Ahad, 13 Jun 2010

adab bicara dalam islam




gambar sekadar hiasa..hehe
sekarang ni,ramai org yang merasa mrekalah pakar dalam berkata-kata dan berbicara. tapi pada hakikatnya, mereka tidak sedar yg kebanyakan dpd percakapan mreka itu salah dari segi undang2 dan tata cara bercakap dlam islam.sbgian yang lain pulak, asal tekeluar kate, tak kire la prkataan die tu ade melukai hati sahabt die tau lawan berckap die, main cakap je, janji keluar kate, tak kire dose pahala, semua benda dia katekan smpai2 dia tak perasan yang die dah mengumpat dan mengaibkan orang lain.. na'uzubillah.. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam adalah antara org yang petah dalam bercakap dan Baginda juga telah mngajarkan kpd kita bgaimana cara dan adab ketika bercakap..moga bleh jagi pngajaran buat kita smua

1.semua pembicaraan haruslah utk kebaikan.
"Barangsiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berkata baik atau lebih baik diam." (HR Bukhari Muslim)

2.Berbicara haruslah benar dan jelas.
"Bahwasanya perkataan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua orang yang mendengar."(HR Abu Daud)

3.Seimbang dan elakkan unsur belagak dalam berbicara.
"Sesungguhnya orang yang aku paling benci dan paling jauh daripada ku nanti dihari kiamat ialah orang yang banyak cakap dan berlagak dalam berbicara."  Maka dikatakan : Wahai Rasulullah kami telah mengetahui arti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun  (متشدقون).lalu apa makna al mutafayhiqun (المتفيهقون)? Maka jawab Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: "Orang-orang yang sombong." (HR Tirmizi dan dihasankannya)

4.Menghindari banyak berbicara kerana khuatir membosankan orang yang mendengar.
Adalah Ibnu Mas'ud ra sentiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdur Rahman! Seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawap Ibnu Mas'ud : Sesungguhnya tidak ada yang menhhalangiku memenuhi keinginan mu, hanya aku khuatir akan membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan Beliau menjawap khuatir menbosankan kami." (HR Muttafaq 'alaih)

5.Mengulang kata-kata yang penting jaka diperlukan.
Daripada Anas bin Malik ra bahawa adalah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam jika berbicara maka Beliau mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarnya menjadi faham, dan apabila Beliau sallallahu 'alaihi wasallam mendatangi rumah seseorang maka Beliau pun mengucapkan salam tiga kali.(HR Bukhari)

6.Menghindari mengucapkan perkara-perkara yang medatangkan dosa.
"Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah subahanahu wata'ala yang ditidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah mencatatkan yang demikian itu sampai hari kiamat." (HR Tirmizi dan Ibnu Majah.Tirmizi berkata hadis ini hasan lagi sahih)

wallahu'alam..smoga kite dpt mngambil pelajarn dan pengajaran dpd nota ni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita..

قال الله تعالي "وذكر فات الذكرى تنفع المؤمنون" والله اعلم

Jumaat, 7 Mei 2010

mari duduk sekejap....kita beriman sejenak

Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia.Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.

Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis tafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain. Memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran. Memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan. Memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang membawa kepada bid'ah atau kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah dan petunjuk.

Selasa, 27 April 2010

cinta yg lucu!

"Lucu ya.. Duit RM50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila
dibawa ke Starhill

Lucu ya.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton perlawanan Chelse vs Liverpool

Lucu ya.. Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang
di panggung

Lucu ya.. Susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau
solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila
bertemu kawan-kawan, boyefriend & gilefriend.

Lucu ya.. Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan
waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila
imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Lucu ya..Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi
majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun
habis ditelaah.

Lucu ya.. Orang berebut paling depan untuk menonton
bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling
belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat
keluar.

Lucu ya.. Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan
agenda kita, tapi untuk acara lain seperti
menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual
kita boleh diubah.

Lucu ya.. Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucu ya.. Semua orang inginkan masuk syurga tanpa
harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan
apa-apa.

Lucu ya.. Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
suratberantai melalui email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir
dua tiga kali..

Tak lucu??Lucu-lucukanlah diri kita.. memikirkan yg
lucu tu.."

buat renungan bersama..

Isnin, 22 Mac 2010

15 jenis siksaan bagi org yg suka melalaikan solatnya

dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda, "Ada 15 siksaan bg mereka yg suka meninggalkan solat. 5 siksaan semasa ia hidup, 3 siksaan menjelang ia mati, 3 siksaan di dalam kubur, 3 siksaan apabila ia dibangkitkan dan satu siksaan pada hari kiamat.

5 siksaan semasa ia hidup :
1. Allah cabut keberkatan daripada umurnya
2. Allah padamkan cahaya kesalihan dari wajahnya
3. semua amalnya tidak ada satupun yg mendapat pahala daripada Allah
4. doanya tidak diangkat ke langit/di dengar oleh Allah
5. ia tidak akan mendapat bahagian daripada doanya orang-orang shaleh/orang-orang beriman

3 siksaan menjelang ia mati/ketika ia sedang nazak :
1. orang yg tak solat dia akan mati dalam keadaan yang hina
2. dia akan mati dalam keadaan lapar
3. dia akan mati dlm keadaan haus yg teramat

3 siksaan semasa ia berada dalan kubur :
1. dia akan dihimpit oleh kubur sampai patah semua tulang-tulangnya
2. akan dinyalakan api didalam kuburnya dan ia akan terbakar dengan api itu sepanjang malam dan siang
3. akan datang seekor ular yg bernama "assyuja'ul aqra'" yang akan menyiksanya sehari semalam sebanyak bilangan solat yang ia tinggalkan sampai ke hari kiamat

3 siksaan apa bila ia dibangkitkan daripada kubur :
1. diberatkan timbangan hisabnya
2. dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah
3. dia akan di masukkan ke dalam neraka

1 siksaan pada hari kiamat ialah pada dahi/kening orang-orang yang tidak sembahyang akan ada 3 baris perkataan.
baris pertama berbunyi, "hai orang-orang yang menyia-nyiakan hak Allah"
baris kedua, "hai orang yang kembali mendapat kemurkaan Allah"
baris ketiga, "sebagai mana kamu menyia-nyiakan hak Allah,maka Allah akan menyia-nyiakan kamu pada hari ini.

Jumaat, 8 Januari 2010

SYIAH DAN KESESATANNYA

Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)

Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.


*Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran. Puak Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrallah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya menganut fahaman Syi`ah



SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain.
Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.



SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang
dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
imam2 syiah
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).

Golongan Syi’ah ini dinamakan Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah kerana akidah utama mereka adalah kepercayaan kepada 12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.

Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat). Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an, kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam.

Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya. Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.




ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM

♦AGAMA SYI‘AH- Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. danberada di tangan umat Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan: “Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.

♦AGAMA ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adakan satu kekufuran. Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah al-Quran.” (Lam’ah al- I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).

♦AGAMA SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabinabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: "Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul". (Al-Hukumah al- Islamiah – hal 52)

♦AGAMA ISLAM- Maksum adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain dari mereka bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab 40)

♦AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi. Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada' ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).

♦AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran al-Karim: "Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu”.(Al-Talaq 12).

♦AGAMA SYI‘AH - Taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat riwayat tentang pentingnya taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh al-Kulaini: Abu Umar al-A'jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (Al-Kafi jil. 2, hal. 222)

♦AGAMA ISLAM - Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.” (Riwayat Imam Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, as-Suyuti, Tadrib Ar- Rawi, jilid 1, hal. 327)

♦AGAMA SYI‘AH - Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.”(ar-Raudhah Min al- Kafi, jil. 8 hal 245)

♦AGAMA ISLAM - Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: “Dan orangorang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah 100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.

