Sabtu, 4 Ogos 2012

bingkisan Ramadhan : tadarus al Quran


Alhmadulillah, selepas beberapa bulan tak menulis, tetiba tergerak hati ni untuk menconteng sesuatu di blog ni, berkongsi sesuatu yang mudah-mudahan memberi manfaat kepada siapa yamg membacanya. Walaupun saya bukanlah penulis yang terbaik dalam tulisannya, ataupun seorang yang pandai menyusun kata dan kalimat dalam bicaranya, tapi setakat apa yang terdaya dan mampu saya beri, insya Allah saya akan cuba..

Alhamdulillah, pada tahun ini saya telah diberi peluang untuk menjadi imam tarawih, Alhamdlillah, selepas beberapa tahun dahulu sempat mengimpikannya, tapi tak dapat lesen lagi untuk jadi imam @ saya yang selalu mengelak bila dapat tawaran untuk jadi imam? biasa la, kecil lagi masa tu, nak jadi imam tu agak takut lagi. takut terkelu lidah ni kalau tak ingat ayat. last-last sepatutnya dalam satu rakaat kena baca satu muka surat, takut bila dah terkelu lidah tu, jadi satu dua baris pulak bacaan nanti.. tak ke huru hara jamaah nanti?!

berkenaan dengan tadarus al Quran yang menjadi tajuk utama artikel kali ini, ini kali pertama mengahdiri tadarus al Quran bersama masyarakat awam. Biasa saya bertadarus bersama kawan atau sahabat-sahabat semasa di sekolah dulu, bila kali pertama ni, saya ingat agak sukar pertamanya sebab kena berhadapan dengan masyarakat yang saya fikir tahap bacaa dorang masih lagi diatas rata-rata, walaupun ada sebahagian dikalangan mereka yang bacaannya pada tahap ‘boleh la’. Apa-apa pun, bagi saya, bacaan al Quran pakcik-pakcik di kariah taman perumahan ni jauh lebih baik berbanding pakcik-pakcik lain yang saya pernah dengar bacaan dorang, terutama pakcik-pakcik di kampung saya di Batu Pahat, logat jawa mereka yang kental memang menjadi perosak bacaan mereka.

apa yang ‘menariknya’ bagi saya disini, pakcik-pakcik ni, walaupun bacaan dorang terkesan agak ’merangkak’ lagi, tapi dalam bab tajwid dan hokum hakam bacaan dorang sangat-sangat jaga. mana yang panjangnya, mana yang ghunnahnya, mana yang boleh waqaf, mana yang tak boleh waqaf, mad dan lain-lain hukum tajwid semua meraka jaga. Alhamdulillah.. tapi keadaan ini jauh berbeza dengan kelas mengaji yang pernah saya ikuti di Jordan. para masyaikh kami di muhafazah al Quran, apa yang saya perasa, dorang kurang ambil berat terhadap tajwid pelajar-pelajar mereka yang bacaan al Qurannya agak kurang lancar. kalau ada mad yang kurang panjang contohnya, dorang biarkan je, berhenti kat mana-mana pun dorang biar je, tak ada teguran untuk mereka. tapi bila pelajar mereka yang bacaannya oke sikit, hah siap la, pantang kurang ghunnah sikit je, terus kena tegur. Panjang kurang seharakat je nye pun, dorang sekat bacaan. Memang kellaasss punye la. Terfikir pulak saya dua keadaan yang belainan ni, antara fi’liah sebahagian masyarakat kt Malaysia ni khususnya di kawasan kariah perumahan tempat saya imam dengan fi’liah mungkin sebahagian masyaikh al Quran di Jordan.

Saya ada terfikir suatu rumusan yang mugkin digunapakai oleh masyaikh al Quran di Jordan,

baca al Quran dengan makhraj yang betul adalah lebih aula (lebih utama) berbanding baca al Quran dengan tajwid tapi makhraj (sebutan huruf) tak betul

sahih atau tidaknya rumusan ini, mesti saya akidkannya bila saya balik Jordan nanti, insya Allah kalau balik semula la. . .

tapi pada fikiran saya, ada betulnya rumusan ni. Para masyaikh kami di Jordan lebih mengutamakan makharaj daripada bacaan muridnya berbanding ketepatan hukum hakam pada bacaan. kalau difikirkan pun, agak sukar untuk kita memperelok bacaan dalam masa yang sama nak kena perbetulkan tajwid pulak. bukan tak boleh, tapi kalau bagi saya, agak sukar untuk buat dua perkara dalam satu masa. tapi kalau buat satu-satu dahulu, perelokkan bacaan, lepas tu baru perkemas tajwid, insya Allah mudah la untuk kita mendapatkan bacaan yang baik dengan menjaga hukum-hakam pada bacaannya sekali. .

 Saya teringat dengan beberapa orang sahabat saya di Jordan, yang bacaan al Quran mereka ‘tak berapa nak elok’ lagi. takut benda tu akan menjadi ‘momok’ kepada mereka bila mereka pulang ke tanah air kelak. Macamna taknya, setara pakcik-pakcik yang duduk dikampung boleh lagi baca al Quran dengan baik, inikan kita yang balajar jauh di negara arab, bila balik nanti, bacaan al Quran masih ‘terangkak-rangkak’ lagi, memang kurang molek la. Bukan rasa malu yang nak diperkirakan, tapi sejauh mana dakwah kita akan berkesan nanti kalau yang asas ni pun kite tak berapa nak lepas lagi, apatah lagi ‘part-part’ tinggi dalam dakwah? takut kita tercicir dan tenggelam dari kehidupan masyarakat yang akhirnya akan membawa kepada kemalapan jalan dakwah kita kepada mereka. na’uzubillah. .

kena pulak bila musim cuti persekolahan, sorang pakcik buat tawaran ke kita, “ustaz, kalau cuti ni kita buat kem perkemas bacaan al Quran kepada budak-budak sekolah ni oke tak?” babb,, memang tak menjawapla..

kepada sahabat-sahabat saya, selagi kita ada peluang, masa dan ruang, jom kita sama-sama kita memperbaiki diri kita, khususnya dalam seni bacaan al Quran. Biarpun suara tak semerdu dan seenak bacaan johan tilawah antarabangsa (yang orang Kelantan tu), asalkan kita mampu membaca kalamNya dengan baik, Insya Allah itu yang kita mahu dan itu yang terbaik.
Dari apa yang saya tahu, ramai daripada kalangan adik beradik kita yang berada di Jordan, khususnya yang berada di Mafraq pelajar lepasan maahad-maahad tahfiz atau pengajian Quran seperti Darul Quran, diploma tahfiz dan lain-lain. kalau rasa malu nak memperbaiki baca depan syaikh, ambillah peluang ini untuk memperdengarkan bacaan kita didepan mereka. Insya Allah saya rasa, tak ada daripada kalangan sahabat kita ni yang menolak untuk diperdengarkan bacaan Quran kita. Bahkan, mereka semua sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan antum dihadapan mereka untuk diperdengarkan bacaan antum. Jangan sampai kita menyesal dikemudian hari, baru kita nak mencari kelas-kelas intensif membaca al Quran. Toba’an malu kita nanti. lulusan timur tengah kok mencari kelas intinsif membaca al Quran, yang sepatutnya kita yang membuat kelas intensif tersebut. Piye toh?! fikir-fikirkanlah. .

pesan seorang pakcik kepada saya, “Bal, balik Jordan nanti belajar la pelbagai jenis lagu (Qiraat). Dah balik Malaysia nanti, ajar kitorng pulak..”
insya Allah la pakcik. . .

0 balasan:

Catat Ulasan