Rabu, 8 Ogos 2012

bingkisan Ramadhan : moreh = mengumpat

"Eh, lepas tadarus nanti jangan balik dulu ye, saya ada bawah makanan sikit tadi, kite sembang-sembang dulu"
"Oke.. tengok tadi ada lepat,cucur udang bagai, memang sesuai la makan lepas tadarus.." sambung seorang jamaah.
"Ha'a, skali kita bincang-bincang skit pasal penduduk dikawasan kita ni" sambung seorang lagi jamaah dengan penuh minat



Mungkin begitulah 'skema harian' jamaah surau dikawasan perumahan kita, dirumah, dipejabat bersama rakan atau dimana-mana sahaja yang mengadakan tadarus al Quran secara berjamaah selepas solat taraweh. Ada baiknya 'mini reunion' semacam ni, boleh merapatkan lagi ukhuwah antara jamaah, keluarga dan kawan selain boleh bertukar juadah dan selera. Kena pulak kalau ada diantara jamaah, keluarga atau kawan yang membuka gerai jualan dibazar Ramadhan, alang-alang dah ber'reunion' tu, boleh la bawak saki-baki jualan yangg tak habis tu untuk dihabiskan bersama. Takke rizki tu? Boleh merasa makanan free..

Apa-apa pun, dalam kerancakan bersembang tu, kadang-kadang kita tak perasan yang kita terumpat, termaki, terkutuk dan pelbagai ter lagi yang dapat mengundang dosa dan merosak iman. Bahkan dalam sesetengah perbincangan tu, topik utamanya ialah mengumpat orang. Allahu rabbi.. perkara yang awalnya molek berubah jadi tak molek. Kadang kalau saya berada ditegah-tengah mereka pun, saya jadi rasa serba salah. Nak lari, atau nak duduk dengar je. Kalau nak lari pun, awal-awal lagi dah kena 'warning', "relax dulu bal, esok kamu bukan kerja pun, bukan ada kelas pun, bukan buat apa pun kt bilik tu" dan berbagai lagi helah. Hah, memang susah la nak lari tu. Tapi dalam banyak-banyak keadaan, saya lebih suka duduk berdiam diri. Yela, mana la tahu, kot-kot apa yang mereka bincangkan tu perkara-perkara yang merka tak suka pada seseorang contohnya imam surau, kawan dan orang-orang yang 'berpengaruh' lainnya. Niat saya duduk berdiam diri, kot-kot la saya boleh dapat tahu apa yang orang suka, apa yang orang tak suka. Maklum la, baru nak kenal dunia, lain orang lain kecendrungan..

Ada dalam satu malam tu, seorang pakcik disebuah kawasan diatas bumi bagi tau ke saya mengenai seorang hamba Allah, "imam yang sorang ni kan, kalau dia naik je, orang mesti menyampah. Bukan apa bal, dia kalau solat subuh, bacaan dah la panjang, lepas tu wirid memang nak kena khatam kitab wirid! Susah la macam tu, orang nak pergi kerja lagi. Lepas tu lepas solat subuh biasa ada tazkirah dari ustaz Z, orang pun nak la dengar. Tapi kalau dah imam baca panjang, wirid lama, memang tak sempat nak dengar ceramah, orang  dah balik siap-siap nak pergi kerja" saya pun mangguk-mangguk je sambil ambil ihtimam dengan kesukaan kebanyakan jamaah masjid atau surau, kalau saya jadi imam subuh nanti, dirumah ke suaru ke masjid ke, bacaan jangan panjang, wirid pun bagi 'cukup syarat' je. Pernah sekali tu saya jadi imam disebuah surau, bukan takat bacaan dipendekkan dan wirid diringkaskan, tapi dengan qunut-qunut skali saya tinggal sebab terlupa.. haha

Bukan tak dibenarkan duduk bersembang bersama kawan karib, jiran atau rakan pejabat. Kalau kita tengok hadith-hadith nabi Sallallahu 'alaihi wasallam pun, kita akan dapati banyak hadith yang diriwayatkan semasa Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam duduk bersama para sahabat Baginda radiallahu 'anhum ajma'in. Contoh hadith datangnya malaikat Jibril 'alaihissalam yang datang menyerupai seorang lelaki untuk mengajarkan tentang islam kepada para sahabat Baginda. Juga hadith yang menceritakan ketika para sahabat tengah duduk-duduk bersama Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam, tiba-tiba terdengar suara dentuman kuat. Kemudian Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam mengkhabarkan kepada para sahabat Baginda bahwa bunyi dentuman itu berasal daripada sebuh batu yang dilepar dari tingkat neraka yang paling tinggi 70,000 tahun dahulu dan baru sampai mencecah dasarnya dan lain-lain lagi periwayatan hadith yang meriwayatkan bahwa Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam selalu duduk-duduk bersembang bersama para sahabat Baginda. Tapi, adakah Baginda dan para sahabat bersembang kosong, merapu entah kemana dan mengata orang dalam perbualan mereka?

Tentunya tidak! Sembang Baginda dan para sahabat ridhwanullahu 'alaihim adalah sembang yang bermanfaat, membincangkan hal-hal yang dapat memberi kebaikan, saling menasihati antara sesama dan mengajarkan kebaikan dan ilmu. Sembang yang membawa kebaikan bukan saja untuk para sahabat, tapi untuk ummat Baginda pada akhir zaman. Kalau nak dibandingkan dengan sembang kita dengan para sahabat, bagai Johor dengan Kelantan la. Takkan bertemu dua daratan tu walaupun berada pada dataran yang sama.

Bagi saya, tidak salah untuk kita mengatakan sesuatu keburukan yang ada pada diri seseorang tapi dengan syarat tidak menyebutkan nama orang yang kita nak umpat. Sekadar nak mengambil pengajaran dan pelajaran atas kesilapan orang lain. Insya Allah kalau macam tu, tak la kita termasuk dalam golongan orang yang memakan daging saudaranya sendiri.Bulum terlambat lagi untuk kita mengubah 'corak' bersembang kita, selagi matahari terbit diufuk timur, selagi itu kita diberi peluang olehNya untuk berubah kearah kebaikan. Bersembanglah perkara yang memberi manfaat, jauhkan dari mengumpat dan mengata orang. Mungkin ini antara amalan para salafussoleh yang ditinggalkan...




renungan Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
(Hadis Riwayat Muslim)

0 balasan:

Catat Ulasan