Khamis, 17 Mac 2011

hikmah disebalik tergedi

Bismillahirrahmanirrahim. agak lama rasanya ana tidak tulis dalam blog ni, maklum la, semenjak dua menjak duduk kat Jordan ni, ade je kerja dan aktiviti yg nak dibuatnye (cam raji menulis je mase kt msia..hehe) kena pulak sekarang ni masih lagi dalam fatrah imtihan, so lagi la takda mase nak menulis tu (walhal mmg malas nak menulis pun..hee). Inagtnya minggu lepas ada lerlintas nak tulis 'mugo', tapi tu la, teringat pulak akan imtihan dan assignment yang diktur wa dukturah bagi, memang lupus terus niat nak menulis tu. Apa-apapun, moga perkongsian yang sikit ni membawa makna yang besar, insya Allah.

 Ada sdikit perkongsian yg ana nak berbagi dgn 'pembuka' blog ana ni (kalu tgk kt ukhwah online tu ade je org yg bukak..tak tahu la sape.pape pon, trimakasih kerana sudi mngunjungi blog ku.. :), perkongsian tentang apa yang telah terjadi beberapa hari lepas, tepatnya hari jumaat 11hb mac lepas. sepertimana yang kita semua sedia maklum, satu gempa bumi berskala 9 Richter (telah dinaikkan hari ni dpd 8.9 sebelum ni) beserta tsunami setinggi 10 meter yang berlaku di Sendai, Honshu telah
memusnahkan hapir keseluruhan kota tu. Pusat gempa tersebut berlaku di kedalaman 24 km di bawah permukaan laut sejauh sekitar 130 km sebelah timur Sendai atau 373 kmsebelah timur Tokyo.  Setakat saat ni, jumlah korban yang diaggarkan oleh melebihi 6,000 jiwa. Masya Allah, kejadia tsunami kedua yang mengorbankan beribu jiwa selepas kejadian tsunami di Acheh, penghujng tahun 2004. Menurut berita yang sempat ana baca, beberapa hari sebelum kejadian gempa dan tsunami yang melanda Sendai, pihak ramal kaji cuaca sudah memberi amaran tentang gempa yang akan berlaku di kawasan pesisir pantai Jepun, tapi mereka tidak meramalkan akan terjadinya tsunami besar di kawasan tersebut. Dan sebelum gempa kuat melanda Sendai, memang ada gempa yang berlaku, tapi dgn skala yang kecil. Ada seorang kawan ana bercerita pasal kawan dia yang belajar kt Jepun sekarang ni, dan kawan dia tu kebetulan ada di kewasan yang berdekatan dgn Sendai, tak ingat apa nama tempat tu. Dia menceritakan bagai mana suasa semasa gempa berlaku, die kata macam jelly dah, begayang cm tu. Masya Allah, tidak dapat eden membayangkannya. Tak pernah pulak rasa macamna gempa ni. tak  terbayang lagi keadaan mcm tu..


 Tak puas lagi merka 'menikmati' ujian Allah berupa gempa bumi dan tsunami tu, Allah bagi pulak mereka ujian lain yang ana ujian rasa lagi dahsyat dpd gempa, bencana yang disebabkan oleh gempa jugak, iaitu 'momok' radiasi nuklear! Siapa la yang tak kenal dgn mendalah radiasi dpd nuklear tu, mugkin ade jugak yang kurang 'mesra' dgn mendalah tu disebabkan pekataan atau istilah tu tidak la sepopular akademi fantasia ASTRO atau rancangan Imam Muda, tau yang lain-lain. Bagi mereka yang dah 'masyi' dgn radiasi ni, dorang tau la bahaya yang dibawa oleh radiasi neuklear ni, bahaya yang takkan lupus dalam 1 2 GENERASI, bukan 1 2 tahun!! Memang dahsyat. Kejadian radiasi nuklear kali ini adalah yang terburuk di Jepun selepas kejadian pengeboman kota Hiroshima dan Nagasaki pada perang dunia kedua. Kejadian pembebasan radiasai neuklear pada kali ini terjadi disebabkan ledakan yang berlaku di loji reaktor nuklear, ledakan yang tejadi disebabkan kerosakan sistem penyejuk reaktor tersebut akibat gempa bumi yang berlaku. Setakat ni, dah 4 reaktor yang dikhabarkan telah meletup, menandakan makin bayank radiasi yang dilepaskan. Walaupun pihak IAEA dan pelbagai pihak lain menyatakan bahwa setakat ni radiasi yang dilepaskan tidaklah membahayakan kesihatan, tpi perasaan panik melanda penduduk Jepun. Bahkan, Malaysia yang jauh beribu batu pun ikut panik jgk, entah kenapa, wallahu'alam, mugkin jugak sbb ukhuwah antara rakyat Jepun dgn Malysia kot, sorang rasa panik, sume nak ikut panik .mugkin..hehe tapi Alhamdulillah la setakat ni takda lagi dengar khabar ada rakyat Malaysia yang jadi korban radiasi tu. Semoga Allah menyelamatkan ikhwah kita di sana. Amiin


 Dah berakhir ke ujian tuk dorng ni? ohh,rupanya belum. Rupanya Allah masih ingin menguji orang-orang Jepun ni, tengah mereka kalut sal bahaya radiasi nuklear ni, Allah turunkn pulak rahmatNya yang berupa salji! kalau salji tu turun kt Jordan ni, rasa best jugak, boleh la eden nak mainnye, tapi die turun kt Jepun lak, tempat yang tegah dilanda bencana. Allah, bagi mereka yang dah 'biasa' main dgn sejuk-sejuk ni, dorang tau la berapa suhu sampai boleh turun salji tu, masya Allah sejuk!! kalau tengok laman web kaji cuaca, suhu kat Sendai sekarang ni mencecah -2!! fuhh..dalam keadaan huru-hara macam tu, kt mana la dorng nak cari selimut tebal ye? kt mana la dorng nak cari baju sejuk dorng yang hilang entah kemana. bersyukurla kita yang ada kt tempat aman ni, yang tak sampai lagi bencana kt tempat kita ni, kalau sejuk, boleh hidupkan pemanas, berteduh bawah selimut tebal, pakai pakaian yang tebal-tebal, kalau dorng tu? syukur ya Allah, syukur atas nikmat Mu ini..

Teringat satu firman Allah dalam surah ar Ra'd ayat 11,
                                وإذا أراد الله بقوم سوءا فلا مردله

"Apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu"


 Ya Allah.peringatan dpd Allah utuk kita yang semakin lalai dgn keseronokan dunia. Tu baru Allah bagi kt tempat lain, jauh dpd tempat kita, kena kalau kita yang kena nanti? apa yang tengah kita buat mase bencana tu datang? adakah kita tengah bersenang-senang dengan keseronokan dunia ataupun kita sedang leka dgn beribadah kpdNya? Moga kita dapat mengambil pengajaran dpd apa yang telah berlaku di Jepun sana. Pengajaran pertama yang boleh kita ambil, bahwa dunia ni semakin tenat, tua dan tak bermaya!! Ada je pekara-pekara yang tidak pernah berlaku dulu, berlaku sekarang. Terlampau banyak 'cerita' dunia sekarang ni. Kalau bukak paper online tu, ade  je birita baru yang kita dapat dan baca. Pasal perkembangan plitih di tanah arab la, terbaru kes bom di Jakarta, macam2 lagi. Kalau bulan lepas, kita ade dengar pasal gempa bumi yang terjadi kt Christchurch, New Zealand. Gempa yang berkuatan 6.3 skala je (je?). Ada satu berita yang ana dapat, kesan daripada gempa yang terjadi kt Jepun 11hb lepas, gempa tersebut telah mengubah struktur beberapa buah pulau kecil kt Jepun. Mengikut kajian tersebut, rasanya tak mustahil matahari akan muncul ditempat biasanya dia tenggelam, tanda hari kiamat dah semakin hampir. ya Allah, kami mohon kepada Mu agar dijauhkan dpd bencana dan kemurkaan Mu. Tanda-tanda kiamat kecil dah jelas nampak dah, skrng ni tanda-tanda kiamat besar pulak yang 'on the way' mari ke kita. so siap sedia la, siapkan iman dan amal. Insya Allah, moga kita tergolong ke dalam golonagn yang selamat..amiin


ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
orang kata tanda sayang Allah kpd kita, Dia akan uji kita dengan pelbagai ujian. Walaupun kita rasa kita tak mampu nak meghadapi ujian tu, tapi sebanarnya Allah tahu yang kita mampu utk meghadapinya. Moga org islam yang terkorban dalam bencana kt Jepun diberi keampunan oleh Allah swt dan moga roh mereka dan ruh mereka ditempatkan bersama para syuhada..amiin
waalahu'alam.. 

0 balasan:

Catat Ulasan