Khamis, 3 Disember 2009

ya Rabbi..

ya Allah,kurniakanlah aku cinta Mu dan cinta orang yang mencintai Mu. Berikanlah kepada ku kasih sayang Mu dan kasih sayang orang yang menjaga agama Mu.. Kurniakanlah kepada ku dan orang yang bersamaku ketenangan dan kedamaian. Jauhkanlah daripada kami perasaan takut slain kepada Mu ya Rabb.. Janganlah Engkau bebankan kami dgan bebanan yang kami tidak sanggup untuk memikulnya. Ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan. Samada yang kami sedar ataupun tidak,yang kami lakukan di waktu malam hari ketika tiada seorang yang melihat kami ataupun dosa yang kami lakukan di siang hari,zahir dan batin. Ya Allah hanya Engkau yang maha pengampun segala dosa.. Tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa selain daripada Engkau ya Allah,ya Ghaffar,ya Rahim...

0 balasan:

Catat Ulasan