Isnin, 14 Disember 2009

Keutamaan solat tahajjud

Keteranagn daripada ayat Quran

  1. Allah swt telah memerintahkan Nabi-Nabi Nya agar mengerjakan solat malam, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud : " Dan dari sebahagian malam itu gunakanlah untuk bertahajjud sabagai solat bagi mu, semoga Rabbmu akan menbangkitkan mu pada kedudukan yang terpuji." (Surah al Isra': 79).Perintah ini meskipun bersifat khusus untuk Rasulullah saw namun seluruh umat islam disyariatkan untuk mencontohi perbuatan Nabi saw.
  2. Allah menjelaskan,bahawa orang-orang yang sentiasa beristiqamah mengerjakan solat malam merupakan orng yang berhak dan layak menerima kebaikan serta rahmat-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :"Sesungguhnya orang-oramg yang bertaqwa itu berada dalam kebun-kebuk yang di kelilingi mata air. Mereka menerima segala pemberian Allah, disebabkan dahulu mereka selalu berbuat kebaikan. Bahkan dahulu mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar." (surah az Zariat: 15-18)
  3. Mereka dipuji Allah dan dimasukkan dalam golongan hamba-hamba Nya yang berbakti, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :"Dan hamba-hamba Allah yang maha pengasih ialah mereka yang berjalan di bumi dengan merendahkan diri dan apabila diganggu oleh pembicaraan yang bodoh, mereka hanya menjawap dengan ucapan yang baik. Mereka itu yang semalam penuh hanya beribadat kepada Allah, baik dalam keadaan sujud mahupun berdiri."surah al Furqan: 63-64)
  4. Ornag yang mengamalkan solat Qiamullai pasti Allah mengistimewakan mereka berbanding orang-orang yang tidak melakukannya. Hal ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :"Adakah orang yang berbakti pada Allah di waktu malam, bersujud serta berdiri dan takut pada seksa akhirat dan mrngharap rahmat Rabbnya itu akan sama dengan orang yang tidak demikian itu? Katakanlah : adakah sama orang yang mengerti dengan orang yang tidak mengerti? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil manfaat daripada peringatan ini hanyalah mereka yang berakal." (surah az Zumar: 9)


     

Keterangan daripada hadis Nabi saw

  1. Abdullah bin Salam berkata :"Pertama kali Rasulullah saw dating ke Madinah, kaum muslimin dating berpusu-pusu mengerumuni baginda. Aku sendiri salah seorang yang datang untuk melihatnya. Ketika aku perhatikan wajahnya, aku yakin bahawa wajahnya bukanlah wajah seorang pendusta. Perkataan awal yang aku dengar daripada Nabi saw ialah : 'wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bersedekahlah dengan cara menghidangkan makanan, jalinlah hubungan silaturrahim, kerjakanlah solat ketika orang-orang sedang tidur, pasti kamu akan masuk syurga dengan selamat dan sejahtera'." (hadis riwayat Tirmizi,Ibnu Majah,Imam Ahmad dah Hakim.at Tirmizi berkata, hadis ini hasan lagi sahih)
  2. Salman al Farisi berkata, Rasulullah saw telah bersabda :"kerjakanlah solat malam, sebab ia merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu di zaman dahulu. Ia juga merupakan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah,penebus segala kejahatan dan pencegah daripada berbuat dosa," (hadis riwayat ath Tabrani.hadis hasan)


     

    Bersambung..

0 balasan:

Catat Ulasan