♦AGAMA SYI‘AH - Menghalalkan Nikah Mut'ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam. Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286), Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada Muhammad Al-Baqir berkenaan mut'ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284). Tidak menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu al-Faqih jil.3 hal 458)

♦AGAMA ISLAM - Nikah Mut'ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran di samping merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama- lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum Baginda wafat melalui beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung." (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasa’i)





AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA
(Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

• Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

• Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al- Ahkam j.1 hal. 374)

• Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al- Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

•Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)

• Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat- sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al-Istibsar j. 3 hal. 141)

• Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)




TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH

Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

• Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

• Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

• Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Magh rib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

• Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

• Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

• Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

• Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

• Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.

• Memarahi orang yang puasa Asyura.

• Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam mahdi).


4 Kalimah Syahadah Syiah
٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ Lafaz Azan Syiah ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭ ٭
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر أكبر، أشهد أن لا إله إلا الله، أشهد أن لا إله إلا الله، أشهد أن محمدا رسول الله، أشهد أن محمد ا ر سول الله، أشهد أن عليا ولي الله، حي
على الصلاة، حي على الصلاة، حي على الفلاح، حي على الفلاح، حي على خير العمل، حي على خير العمل، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، لا إله إلا الله


Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh didapati melalui
laman web di bawah:
1. www.islam.gov.my/e-rujukan/ syiah.html
2. www.abunaaielah.blogspot.com
3. www.tenteradajjal.blogspot.com
4. www.hakekat.com
5. www.kr-hcy.com/shia
6. www.ansar.org/english
7. www.alburhan.com/
8.http://nur-muslim.blogspot.com/2011/04/abdullah-bin-saba-tokoh-nyata-yang.html
9.http://www.darulkautsar.net/article_cat.php?CategoryID=93
10.http://www.syiahindonesia.com/



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan mengharamkan Syi‘ah;
Selangor: 19 Januari 1998
W.Persekutuan: 3 April 1997
Terengganu: 25 September 1997
P. Pinang: 16 Januari 1997
N.Sembilan: 12 Mac 1998
Kelantan: September 1987


Rujukan Lanjut:
www.islam.gov.my/e-rujukan/
syiah.html



Nota: Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

Hanya Satu Klik Dosa Mencurah-Curah

Oleh: Muhammad Fakhruddin Ismail

Apabila zaman semakin maju, kecanggihan teknologi akan semakin kedepan dan masyarakat awam akan semakin mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang diperlukan hanya dengan satu klik. Dengan adanya kemudahan komputer dan email ini masyarakat akan terdedah dengan ancaman dan bahana video dan cerita-cerita lucah yang semakin meluas. Hampir ada pada setiap pelajar samada dikolej dan universiti termasuk yang bekerja akan mendapat kemudahan internet yang disediakan. Walaupun teknologi sebenarnya di ciptakan untuk kebaikan dan manfaat seluruh manusia, tetapi ia tidak terkecuali juga daripada dieksplotasi untuk membawa keburukan juga.

Mendapatkan bahan-bahan terlarang seperti gambar dan video-video lucah dari internet memang mudah dan aktiviti ini semakin berleluasa terutamanya yang semakin meningkat remaja tetapi sebenarnya mereka tidak menyedari bahawa perbuatan itu boleh mengundang padah. Lebih mendukacitakan apabila ada yang gila ataupun boleh dikatakan hilang akal menulis cerita-cerita yang berunsur lucah dan menyebarkan video-video porno hanya untuk kepuasan mereka supaya dapat ditonton dan dibaca oleh pengunjung-pengunjung internet tanpa mereka sedari bahawa perbuatan mereka itu membawa malapetaka yang berterusan.

Penulis, pengirim dan penyebar bahan lucah terutamanya yang muslim perlu sedari apabila mereka melakukan perkara terkutuk tersebut tanpa disedari dosa mereka sukar diampunkan. Ini kerana jika anda sempat bertaubat insya’Allah dosa anda akan diampunkan tetapi bagaimana pula dengan perbuatan anda yang menyebarkan bahan-bahan lucah tersebut yang menyebabkan ramai manusia terdorong melakukan maksiat?. Dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan solat fardu , puasa, zakat dan sebagainya akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita.

Apabila seorang sahaja yang membuka laman web tersebut maka dia akan mendapat dosanya dan penyebar lucah tersebut akan mendapat habuan dosanya juga. Tetapi realitinya bukan seorang sahaja tetapi berjuta-berjuta manusia yang membuka laman web prono tersebut.Ini kerana apabila seseorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti perkara tersebut maka setiap manusia yang membuka laman web tersebut maka si penyebar dan penulis web tersebut akan mendapat dosanya tanpa kurang bagi setiap orang yang membukanya. Jika andalah orangnya berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi.Ini sebagaimana dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Ertinya : "Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Inilah satu malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah. Namun itulah antara punca untuk mengheret seseorang itu kepada gejala sosial atau naluri ingin tahu. Maka keberangkalian seseorang itu terangsang untuk terus meneroka laman web sedemikian amatlah tinggi. Sebab itu bagi seseorang muslim apabila timbul keinginan untuk membuka laman web sedemikian hendaklah berhati-hati dan perlu ada belas kasihan bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa. Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Ertinya :"Seseorang di antara kamu tidak beriman (dengan sempurna) kecuali setelah mencintai saudaranya sepertimana mencintai dirinya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Iman no. 7)

Maka sebagai seorang muslim tidak perlu terjerumus sekali kekancah tersebut bagi mengelakkan kita dan mereka mendapat dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Ini kerana setiap perkara dosa tidak boleh bagi manusia membantu dalam urusan tersebut sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." (Surah Al-Maidah: 2)

Selain itu juga terdapat anasir-anasir jahat dengan menggunakan internet terutamanya laman web lucah sebagai tarikan sebelum pengunjung menjadi mangsa. Mereka akan menyerang komputer menjadi lembap atau rosak dan juga boleh menyebabkan kerugian. Senario ini telah meluas apabila ramai para pengguna internet ditipu dan mengadu bil internet dan telefon mereka terlalu tinggi. Ini kerana apabila kita melayari laman web prono tersebut komputer mereka sebenarnya telah diceroboh oleh virus yang melakukan sambungan internet ke talian antarabangsa. Maka sudah tentu bil telefon akan dikenakan caj tempatan dan caj antarabangsa kerana ia telah dihubungkan ketalian luar Negara.Malah perisian jahat itu boleh mencuri rahsia dalam komputer seperti nombor kad kredit dan perkara-perkara yang kita tidak sedari boleh membawa masalah dan mengundang padah pada diri sendiri.

Rabu, 6 Januari 2010

SESATKAH AKIDAH IBNU TAYMIYYAH DAN MUHAMMAD 'ABDUL WAHHAB?

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus


Semenjak kebelakangan ini wujud segelintir tokoh-tokoh agama tempatan yang memperhebatkan serangan mereka terhadap Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab rahimahumallah. Melalui seminar-seminar diseluruh tanah air, kuliyah-kuliyah agama di merata-rata masjid dan artikel-artikel di media massa golongan ini telah menabur benih-benih fitnah kononnya kedua syaikh tersebut telah menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya (Tasybih) dan menjadikan Allah berjisim dan berjasmani (Tajsim) berdasarkan Nama-Nama dan Sifat-Sifat-Nya. Hal ini amat menghairankan kita kerana tokoh-tokoh tersebut selama ini menyerukan agar jangan mudah membid’ahkan, mengkafirkan serta menyesatkan sesama umat Islam namun sikap mereka ini boleh kita ibaratkan seperti ibu ketam yang ingin mengajar anaknya supaya berjalan lurus. Ternyata ucapan menyesatkan, membid’ahkan serta mengkafirkan pengikut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab atau kelompok yang mereka labelkan sebagai Wahabi begitu mudah mereka muntahkan dari mulut-mulut mereka yang celupar itu. Melalui risalah yang ringkas ini penulis akan cuba mengupas akidah sebenar Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab berkaitan dengan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah yang Maha Sempurna serta Indah. Kemudian penulis juga akan menilai pegangan syaikh berdua tersebut dengan pegangan ke empat-empat imam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam al-Syafi’i dan Imam Ahmad rahimahumullah agar dapat kita melihat betapa jahilnya tuduhan yang telah dilemparkan oleh tokoh-tokoh agama tersebut.

Kaedah Yang Membelakangi Tawhid al-Asma was-Sifaat.

Tawhid al-Asma’ was-Sifaat adalah menetapkan apa-apa yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan atas diri-Nya baik itu berkenaan dengan Nama-Nama mahupun Sifat-Sifat Allah dan mensucikan-Nya daripada segala 'aib dan kekurangan sebagaimana hal tersebut telah disucikan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Tawhid ini dalam ertikata lain adalah untuk mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui Nama-Nama-Nya yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna. Tidak ada jalan lain untuk sampai kepada pengetahuan ini melainkan melalui jalan wahyu iaitu berpandukan dari al-Qur’an dan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Berkaitan dengan Tawhid al-Asma’ was-Sifaat ini Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin rahimahullah telah berkata:

Kita mengetahui bahawa Allah telah mengkhabarkan kepada kita tentang Diri-Nya dengan Nama-Nama-Nya yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Sempurna. Kita juga yakin sepenuhnya bahawa Allah-lah yang paling mengetahui segala sesuatu, paling benar perkataan-Nya dan paling baik penuturan-Nya. Oleh kerana itu, kita wajib tanpa ragu-ragu lagi menetapkan Nama-Nama dan Sifat-Sifat tersebut bagi Allah sesuai sepertimana yang Dia khabarkan sendiri kepada kita. Begitu juga sikap penerimaan kita terhadap khabar yang disampaikan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mana baginda adalah orang yang paling tahu tentang Allah ‘Azza Wa Jalla, paling benar beritanya, paling tulus niatnya dan paling jelas penuturan serta penjelasannya. Jadi wajib kita menerima berita sahih yang datang dari baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tentang Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah ‘Azza wa Jalla. - Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin, al-Qowa’idul Mutsla, m.s. 83

Menurut Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab rahimahullah:

“Aku bersaksikan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sekalian mereka yang hadir bersamaku daripada para malaikat dan aku bersaksikan kamu : “Bahawa aku beri ‘itiqad Ahlus Sunnah wal Jamaah, beriman dengan Allah dan para malaikat, kitab kitab-Nya, para Rasul-Nya, hari kebangkitan selepas mati serta qadar baik dan jahat”.

“Aku beriman dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala : Beriman dengan sifat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyifatkan diri-Nya dengannya sepertimana yang dinyatakan dalam kitab-Nya dengannya sepertimana yang dinyatakan dalam kitab-Nya dan yang datang melalui lidah Rasul-Nya tanpa tahrif (mengubah) dan tamtsil (mengumpamakan). Bahkan aku beri ‘itiqad bahawasa sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak ada sesuatu yang serupa dengan-Nya dan Dia Maha Mendengar juga Maha Melihat”.

“Aku tidak menafikan apa apa yang disifatkan bagi Diri-Nya dan aku tidak mengubah perkataan Allah daripada tempatnya dan tidak mengingkari nama-nama dan ayat-ayat-Nya. Aku tidak mengetahui kaifiat-Nya dan aku tidak membandingkan sifat-sifat Alla dengan sifat makhluk. Kerana Allah tiada yang senama bagi-Nya, tiada seumpama, tiada bandingan dan tidak dikiaskan dengan makhluk-Nya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala lebih mengetahui tentang diri-Nya dan yang selain daripada-Nya serta lebih benar dan baik perkataan-Nya”.

“Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala menyucikan diri-Nya daripada sesuatu yang menyalahi, yang disifatkan oleh ahli takyif (menentukan cara kaifiat) dan tamtsil dan daripada sesuatu yang dinafikan oleh ahli tahrif dan ta’til (menafikan sifat)” – Di nukil dari kertas kerja karangan Syaikh Muhammad ‘Abdul Qadir al-Mandeeli bertajuk Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab dan Dakwahnya.

Dari keyakinan ini maka datanglah kaedah emas dalam memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah sebagaimana yang telah digariskan oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa:

(Hendaklah) beriman kepada apa sahaja yang disampaikan oleh Allah mengenai diri-Nya di dalam kitab-Nya dan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan keimanan yang bersih dari tahrif dan ta'thil serta dari takyif dan tamtsil. - Syaikh Alawi bin Abdul Qadir as-Segaf, Mengungkap Kesempurnaan Sifat-Sifat Allah, m.s. 4

Untuk kita benar-benar dapat memahami dan mempraktikkan kaedah ini maka adalah sangat mustahak untuk mengetahui definisi tahrif, ta'thil, takyif dan tamtsil. Penjelasan terhadap definisi-definisi ini penulis rujuk kepada tulisan Sai’d bin Ali bin Wahf al-Qahtaniy dalam kitabnya Syarh al-‘Aqidah al-Wasithiyah Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah: Studi tentang ‘Aqidah Ahlussunnah wal Jamaaah.

Pertama: Tahrif

Tahrif secara bahasa (lughah) bermakna mengubah dan mengganti. Menurut pengertian syar'i ia adalah: “Mengubah lafaz Nama-Nama Allah yang Husna dan Sifat-Sifat-Nya yang Maha Tinggi, atau makna-maknanya.” Tahrif ini boleh kita bahagikan kepada dua jenis:

Pertama: Tahrif dengan cara menambah, mengurangi atau mengubah bentuk lafaz sehingga sekali gus mengubah maknanya. Seperti ucapan kaum Jahmiyah dan mereka yang terpengaruh dengan fahaman mereka, bahawa Sifat Istawa diubah kepada Istawla (menguasai), merujuk kepada ayat:

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam. - al-A'raaf (7): 54

Di sini ada penambahan huruf Lam dalam Sifat Istawa’ sehingga ia diubah menjadi Istawla.

Kedua: Tetap membiarkan lafaz sebagaimana asli tetapi melakukan pengubahan terhadap maknanya. Contohnya Sifat Allah al-Yad (tangan) diubah maknanya menjadi an-Ni'mah (Nikmat) merujuk kepada ayat:

Allah berfirman: “Hai iblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kedua Tangan-Ku? - Saad (38): 7

Kedua: Ta’thil

Ta'thil secara bahasa bererti meniadakan. Menurut pengertian syar'i ia adalah: “Meniadakan Sifat-Sifat Ilahiyah dari Allah Ta'ala, mengingkari keberadaan Sifat-Sifat tersebut pada Zat-Nya, atau mengingkari sebahagian darinya.” Perbezaan antara Tahrif dan Ta'thil adalah, Tahrif merupakan penafsiran semula terhadap Sifat-Sifat Allah manakala Ta'thil merupakan penafian terhadap Sifat-Sifat Allah.

Jenis-Jenis Ta'thil

Pertama: Penolakan terhadap Allah atas kesempurnaan Sifat-Nya yang suci, dengan cara meniadakan Nama dan Sifat-Nya atau sebahagian darinya sebagaimana yang dilakukan oleh penganut fahaman Jahmiyah dan Mu'tazilah.

Kedua: Meninggalkan mu'amalah dengan-Nya, iaitu dengan cara meninggalkan ibadah kepada-Nya baik secara keseluruhan mahupun sebahagian, atau dengan cara beribadah kepada selain-Nya di samping beribadah kepada-Nya.

Ketiga: Meniadakan pencipta bagi makhluk. Contoh, orang yang menggunakan perkataan “alam semulajadi” yang bermaksud kejadian alam yang terjadi dengan sendirinya.

Jadi setiap orang yang melakukan Tahrif pasti akan melakukan Ta'thil tetapi tidak semua yang melakukan Ta'thil telah melakukan Tahrif. Barangsiapa yang mengubah atau menetapkan satu makna yang bathil dan menafikan satu makna yang benar daripada Sifat Allah, maka dia telah melakukan Tahrif dan Ta'thil sekaligus. Ada pun seorang yang menafikan Sifat Allah, maka dia telah melakukan Ta’thil tanpa Tahrif. Contohnya bagi seorang yang mengubah Sifat Istawa’ kepada Istawla, maka dia juga telah menafikan Sifat Istawa’ tersebut. Maka dia melakukan Tahrif dan Ta’thil sekali gus. Akan tetapi jika dia sekadar menolak Sifat Istawa’ tanpa mengubah lafaznya, maka dia hanyalah seorang yang melakukan Ta’thil tanpa Tahrif.

Ketiga: Takyif

Takyif bererti bertanya bagaimana. Contohnya adalah sikap bertanya bagaimana Sifat Istawa' Allah di atas Arsh, atau bagaimana bentuk al-Yad (tangan) Allah Subhanahu wa Ta’ala. Secara syar'i Takyif bermaksud: “Sikap menentukan atau mempastikan hakikat suatu Sifat dengan menetapkan tatacara, ciri-ciri dan bentuk tertentu terhadap Nama-Nama Allah atau Sifat-Sifat-Nya.” Perlu dibezakan bahawa tindakan meniadakan Takyif tidaklah bererti meniadakan makna terhadap Nama atau Sifat Allah. Peniadaan Takyif tidak bererti makna Nama dan Sifat Allah dibiarkan sehingga tidak diketahui langsung pengertiannya. Ini kerana erti Nama atau Sifat tersebut tersebut memang sedia difahami atau dimaklumi melalui kaedah Bahasa Arab. Dalam ertikata lain semua Sifat Allah menunjukkan makna yang hakiki dan pasti. Kita mengimani dan menetapkan Sifat tersebut untuk Allah seraya memahami ertinya akan tetapi kita tidak mengetahui tatacara, ciri-ciri dan bentuk Sifat tersebut. Yang wajib adalah beriman ke atasnya dan menetapkan Sifat-Sifat tersebut dengan memahami maknanya secara hakiki manakala bentuk dan keadaannya diserahkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Keempat: Tamtsil

Tamtsil ertinya mengumpamakan atau memisalkan. Ia juga menghampiri erti Tasybih iaitu menyerupakan. Dari segi syar'i ia adalah: “Mengumpamakan atau menyerupakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Sifat-Sifat Zatiyah-Nya mahupun Fi'liyah-Nya sebagaimana makhluk-Nya.” Tamtsil ini pula terbahagi kepada dua:

Pertama: Menyerupakan makhluk dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Misalnya orang Nasrani yang menyerupakan Nabi Isa ‘alaihissalam dengan Allah dan orang Yahudi yang menyerupakan 'Uzair dengan Allah.

Kedua: Menyerupakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan makhluk. Contohnya kelompok Ahlul Zahir yang menyatakan Allah mempunyai tangan sebagaimana tangan yang dimiliki oleh makhluk, memiliki penglihatan sebagaimana penglihatan makhluk serta penyerupaan-penyerupaan lain.

Secara ringkasnya kaedah ini adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Malik apabila ditanya tentang tatacara, ciri-ciri dan bentuk Istawa'. Jawab Imam Malik:

Istawa' itu ma'lum (diketahui maknanya), Bagaimana (kaifiat) tatacara, ciri-ciri dan bentuk majhul (tidak diketahui), mengimaninya wajib, sedangkan bertanya tentangnya (tatacara, ciri-ciri dan bentuk) adalah bid'ah.

Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dari segi makna memang dapat kita fahami dan ketahui. Contohnya Al-Yad dalam bahasa Arab maknanya tangan maka kita tetapkan Sifat Tangan kepada Allah sebagaimana maknanya yang hakiki. Namun begitu bagaimana kaifiatnya (tatacara, ciri-ciri dan bentuk) al-Yad kita serahkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ianya diluar batasan akal untuk membayangkannya. Apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang Dia memiliki Dua Tangan dalam surah Saad (38):75, kita beriman kepada firman-Nya. Tentu sekali Sifat itu sesuai dengan kebesaran-Nya, kemuliaan-Nya dan kesempurnaan-Nya dan sama sekali tidak menyerupai makhluk-Nya sebagaimana firman-Nya:

Tiada sesuatupun yang seumpama dengan (Zat-Nya, Sifat-Sifat-Nya dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. - al-Syuura (42): 11

Ayat ini mengandungi penyucian (Tanzih) dan penafian kepada Allah daripada menyerupai makhluk-Nya, baik dalam Zat, Sifat mahupun Perbuatan-Nya. Bahagian awal ayat ini (Tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya..) merupakan bantahan terhadap kaum al-Musyabbihah dan al-Mujassimah manakala bahagian akhir ayat (Dan Dia Maha Mendengar dan Melihat) merupakan bantahan kepada kaum al-Mu'athilah (orang yang meniadakan sifat-sifat Allah).

Setelah jelas kepada kita pengertian Tahrif, Ta’thil, Takyif dan Tamtsil, maka mudahlah untuk kita berinteraksi dengan Sifat-Sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ringkasnya, kita Ahlus Sunnah beriman dan menerima Sifat-Sifat Allah tanpa Tahrif, Ta’thil, Takyif dan Tamtsil.

Pegangan Imam-Imam Mazhab Tentang Tawhid al-Asma’ was-Sifaat.

Kaedah-kaedah yang dipegang oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab ini sebenarnya merupakan kaedah yang telah disepakati oleh keempat-empat imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi’i dan Imam Ahmad rahimahumullah ta’ala tanpa sedikit pun perbezaan di antara mereka. Berikutnya akan penulis paparkan kata-kata mereka satu persatu sebagai bukti kesepakatan mereka dalam kaedah yang mereka gunakan untuk berinteraksi dengan Nama-Nama Allah yang Indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna.

Imam Abu Hanifah rahimahullah

Dalam kitab al-Fiqhul-Akhbar, m.s. 66-68, berkata Imam Abu Hanifah:

Dan apa yang disebut oleh Allah Ta’ala dalam al-Qur’an daripada sebutan Wajah dan Tangan dan Diri maka ia adalah Sifat-Sifat bagi-Nya tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat). Dan tidak boleh dikatakan bahawa Tangan-Nya adalah kuasa-Nya (kudrat) atau nikmat-Nya kerana padanya terdapat pembatalan sifat. Ini adalah pendapat al-Qadariyyah dan al-Mu’tazilah. Akan tetapi Tangan-Nya adalah Sifat-Nya tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat). Dan Marah-Nya dan Redha-Nya adalah dua Sifat daripada Sifat-Sifat-Nya tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat).

Imam Malik rahimahullah

Abu Nu’aim meriwayatkan daripada Ja’far bin Abdillah, dia berkata:

Ketika kami sedang berada di samping Malik bin Anas, datanglah seorang pemuda lalu bertanya: “Wahai Abu Abdillah, al-Rahman (Allah Yang Maha Pengasih) Istawa’ di atas Arasy, bagaimanakah Istawa’ tersebut?” Mendengar pertanyaan ini, Imam Malik menjadi marah, lalu dia menundukkan muka ke bumi seraya menyandarkannya ke tongkat yang dipegangnya hingga tubuhnya bersimbah peluh.

Setelah dia mengangkat kepalanya, dia berkata: “Cara Istawa’-Nya tidak diketahui sedangkan Istawa’ telah jelas dan diketahui, beriman kepadanya adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah. Aku menyangka engkau adalah si pelaku bid’ah.” Lalu beliau menyuruh orang itu keluar. – Rujuk buku Muhammad bin Abdurrahman al-Maghrawi yang berjudul Manhaj Akidah Salaf: Akidah Imam Malik, m.s. 161-167 untuk mengetahui dengan lebih mendalam pegangan Imam Malik.

Imam al-Syafi’i rahimahullah

Berkata Imam al-Syafi’i dalam kitabnya al-Risalah m.s. 7 hingga 8:

Segala puji bagi Allah…. Dia adalah seperti yang disifatkan terhadap diri-Nya dan dia mengatasi dengan Sifat-Nya atas makhluk-Nya.

Imam al-Zahabi dalam kitabnya Siyar A’lam an-Nubala, jld. 20, m.s. 341 meriwayatkan daripada Imam al-Syafi’i:

Kita tetapkan Sifat-Sifat yang disebutkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah dan kita nafikan Tasybih (penyerupaan dengan makhluk) daripada-Nya sebagaimana Dia telah menafikannya daripada Diri-Nya.”

Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais melalui bukunya Aqidah Empat Imam Mazhab (ms. 45-49) juga telah menyebut pegangan Imam al-Syafi’i daripada sebuah manuskrip asli riwayat Abu Talib al-‘Usyari yang kini tersimpan di University of Leaden di Belanda. Berkata Abu Talib al-‘Usyari, al-Syafi’i pernah ditanya sifat-sifat Allah ‘Azza wa Jalla dan apa-apa yang patut untuk diimani. Maka al-Syafi’i menjelaskan:

Allah Tabaraka wa Ta’ala memiliki Asma’ (nama-nama) dan Sifat-Sifat yang telah disebutkan oleh kitab-Nya (al-Qur’an) dan diberitakan oleh Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam (Hadis yang sahih). Ia tidak boleh diingkari oleh sesiapapun dari makhluk Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Qur’an turun membawa keterangan tentang hal tersebut, juga sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan thiqah (terpercaya) yang telah jelas lagi sahih dalam menerangkan masalah ini. Maka barangsiapa yang mengingkari atau berbeza dengan semuanya itu padahal hujah (dalil dan keterangan) tersebut telah jelas baginya, bererti dia kafir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Adapun jika dia menentang kerana belum mendapat hujah dan keterangan tersebut, maka dia diampuni kerana kebodohannya kerana pengetahuan tentang semuanya itu (Sifat-Sifat Allah dan Asma-Nya) tidak dapat dijangkau oleh akal dan pemikiran.

Yang termasuk ke dalam keterangan-keterangan seperti ini adalah keterangan-keterangan Allah Subhanahu wa Ta’ala bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawa Allah itu memiliki Tangan sesuai dengan firman-Nya:

Justeru kedua Tangan Allah terbuka. - al-Maaidah (5): 64

dan bahawa Allah memiliki Tangan Kanan, sebagaimana Dia nyatakan:

Dan langit digulung dengan Tangan Kanan-Nya. - al-Zumar (39): 67

dan bahawa Allah itu memilki Wajah, berdasarkan firman-Nya yang menetapkannya:

Dan tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajah Allah… - al-Qashash (28): 88

Dan kekallah wajah Tuhanmu yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. - al-Rahmaan (55): 2

Juga bahawa Allah mempunyai Tumit (tapak kaki), sesuai dengan pernyataan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam:

Tidaklah penuh neraka jahannam melainkan ia berkata: “Adakah lagi untuk ditambah?” sehinggalah Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Memberkati dan Maha Tinggi meletakkan tapak kaki-Nya ke dalam neraka. Maka berkata neraka: “Cukup, cukup, demi Keagungan-Mu” sehinggalah sebahagian neraka dilipat (memenuhi) sebahagian yang lain. - Shahih Muslim – no: 2848 (Kitab Syurga, nikmat dan sifat ahlinya, Bab Neraka akan dimasuki oleh orang yang angkuh.......). Dalam risalah Abu Talib al-‘Usyari, hadis ini disebut secara ringkas. Di sini penulis menyebut lafaz yang penuh bagi memudahkan kefahaman pembaca.

Dan Allah Tertawa berdasarkan sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam tentang orang mati fi sabilillah, yakni:

Dia akan bertemu dengan Allah Azza wa Jalla sedang Allah Tertawa kepadanya. - Setakat ini hadis dengan lafaz di atas belum ditemui. Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais dalam bukunya Itiqad al-A’immah al-Arba‘ah (Dar al-‘Ashimah, Riyadh 1992), m.s. 47, notakaki 3 menyandarkan hadis ini kepada riwayat Shahih al-Bukhari, hadis no: 2826 (Kitab Jihad) dan Shahih Muslim, hadis no: 1890 (Kitab Kepimpinan). Yang benar hadis di atas menghampiri lafaz yang terdapat dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim.

Dan bahawa Allah Turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam tentangnya (seperti disebutkan dalam Sahih Muslim dan hadis riwayat Jamaah).

Begitu juga keterangan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala itu tidak buta sebelah mata-Nya berdasarkan pernyataan Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda menyebut dajjal, baginda bersabda:

Sesungguhnya ia (Dajjal) buta sebelah matanya dan sesungguhnya Tuhanmu tidaklah buta sebelah mata-Nya. - Shahih Muslim, hadis no: 2933 (Kitab Fitnah dan isyarat-isyarat Hari Kiamat)

Dan bahawa orang-orang mukmin pasti akan melihat tuhan mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata seperti halnya mereka melihat bulan di malam purnama, juga bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai Jari Jemari seperti ditetapkan oleh sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam:

Tidaklah ada satu hati pun melainkan ia berada di antara Dua Jari dari Jari-Jari al-Rahman (Allah Yang Maha Pengasih) - Sunan Ibnu Majah, hadis no: 199 (Muqaddimah) dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah, hadis no: 166.

Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri bagi Diri-Nya dan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk-Nya, hakikat yang tidak dapat dijangkau oleh akal atau fikiran dan orang yang mengingkarinya kerana bodoh (tidak mengetahui keterangan-keterangan tentangnya) tidaklah kafir kecuali jika dia mengetahuinya tetapi dia tetap mengingkarinya, barulah dia kafir. Dan bila mana yang datang tersebut merupakan berita yang kedudukannya dalam pemahaman seperti sesuatu yang disaksikan dalam apa yang didengar, maka wajib baginya sebagai orang yang mendengar berita tersebut untuk mengimani dan tunduk kepada hakikat hal tersebut dan mempersaksikan atasnya seperti halnya dia melihat dan mendengar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Namun kita tetapkan Sifat-Sifat ini dengan menafikan (meniadakan) Tasybih sebagaimana Allah telah menafikannya daripada diri-Nya dalam firman-Nya:

Tiada sesuatupun yang seumpama dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. - asy-Syuura (42): 11

Imam Ahmad rahimahullah

Berkata Musaddad bin Mursahad dalam kitabnya al-‘Aqidah li Ahmad bin Hambal, m.s. 127, aku bertanya (kepada Imam Ahmad bin Hambal) tentang hadis-hadis yang menerangkan Sifat-Sifat Allah, maka beliau menjawab: “Diterima sebagaimana ia datang dan diimani dengannya dan jangan ditolak daripadanya apa-apa jika ia adalah dengan sanad yang sahih.” - Hafiz Firdaus, Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah, m.s. 45

Sekian beberapa himpunan kata-kata daripada para imam mazhab yang empat, semoga Allah merahmati mereka semua. Terdapat banyak lagi nukilan kata-kata Imam-Imam Mazhab tersebut yang telah penulis himpunkan dalam buku penulis bertajuk “Kaedah Memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah”. Silalah rujuk buku tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam tentang pandangan Imam-Imam tersebut berkaitan dengan Tawhid al-Asma’ was-Sifaat. Apa yang dapat kita simpulkan daripada kata-kata mereka di atas adalah,

Aqidah empat imam adalah sesuai dengan apa yang dituturkan al-Qur’an dan al-Sunnah serta apa yang dianut oleh para sahabat dan tabi’in yang mengikuti mereka dengan penuh ihsan. Tidak ada perbezaan dan perselisihan di antara para imam tersebut. Bahkan, alhamdulillah, mereka sepakat untuk beriman kepada Sifat-Sifat Allah...... Bahkan mereka sama sekali mengingkari golongan Jahmiyah dan Ahlul Kalam yang terpengaruh dengan filsafat Yunani dan aliran-aliran Mutakallimin. - Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais, Aqidah Empat Imam Mazhab, m.s. 4

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah berkata dalam kitabnya al-Iman:

Di antara rahmat Allah kepada para hamba-Nya adalah bahawa para imam yang mempunyai lidah kebenaran pada umat, seperti empat imam mazhab dan selain mereka, adalah bahawa mereka mengingkari (menentang) pendapat Ahlul Kalam dari kalangan Jahmiyah tentang al-Qur’an, iman dan Sifat-Sifat Allah. - Dinukil daripada buku Aqidah Empat Imam Mazhab, m.s. 4

Kesimpulan

Maka sewajarnya bagi kita untuk mencontohi aqidah keempat-empat imam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah tersebut dalam bab tawhid al-Asma’ was-Sifaat ini. Banyak orang yang menyandarkan diri mereka kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara umum dan Mazhab al-Syafi’i secara khusus akan tetapi mereka tidak memahami penyandaran mereka, jauh sekali daripada berpegang kepadanya secara benar. Diharapkan mulai kini kita sama-sama merenung semula apa yang sepatutnya menjadi pegangan kita yang sebenar.

Di dalam al-Qur’anul-Karim terdapat banyak ayat yang menerangkan Nama dan Sifat Allah 'Azza wa Jalla. Apa yang nyata, Allah tidak pernah menyuruh kita untuk menafi (Ta’thil) atau mengubah (Tahrif) istilah mahupun makna bagi Nama-Nama dan Sifat-Sifat-Nya tersebut. Selain itu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai seorang penjelas al-Qur’an juga tidak pernah menjelaskan bahawa Nama-Nama dan Sifat-Sifat tersebut adalah sesuatu yang perlu dinafikan (Ta’thil) atau diubah (Tahrif) istilah atau maknanya. Bahkan di dalam pelbagai hadis baginda yang sahih, baginda sendiri menetapkan Nama-Nama dan Sifat-Sifat tersebut. Hal ini diterima dan diimani oleh para sahabat tanpa mereka terfikir untuk menafikannya (Ta’thil) atau mengubah (Tahrif) istilah dan maknanya. Semua ini berlaku bukan kerana wujud ruang kosong “kelupaan” akan tetapi kerana Nama-Nama dan Sifat-Sifat tersebut sememangnya dimaksudkan untuk difahami sebagaimana ada tanpa penafian (Ta’thil) dan pengubahan (Tahrif).

Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan generasi awal umat Islam, iaitu generasi as-Salafussoleh, tidak wujud persoalan bahawa jika diterima Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah “sebagaimana ada” akan mengakibatkan penyerupaan (Tasybih) Allah dengan makhluk ciptaan-Nya. Malah jauh sekali daripada pemikiran mereka bahawa penerimaan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah “sebagaimana ada” bererti Allah memiliki jisim dan anggota jasmani (Tajsim). Semua ini tidak berlaku kerana mereka – generasi as-Salafussoleh – melandasi pemahaman mereka terhadap Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah bersama-sama dengan ayat yang menafikan apa jua bentuk persamaan dengan mana-mana makhluk-Nya. Ayat yang dimaksudkan adalah:

Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya. - al-Ikhlas (112):04

Dan firman-Nya:

Tiada sesuatupun yang seumpama dengan-Nya dan Dia-lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. - asy-Syuura (42):11

Ringkasnya, generasi as-Salafussoleh beriman kepada semua Nama dan Sifat Allah selagi mana ia dikhabarkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Mereka menerima dan menetapkan semua Nama dan Sifat tersebut serta memahami maknanya tanpa membahas apa dan bagaimana bentuk dan ciri-cirinya (tanpa Takyif) kerana mereka sedia maklum berdasarkan ayat 4 surah al-Ikhlas dan ayat 11 surah asy-Syura bahawa Nama dan Sifat tersebut bebas daripada apa jua penyerupaan dengan makhluk Allah di alam ini. Mereka juga tidak berfikir apa dan bagaimana bentuk dan ciri-cirinya (juga tanpa Takyif) kerana mereka sedia maklum bahawa akal fikiran tidak sekali-kali akan dapat menemui jawapannya.

Persoalan yang mungkin bermain-main di fikiran para pembaca adalah jika Tawhid al-Asma was-Sifaat yang dipegang oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab tersebut merupakan kaedah yang benar menurut mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah, maka apakah pegangan tokoh-tokoh agama yang sedang menyibukkan diri mereka untuk menyesatkan pegangan kedua syaikh tersebut? Mari kita lihat analisis yang dilakukan ulamak-ulamak berikut:

Imam Abu Hatim al-Razi (277H) berkata:

Tanda golongan Jahmiyah adalah mereka menggelar Ahlus Sunnah dengan panggilan Musyabbihah (menyerupakan Allah dengan makhluk).

Imam al-Barbahari (329H) berkata:

Bila kamu mendengar seseorang berkata: “Orang itu adalah Musyabbih” ketahuilah dia adalah Jahmiyah.

Imam Ismail al-Shabuni (449H) berkata:

Ciri-ciri Ahlul Bid’ah sangat jelas dan ciri yang paling terang adalah sikap mereka yang secara terang-terangan memusuhi dan menghina Ahlus Sunnah dan Ahlul Athar (ahli hadis) serta memberi nama-nama yang buruk kepada mereka antaranya Hasyawai, Jahalah, Zahiriyah dan Musyabbihah. - Ketiga-tiga kata-kata di atas dinukil daripada buku Dr. Ibrahim bin Amir al-Ruhailli yang berjudul Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bid’ah, m.s.75-76

Aliran al-Jahmiyyah berasal daripada seorang yang bernama Jahm bin Safwan (128H). Antara teori yang direka-cipta oleh aliran ini adalah menafikan Sifat-Sifat Allah, Allah berada di mana-mana, di setiap tempat dan al-Qur’an adalah makhluk. Diriwayatkan bahawa aliran al-Jahmiyyah berasal daripada Ja’d bin Dirham, daripada Aban bin Sam‘an, daripada Thaluth, anak kepada saudara perempuan Lubaid bin al-A’sham, seorang Yahudi yang telah mensihir Rasulullah pada zaman baginda. Asas-asas pemikiran aliran al-Jahmiyyah beralih ke aliran al-Mu’tazilah dan seterusnya ke aliran al-Asya‘irah dan al-Matudiriyyah dengan beberapa perubahan.

Bukan penulis bermaksud untuk menuduh tokoh-tokoh agama tersebut sebagai Ahlul Bid’ah, al-Jahmiyyah ataupun al-Mu’tazilah. Hanya sahaja penulis khuatiri pandangan mereka ini menyerupai kelompok tersebut tanpa mereka sedari akan hal tersebut. Semoga melalui risalah ini ianya akan dapat menjernihkan semula keadaan dan menyatukan golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah bagi menghadapi ancaman golongan Syi’ah al-Rafidhah, Kumpulan Artikel 11, Kumpulan Jangan Ikut Tuhan (budaya Punk dan Black Metal), Golongan Islam Liberal, Golongan Anti Hadis, kelompok sekular, aliran Hedonis, Neo-Murji’ah, missionaris Kristian dan jarum-jarum zionis yang cuba untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam. Merekalah musuh utama umat Islam dan bukan golongan Wahabi yang sebenarnya melakukan usaha untuk memartabatkan Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam serta menentang segala bentuk pencemaran yang menggugat ketulenan Islam.

SIAPA PENCETUS PERTAMA ISTILAH WAHHABI?

Oleh :Al-Ustadz Jalâl Abŭ Alrŭb


Suatu hal yang jelas bahwa Inggris merupakan negara barat pertama yang cukup interest menggelari dakwah ini dengan “Wahhabisme”, alasannya karena dakwah ini mencapai wilayah koloni Inggris yang paling berharga, yaitu India. Banyak ‘ulamâ` di India yang memeluk dan menyokong dakwah Imâm Ibn ‘Abdil Wahhâb. Juga, Inggris menyaksikan bahwa dakwah ini tumbuh subur berkembang dimana para pengikutnya telah mencakup sekelompok ‘ulamâ` ternama di penjuru dunia Islâm. Selama masa itu, Inggris juga mengasuh sekte Qâdhiyânî dalam rangka untuk mengganti mainstream ideologi Islam. [Lihat : Dr. Muhammâd ibn Sa’d asy-Syuwai’ir, Tashhîh Khathâ’ Târîkhî Haula`l Wahhâbiyyah, Riyâdh : Dârul Habîb : 2000; hal. 55]. Mereka berhasrat untuk memperluas wilayah kekuasaan mereka di India dengan mengandalkan sebuah sekte ciptaan mereka sendiri, Qâdhiyânî, yaitu sekte yang diciptakan, diasuh dan dilindungi oleh Inggris. Sekte yang tidak menyeru jihad untuk mengusir kolonial Inggris yang berdiam di India. Oleh karena itulah, ketika dakwah Imâm Ibn ‘Abdil Wahhâb mulai menyebar di India, dan dengannya datanglah slogan jihad melawan penjajah asing, Inggris menjadi semakin resah. Mereka pun menggelari dakwah ini dan para pengikutnya sebagai ‘Wahhâbi’ dalam rangka untuk mengecilkan hati kaum muslimin di India yang ingin turut bergabung dengannya, dengan harapan perlawanan terhadap penjajah Inggris tidak akan menguat kembali.* Banyak ‘Ulamâ` yang mendukung dakwah ini ditindas, beberapa dibunuh dan lainnya dipenjara.**

Catatan :
* W.W. Hunter dalam bukunya yang berjudul “The Indian Musalmans” mencatat bahwa selama pemberontakan orang India tahun 1867, Inggris paling menakuti kebangkitan muslim ‘Wahhâbi’ yang tengah bangkit menentang Inggris. Hunter menyatakan di dalam bukunya bahwa : “There is no fear to the British in India except from the Wahhabis, for they are causing disturbances againts them, and agitating the people under the name of jihaad to throw away the yoke of disobedience to the British and their authority.” [“Tidak ada ketakutan bagi Inggris di India melainkan terhadap kaum Wahhâbi, karena merekalah yang menyebabkan kerusuhan dalam rangka menentang Inggris dan mengagitasi (membangkitkan semangat) umat dengan atas nama jihâd untuk memusnahkan penindasan akibat dari ketidaktundukan kepada Inggris dan kekuasaan mereka.”] Lihat: W.W. Hunter, “The Indian Musalmans”, cet.1 di London: Trűbner and Co., 1871; Calcuta: Comrade Publishers, 1945, 2nd edn.; New Delhi: Rupa & Co., 2002 Reprint
** Di Bengal selama masa ini, banyak kaum muslimin termasuk tua, muda dan para wanita, semuanya disebut dengan “Wahhâbi” dan dianggap sebagai “pemberontak” yang melawan Inggris kemudian digantung pada tahun 1863-1864. Mereka yang dipenjarakan di Pulau Andaman dan disiksa adalah para ulama dari komunitas Salafî-Ahlul Hadîts, seperti Syaikh Ja’far Tsanisârî, Syaikh Yahyâ ‘Alî (1828-1868), Syaikh Ahmad ‘Abdullâh (1808-1881), Syaikh Nadzîr Husain ad-Dihlawî dan masih banyak lagi lainnya. Untuk bacaan lebih lanjut, silakan lihat :
Mu’înud-dîn Ahmad Khân, A History if The Fara’idi Movement in Bengal (Karachi: Pakistan Historical Society, 1965).
Barbara Daly Metrcalf, Islamic Revival in British India: Deoband, 1860-1900 (Princeton, New Jersey: Princeton University Press, 1982), hal. 26-77.
Qiyâmud-dîn Ahmad (Professor Sejarah di Universitas Patna), The Wahhabi Movement in India (Ner Delhi: Manohar, 1994, 2nd edition). Terutama pada bab tujuh “The British Campaigns Againts the Wahhabis on the North-Western Frontier” dan bab kedelapan “State Trials of Wahhabi Leaders, 183-65.”
Muhammad Ja’far, Târikhul ‘Ajîb dan Târikhul ‘Ajîb – History of Port Blair (Nawalkshore Press, 1892, 2nd edition).

Suatu hal yang perlu dicatat, di dalam surat-surat dan laporan-laporan yang dikirimkan kepada ayah tirinya dan pemerintahan ‘Utsmâniyyah (Ottomans), Ibrâhîm Basyâ (Pasha), anak angkat Muhammad ‘Alî Basyâ (Pasha), juga menggunakan istilah ‘Wahhâbi, Khowârij dan Bid’ah (Heretics)’ untuk menggambarkan dakwah Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb dan Negara Saudî [Lihat: ibid, hal. 70]. Hal ini, tentu saja, terjadi sebelum Ibrâhîm Basyâ memberontak dan menyerang khilâfah ‘Utsmâniyyah dan hampir saja menghancurkannya di dalam proses pemberontakannya. Dr. Nâshir Tuwaim mengatakan :
“Kaum Orientalis terdahulu, menggunakan istilah ‘Wahhâbiyyah, Wahhâbî, Wahhâbis’ di dalam artikel-artikel dan buku-buku mereka untuk menyandarkan (menisbatkan) istilah ini kepada gerakan dan pengikut Syaikh Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb. Beberapa diantara mereka bahkan memperluasnya dengan memasukkan istilah ini sebagai judul buku mereka, semisal Burckhardt, Brydges dan Cooper, atau sebagai judul artikel mereka, seperti Wilfred Blunt, Margoliouth, Samuel Zwemer, Thomas Patrick Hughes, Samalley dan George Rentz. Mereka melakukan hal ini walaupun sebagian dari mereka mengakui bahwa musuh-musuh dakwah ini menggunakan istilah ini untuk menggambarkannya, padahal para pengikut Syaikh Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb tidak menyandarkan diri mereka kepada istilah ini.
Margoliouth sebagai contohnya, ia mengaku bahwa istilah ‘Wahhâbiyyah” digunakan oleh musuh-musuh dakwah selama masa hidup ‘pendiri’-nya, kemudian digunakan secara bebas oleh orang-orang Eropa. Walau demikian, ia menyatakan bahwa istilah ini tidak digunakan oleh para pengikut dakwah ini di Jazîrah ‘Arab. Bahkan, mereka menyebut diri mereka sendiri sebagai “Muwahhidŭn”. [D.S. Margoliouth, Wahabiya, hal. 618, 108. Artikel karya Margoliouth yang berjudul ‘Wahhabis’ ini juga dapat ditemukan di dalam The First Encyclopaedia of Islam, 1913-1936 (New York: E.J. Brill, 1987 Reprint) vol.8 , hal.1087 karya M.T. Houtsma, T.W. Arnold, R. Basset, R. Hartman, A.J. Wensinck, H.A.R. Gibb, W. Heffening dan E. Lêvi-Provençal (ed) dan The Shorter Encyclopaedia of Islam (Leiden and London: E.J. Brill and Luzac & Co., 1960), hal. 619 karya H.A.R Gibb, J.H. Kramers dan E. Lêvi-Provençal (ed). Artikel ini juga dicetak ulang dalam :
Reading, UK: Ithaca Press, 1974
Leiden: Brill, 1997
Dan cetakan pertama, Leiden and London: E.J. Bril and Luzac & Co., dan New York: Cornel University Press, 1953.]
Thomas Patrick Hughes menggambarkan “Wahhâbiyyah” sebagai gerakan reformis Islâm yang didirikan oleh Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb, yang menyatakan bahwa musuh-musuh mereka tidak mau menyebut mereka sebagai “Muhammadiyyah” (Muhammadans), malahan, mereka menyebutnya sebagai ‘Wahhâbî’, sebuah nama setelah namanya ayahnya Syaikh… [Thomas Patrick Huges, Dictionary of Islam, hal. 59].
George Rentz mengatakan bahwa istilah ‘Wahhâbî’ digunakan untuk mengambarkan para pengikut Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhâb oleh musuh-musuh mereka sebagai ejekan bahwa Syaikh mendirikan sebuah sekte baru yang harus dihentikan dan aqidahnya ditentang. Mereka yang disebut dengan sebutan ‘Wahhâbî’ ini beranggapan bahwa Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhâb hanyalah seorang pengikut Sunnah, oleh karena itulah mereka menolak istilah ini dan bahkan menuntut agar dakwah beliau disebut dengan ‘ad-Da’wah ila’t Tauhîd’, dimana istilah yang tepat untuk menggambarkan para pengikutnya adalah ‘Muwahhidŭn’… [George Rentz dan AS.J. Arberry, The Wahhabis in Religion in The Middle East: Three Religion in Concord and Conflict, Vol.2 (Cambridge: Cambridge University Press, 1969), hal. 270]. Rentz juga mengatakan bahwa, para penulis barat ketika menggunakan istilah ‘Wahhâbî’ adalah dengan maksud ejekan, ia juga menyatakan bahwa ia menggunakan istilah itu sebagai klarifikasi.
[Lihat: Nâshir ibn Ibrâhîm ibn ‘Abdullâh Tuwaim, Asy-Syaikh Muhammad ibn ‘Abd`ul Wahhâb: Hayâtuhu wa Da’watuhu fi`r Ru`yâ al-Istisyrâqiyya: Dirôsah Naqdîyyah (Riyadh: Kementerian Urusan Keislaman, Pusat Penelitian dan Studi Islam, 1423/2003) hal. 86-7. Buku ini juga dapat dilihat secara online di http://islamport.com/d/3/amm/1/100/2213.html] .

