Khamis, 19 Disember 2013

saya dan pilihanraya

pilihanraya kampus. Saya bukan nak bercerita mengenai suasana PRK ditempat saya, bukan juga nak cakap pasal calon pilihan hati saya. Tapi sya nak cakap pasal diri saya..


Pada awalnya, saya telah berazam utk berkecuali dalam PRK tahun ini. memandangkan saya dah nak masuk tahun akhir, saya rasa baik saya memberi tumpuan kpd pengajian saya. sebab saya rasa banyak perkara yang kurang dan perlu kpd penambahan. tapi pada suatu hari tu... dah malas nak cerita. panjang pulak nanti. cerita mudahnya, saya telah dicalonkan utk bertanding pada pilihanraya kampus kali ini. walaupun agak berat, dan memang berat utk menerimanya, bak kata ibu saya, ''mungkin ada hikmahnya..'' ya, semoga saja.


saya ni orang busy, itu poin utamanya. Semasa mula naik dulu, saya berazam pada diri sendiri, walaupun saya memegang jawatan sebagai exco, saya takkan tinggalkan kerja-kerja yg biasa saya buat sebelum ini dibawah 'syarikat' yang saya tubuhkan bersama seorang sahabat, baitul hikmah. Pagi siang malam ada je kerja saya dengan 'syarikat' ni. walaupun masih baru, saya dah rasa selesa bekerja.



Tapi lain ceritanya bila saya mula menjalankan amanah yang saya bawa. Kerja- kerja lama saya kerap terbengkalai dan terbiar lama tak terurus. Bila ada orang panggil saya utk membaiki barangan rosak, saya akan balas "esok insha Allah saya free saya pergi tengok". Keesokannya pulak saya ada kerja, tangguh pulak lusa. Lusa pulak ada kerja lain, tangguh pulah. Last-last 2 3 minggu lepas tu baru saya pergi tengok.. Aduhai. Bukan nak ingkar janji atau apa, tapi memang saya sedang disibukkan oleh perkara lain.nak taknak saya kena dahulukan mana yang wajib dulu la sebelum perkara sunat.



Saya selalu disindir oleh 'pelanggan' saya. "Takpe la ust, taknak ganggu ust. Orang buzy la katekan.." dan ayat-ayat yang pedih lainnya. Saya bukanlah jenis yang suka mengecewakan orang lain. Walaupun kadang rasa penat dan sebagainya, tapi kalau penat itu boleh buat orang lain suka hati, saya akan cuba dan usaha. Pernah jugak saya cuba utk membahagikan masa antara kerja persatuan dan kerja sampingan lain, tapi kantoi jugak.



Selalu terlepas janji sampai tertunda berminggu-minggu lamanya. Ada permintaan yg tak tertunaikan lagi sampai ke hari ini walaupun dorang minta saya buat sebelum Ramadhan lepas!! Ini menarik.. Bukan sengaja saya mengelak atau nak berlepas tangan, tapi memang masa saya sangat sangat sangat terhad (susun ayat kena hebat baru boleh dapat pengampunan). Dengan Mesyuaratnya  lagi, dengan kerja- kerja yang berkaitan dgn amanah yg saya bawa lagi, itu ini bagai semua tu, last-last permintaan mreka tertangguh.


Itu tak kira lagi kerja saya dalam bidang fotostat. kalau sebelum naik dulu, saya sanggup buat kerja sampai pukul 2 3 pagi. tempahan punya pasal, nak bagi siap juga esok harinya. tapi bila dah naik, Allahu.. sebuah buku boleh makan masa 2 hari untuk saya siapkan. ada jugak orang yang terkecewakan. Saya secara peribadi lebih selesa bekerja 'bawah tanah' berbanding kerja dgn skop tertentu. Bila buat kerja underground ni, saya boleh buat semua benda yang saya nak buat. Pagi siang malam, ikut saya nak buat bila. Berbanding kerja berjawatan ni, nak buat kerja kena tengok dulu skop kerja tu utk siapa. Kalau memang itu skop kerja kita, jalan. Kalau bukan skop kerja kita, hah stop. Jangan memandai nak buat.. Nak buat kerja pun kena tengok 'kanan kiri'. Silap-silap kita kena tegur sebab tak tengok 'kanan kiri'. Pada saya leceh kerja macam ni. Banyak sangat 'halangan', jenis saya pula lebih suka 'buat apa yang saya rasa nak buat'. Kan susah tu..


Kesimpulannya, harapan saya pada pilihanraya kali ini, jika ditakdirkan menang, saya mohon pada Allah moga dipermudahkan jalan saya selepas ini. Dipermudahkan segala urusan saya, dimudahkan jua pembelajaran saya dan juga kehidupan saya selepas ini. Bagi saya, jawatan adalah 'shortcut' utk kita meraih redhaNya. Bukan semua orang berpeluang mendapatkan 'nikmat' shortcut ini. Kpd mereka yang berpeluang merasainya, hargailah ia sebaik yang mungkin. Perbanyakkanlah berbuat kebaikan dengan memanfaatkan  jawatan yang diberi, mungkin selepas ini kita dah tak berpeluang mendapatkannya.



Jika diberi kekalah pada pilihanraya kampus kali ini, ucapan pertama saya ialah "Alhamdulillah".. Ini yang saya mahu dan mungkin ini yang terbaik bagi saya. Memberi laluan kpd muka-muka baru utk menerajui persatuan ini adalah kesukaan saya. pilihlah mereka, insha Allah persatuan ini akan lebih berkembang dengan idea-idea mereka. bukan dari idea 'orang tua' macam saya ni. idea lapuk dan ketinggalan zaman. heh

akhir kalam, Buatlah pilihan secar bijak, selamat mengundi dan selamat menghadapi final exam buat sahabat semua.



Muhammad Iqbal

Mafraq, 15 safar 1435H

2 ulasan:

  1. akhowat faham yg us bz..tak perlu rasa disindir :)
    us byk menabur bakti tuk Prisma..tu sbb ahli nak naikkan us lg..wlupun perit tuan badan je yg tau..Ana seru ahli Prisma utk letakkan org yg mmg berkesanggupan dlm keadaan tu..smpt lagi nak ubah pilihan calon ni ^^
    bg la peluang us iqbal tumpukan pd aulawiyat beliau..

    apapun keputusan nnti, kami doakn yg terbaik utk us iqbal!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan tak sanggup, tapi kalau tidak diberi itu adalah lebih baik..

      Padam