Jumaat, 29 Julai 2011

Kezaliman Tentera Amerika Terhadap Orang Yang Tak Bersalah

Bismillahirrahmanirrahim. post kali ni ana nak berkongsi pd pembaca sekalian perihal kejahatan perang dan kekejaman mereka ketika mereka menjajah dan mencemarkan bumi ummat islam. runungan utk kita semua yang hidup dibumi yang aman damai, dibumi yang ‘dibanjiri’ dengan kasih sayang, dibumi yang masih lagi ada gelak tawa dan kelalaian dunia lain.. mungkin kita boleh jadikan perkara ni sebagai renungan utk keta menjelang Ramadhan al mubarak kali ini. disaat kita tengah bergelak tawa bersama rakan-rakan kita, ada mereka, saudara seagama kita, yang dibantai dan dipanggang oleh musuh-musuh kita.. renung-renugkanlah


Amaran!!! Gambar-gambar di atas mungkin tidak sesuai untuk mereka-mereka yang lemah semangat, tengah mengandung, lemah jantung dan lelain. sila tinggalkan post ni kalau korang ade tanda cam tu. admin taknak bertanggung jawap kalau terjadi ape2 kt korng k.. =)




Sudah menjadi perkara yang lumrah bg tebtera zionis dan sekutu rapatnya, amerika, menggunakan senjata terlarang dalam setiap peperangan mereka di negara Islam. menurut yang ana tahu, bermula dpd peperangan Iraq-Kwait (awal 90-an kalau tak silap), mreka telahpun ‘menyebok’kan diri dan nak menjadi hero dalam peperangan saudara ni. keperluan dorang satu je, utk menguji teknologi persenjataan moden yang mereka ciptakan. natijahnya, setelah peperangan berakhir, ramai kanak-kanak Iraq yang lahir dalam keadaan cacat fizikal, wanita-wanita Iraq yang tercemar dengan bahan radioaktif, dan kesan-kesan yang lain akibat terkena senjata buatan amerika dan sekutunya.. (moga Allah menghancurkan perikatan mereka dan memecahkan persatuan mereka..amiin)
Berikut adalah gambar-gambar yang semestinya ana pungut dari internet.. moga ada hikmah dpd perkongsian kali ni. salam Ramadhan al mubarak..
Antara 2 bom yang paling kejam milik tentera Zionis dan Amerika.
1. The White Phosphorus

Bom fosforus putih dilepaskan ketika Amerika menyerang Fallujah

Fosforus putih dilepaskan ketika tentera Zionis menyerang Gaza
Fosforus putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.
Bagaimana ia berfungsi?
Ia akan bereaksi (chemical reaction) dengan oksigen, dan akan terbakar apabila dengan sendirinya di udara.

Maka apabila terkena manusia, mangsa seolah-olah dipanggang terus hingga ke tulang. Gas yang dilepaskannya juga beracun. Apabila bom tersebut dilepaskan, ia akan menghasilkan debu-debu putih yang berterbangan (jangan keliru antara asap dengan debu). Apabila kulit anda terkena debu putih tersebut, kulit anda akan melecur secara tiba-tiba. Fosforus putih mampu membakar kulit dan daging anda terus sehingga menampakkan tulang.....


Terbakar hingga ke tulang




Gambar lama



download: bukti penggunaan fosforus putih oleh Amerika ketika menyerang Fallujah, Iraq.
https://sites.google.com/site/armdealsite/home/uhdfgil/us_used_chemical_weapons_in_iraq.pdf?attredirects=0&d=1
Lebih banyak gambar lagi anda akan jumpa jika anda mencarinya di internet.
2. Depleted Uranium
Ini juga bukanlah senjata baru. Ia telah digunakan oleh Amerika puluhan tahun dahulu.
Dan sebenarnya Depleted Uranium bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya ia adalah logam yang di"attach" sekali dengan mana-mana peluru dan bom yang sedia ada. Kesannya, peluru tersebut mampu menembusi besi-besi yang keras dan tembok-tembok yang kebal.

Depleted Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar
Namun, Uranium yang digunakan itu tidak berhenti di situ sahaja. Ia mampu meninggalkan sisa berradioaktif yang mampu merosakkan tubuh manusia, sama ada mati atau cacat. Malah kesannya lebih teruk kepada janin yang masih berada di dalam perut ibunya (proses perkembangan janin terganggu akibat sinaran radioaktif menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan yang sangat teruk).
Kesannya terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan bayi yang lahir di Iraq selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan yang begitu teruk sekali. Kadar kecacatan adalah begitu tinggi.
Gambar-gambar di bawah adalah kesan apabila sel badan manusia berubah apabila terkena pancaran radioaktif daripada Uranium.





Inilah yang dilakukan oleh para pengganas dunia yang sebenar. Mereka menguji senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin yang mereka jajah. Bayangkan bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau ibu anda? atau anda sendiri?
Bagaimana jika fosforus putih terkena kulit anda dan membakar daging anda terus ke tulang hidup-hidup?
Atau bagaimana jika adik atau anak anda lahir dalam keadaan cacat yang terlampau teruk?
sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud, “barangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka”.
wallahu’alam
 
sumber : itsmesaiful.blogspot.com



0 balasan:

Catat Ulasan