jawa kata, usrati, usrati.. ha betul dah tu.


saya ada problem, boleh adik beradik tolong saya?
  saya tengah kekeringan idea sekarang ni untuk meng'organise' rumah baru kita (rumah persatuan atau dalam bahasa jawanya بيت بريسما : Bayt Prisma) dan saya amat memerlukan sumbangan idea adik beradik semua untuk 'membangun' rumah kita tu. kita masih lagi ditahap perintis untuk rumah persatuan ni. ada seribu satu penambahbaikkan yang perlu kita lakukan demi menambah ’keselesaan’ rumah kita.. nak harapkan abang besar (AMT dan Exco syabab), kak yong (AMT dan Exco akhowat) dan barisan organisasi rumah persatuan saja, saya rasa tak memadai untuk semua itu. kami mengharapkan pandangan, cadangan, kritikan, tunjuk ajar dan nasihat daripada adik beradik semua, keluarga besar PRISMA, demi rumah kita bersama. ada je cadangan ni, tapi tak tahu nak sampaikan pada siapa? oh dont worry, abang besarkan ada? takut sangat nengok muka abang besar? kak yongkan ada? insya Allah mereka sedia mendengar. tak pun boleh terus berhubung dengan saya via email atau mesej terus ke nombor saya. insya Allah kami sedia mendengar semua kritikan dan cadangan adik beradik semua.


  jazakumullah khair, sebaik-baik penghargaan dan balasan hanya Allah sahaja la yang mampu membalasnya. selamat berimtihan untuk adik beradik semua. banyakkan berdoa dan beribadah disetiap masa, jangan dekat exam je baru nak beribadah ye.. xmo gitu, xmo2.. 






[selagi bernyawa, jangan pernah terfikir untuk berehat]
-------------------------------------------------------------------------
•asalnya saya nak buat status facebook je tadi, tapi tertulis panjang pulak. alang-alang dah lebih 350 patah perkataan tu, baik pindah ke blog 
• exam balaghah hari selasa ni, 3hb 1 2012.. tetiba rasa nak mengaplikasikan ilmu tu plak.. so selamat berbalaghah la semua
•boleh hubungi saya di 
email   : iqbal_maillam@yahoo.co.id
no fon : +962779098506
skype  : err.. tak perlu kot

2 ulasan: