gambar sekadar hiasa..hehe |
1.semua pembicaraan haruslah utk kebaikan.
"Barangsiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berkata baik atau lebih baik diam." (HR Bukhari Muslim)
2.Berbicara haruslah benar dan jelas.
"Bahwasanya perkataan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua orang yang mendengar."(HR Abu Daud)
3.Seimbang dan elakkan unsur belagak dalam berbicara.
"Sesungguhnya orang yang aku paling benci dan paling jauh daripada ku nanti dihari kiamat ialah orang yang banyak cakap dan berlagak dalam berbicara." Maka dikatakan : Wahai Rasulullah kami telah mengetahui arti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun (متشدقون).lalu apa makna al mutafayhiqun (المتفيهقون)? Maka jawab Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: "Orang-orang yang sombong." (HR Tirmizi dan dihasankannya)
4.Menghindari banyak berbicara kerana khuatir membosankan orang yang mendengar.
Adalah Ibnu Mas'ud ra sentiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdur Rahman! Seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawap Ibnu Mas'ud : Sesungguhnya tidak ada yang menhhalangiku memenuhi keinginan mu, hanya aku khuatir akan membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan Beliau menjawap khuatir menbosankan kami." (HR Muttafaq 'alaih)
5.Mengulang kata-kata yang penting jaka diperlukan.
Daripada Anas bin Malik ra bahawa adalah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam jika berbicara maka Beliau mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarnya menjadi faham, dan apabila Beliau sallallahu 'alaihi wasallam mendatangi rumah seseorang maka Beliau pun mengucapkan salam tiga kali.(HR Bukhari)
"Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah subahanahu wata'ala yang ditidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah mencatatkan yang demikian itu sampai hari kiamat." (HR Tirmizi dan Ibnu Majah.Tirmizi berkata hadis ini hasan lagi sahih)
wallahu'alam..smoga kite dpt mngambil pelajarn dan pengajaran dpd nota ni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita..
قال الله تعالي "وذكر فات الذكرى تنفع المؤمنون" والله اعلم