Biar bagaimanapun, siapa saja yang menggunakan istilah ini , baik dari masa lalu sampai saat ini, telah melakukan beberapa kesalahan, diantaranya :
Mereka menyebut dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhâb sebagai ‘Wahhâbiyyah’, walaupun dakwah ini tidak dimulai oleh ‘Abdul Wahhâb, namun oleh puteranya Muhammad.
Pada awalnya, ‘Abdul Wahhâb tidak menyetujui dakwah puteranya dan menyanggah beberapa ajaran puteranya. Walau demikian, tampak pada akhir kehidupannya bahwa beliau akhirnya menyetujui dakwah puteranya. Semoga Alloh merahmatinya.
Musuh-musuh dakwah, tidak menyebut dakwah ini dengan sebutan Muhammadiyyah –terutama semenjak Muhammad, bukan ayahnya, ‘Abdul Wahhâb, memulai dakwah ini- karena dengan menyebutkan kata ini, Muhammad, mereka bisa mendapatkan simpati dan dukungan dakwah, ketimbang permusuhan dan penolakan.
Istilah “Wahhâbi”, dimaksudkan sebagai ejekan dan untuk meyakinkan kaum muslimin supaya tidak mengambil ilmu atau menerima dakwah Muhammad ibn ‘Abdul Wahhâb, yang telah digelari oleh mereka sebagai mubtadi’ (ahli bid’ah) yang tidak mencintai Rasulullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam. Walaupun demikian, penggunaan istilah ini telah menjadi sinonim dengan seruan (dakwah) untuk berpegang al-Qur`ân dan as-Sunnah dan suatu indikasi memiliki penghormatan yang luar biasa terhadap salaf, yang berdakwah untuk mentauhîdkan Allôh semata serta memerintahkan untuk mentaati semua perintah Rasulullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam. Hal ini adalah kebalikan dari apa yang dikehendaki oleh musuh-musuh dakwah. [Lihat: Qodhî Ahmad ibn Hajar Alu Abŭthâmi (al-Bŭthâmi), Syaikh Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb : His Salafî Creed and Reformist Movement, hal. 66]. Pada belakang hari, banyak musuh-musuh dakwah Imam Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb akhirnya menjadi kagum terhadap dakwah dan memahami esensi dakwahnya yang sebenarnya, melalui membaca buku-buku dan karya-karyanya. Mereka mempelajari bahwa dakwah ini adalah dakwah Islam yang murni dan terang, yang Alloh mengutus semua Nabi-Nya ‘alaihim`us Salâm untuknya (untuk dakwah tauhîd ini).
Menggunakan istilah ‘Wahhâbiyyah’ ini, tidak akan menghentikan penyebaran dakwah ini ke seluruh penjuru dunia. Bahkan pada kenyataannya, walaupun berada di tengah-tengah dunia barat, banyak kaum muslimin yang mempraktekkan Islam murni ini, yang mana Imâm Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb secara antusias mendakwahkannya dan menjadikannya sebagai misi dakwah beliau. Semua ini disebabkan karena tidak ada seorangpun yang dapat mengalahkan al-Qur`ân dan as-Sunnah, tidak peduli sekuat apapun seseorang itu.
Perlu dicatat pula, bahwa diantara karakteristik mereka yang berdakwah kepada tauhîd adalah, adanya penghormatan yang sangat besar terhadap al-Qur`ân dan sunnah Nabi. Mereka dikenal sebagai kaum yang mendakwahkan untuk berpegang kuat dengan hukum Islam, memurnikan (tashfiyah) dan mendidik (tarbiyah) bahwa peribadatan hanya milik Allôh semata serta memberikan respek terhadap para sahabat nabî dan para ‘ulamâ` Islâm. Mereka adalah kaum yang dikenal sebagai orang yang lebih berilmu di dalam masalah ilmu Islam secara mendetail daripada kebanyakan orang selain mereka. Telah menjadi suatu pengetahuan umum bahwa dimana saja ada seorang salafî bermukim, kelas-kelas yang mengajarkan ilmu sunnah tumbuh subur. Sekiranya istilah “Wahhâbî” ini digunakan untuk para pengikut dakwah, bahkan sekalipun dimaksudkan untuk mengecilkan hati ummat agar tidak mau menerima dakwah mereka, tetaplah salah baik dulu maupun sekarang, menyebut dakwah ini dengan sebutan “Wahhâbiyyah”.
Imâm Muhammad ibn ‘Abdul Wahhâb berdakwah menyeru kepada jalan Rasulullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat nabi, beliau tidak berdakwah menyeru kaum muslimin supaya menjadi pengikutnya. Dakwah beliau bukanlah sebuah aliran/sekte baru, namun dakwah beliau adalah kesinambungan warisan dakwah yang dimulai dari generasi pertama Islam dan mereka yang mengikuti jalan mereka dengan lebih baik.

untuk sahabat sejatiku..

Selasa, 5 Januari 2010

Facebook, Yahudi & Status Hukum

Soalan : Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?


Jawapan
Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.



Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Zaharuddin.net on Facebook

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.



2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?



3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.





4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.



Policy menyebutkan :



"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."



Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.



Selain itu, juga disebutkan :



To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."



Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.



Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.



KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.



· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.



· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-



a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.



Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,



Zaharuddin Abd Rahman