Sabtu, 24 Disember 2011

berjalan melihat mentafsir

 Seseorang menalifon saya, memberikan sedikit ‘nasihat’ sebelum beliau berangkat pulang ke Malaysia,


   “ustaz, kalau boleh kurangkan la sikit jalan-jalan tu. banyakkan tolong persatuan ni. persatuan memerlukan tenaga untuk kerja-kerja ni..”


 lebih kurang macam tu la petikan ‘nasihat’ yang diberikan. tersenyum saya sambil berfikir,’bukan selalu pun saya berjalan ni. baru dua tiga empat kali je pun, orang dah nasihat suruh kurangkan!’ kebetulan masa tu saya baru balik dari ‘bercuti’ ke Syria, lebih kurang sebulan lebih jugak saya di sana. Bukan tak nak dengar nasihat, tapi… lagi pun saya berjalan masa cuti belajar je, orang kate nak ambil ‘zuq’ baru sebelum melangkah menghadapi semester baru pengajian di universiti, bukan mencuri masa ketika fatrah pembelajaran sampai monteng kelas semata-mata nak berjalan..


 setakat yang saya ingat, bukan seorang dua yang nasihat saya macam tu. mama saya, dah berkali-kali beliau menasihati saya supaya mengurangi habi saya yang satu ni, tapi itu la, bukan tak nak dengar nasihat beliau, tapi dah memang habi saya berjalan, ape mau buat. ayah saya pun tak kurangnya, sampai marah-marah beliau menasihati saya, puas dah rasanya beliau menasihati saya, pagi siang malam, telinga saya pun sampai panas, sampai buntu beliau tak tau nak nasihat macamna lagi saya ni, kreta motor sampai rosak dek saya bawak berjalan, tapi itu la, dah memenag habi saya berjalan dan saya memang suka berjalan, nak buat macamna? abang saya, kakak saya, adik-adik saya, nenek saya, makcik-makcik saya dan lain-lain lagi, semua dah bagi nasihat, tapi setakat ni macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri je (atau tak masuk-masuk?). bukan tak dengar nasihat atau bebal, tapi berjalan tu memang hobi saya.. hemm


    “Asyik berjalan je, belajarnya bila?”
kadang mama saya bertanyakan solan itu. dengan tenang saya menjawap,
    “belajar sambil berjalan ma.. hehe”




Bismillahirrahmanirrahim..
 Saya ingin berkongsi beberapa ayat dari al Quran, ayat yang banyak diulang-ulang didalam al Quran. yang sempat saya kira, ayat yang sama maksud dengannya diulang lebih kurang sebanyak 11 ayat dalam beberapa surah. salah satu ayat tersebut ialah ayat surah ar Rum ayat 9,


أَوَلَمْ يَسِيْرُوا فِي الأَرضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَقِبَةُ الذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ

“Tidakkah mreka berjalan di atas muka bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka..”

 ayat perintah daripada Allah utk ummat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam supaya kita berjalan dan melihat kesan peninggalan ummat-ummat terdahulu yang mendustakan rasul-rasul mereka, yang kebanyakannya hancur dan hanya meninggalkan sedikit kesan peniggalan, kemudiannya mentafsir apa yang sudah kita lihat, apa kesudahan yang Allah berikan kepada mereka, ummat terdahulu,  utk kita ummat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam mengambil pengajaran dan menjadikannya peringatan supaya tidak mengulangi perbuatan mereka terhadap rasul-rasul mereka. bukan satu dua ayat, tapi ada lebih dari 11 ayat Allah ulang perkara yang sama utk kita ambil berat tentang perkara ni, tanda kasih dan sayangnya Allah kepada kita ummat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, taknak ianya berlaku kepada kita, subahanallah..

 saya selalu terfikir, apa makna tersirat yang terdapat dalam ayat ini? cuba menyelak kitab-kitab tafsir utk mencari jawapan semua itu, tapi jawapan yang ada 'kurang memuaskan'. kalau sedang dalam perjalanan, saya suka ‘termenung’ jauh memandang ke luar tingkap bas, cuba utk mengingati dan menghayati makna yang terkandung dalam ayat tu. nak pergi kelas, pergi pasar, pergi Amman atau kemana sekali pun, walaupun tempat tu tak pernah tercatat dalam lembaran sejaran pernah didiami oleh orang-orang terdahulu, saya akan tetap cuba utk mengulangi dan mengingat ayat ni, mencari makna dan maksud tersimpan dalam ayat tu. kadang saya merasakan, ada satu rasa yang saya rasakan bila saya memandang keluar melihat alam ciptaanNya, rasa keinsafan dan kehambaan kita padaNya. terasa diri ini kerdil berbanding Dia yang Maha kuasa dan Maha luas, terlalu kecil kita berbanding alam ciptaanNya dan segala yang terbentang diatas muka bumi ini. rasa gerun dan gementar bila melihat alam yang begitu luas terbentang, sayu rasanya bile perjalanan saya akan berakhir. terfikir sejenak, adakah saya berkesempatan utk berjalan-jalan lagi menikmati ‘rasa’ ini kembali.. saya akan berusaha utk mencari peluang itu.

 saya masih belum berkesempatan utk melihat dan menziarahi kesemua tempat peniggalan ummat terdahulu yang berada di Jordan ni, baru beberapa tempat yang sempat saya lihat dan ziarahi. biarlah perlahan-lahan, asalkan hikmah dan pengajarannya dapat saya aplikasikan dalam hidup ini, menjadi batas dan benteng utk saya tidak melakukan perkara yang dilakukan oleh ummat terdahlu, menderhakai rasul-rasul mereka dan melanggar perintah pencipta mereka.

 saya berjalan bukan utk saja-saja, nak tengok-tengok dunia luar, cari pengalaman yang boleh dibuat cerita bila balik ke Malaysia nanti dan lain-lain. oarng kata daripada duduk tanpa aktiviti masa cuti, lebih baik jalan-jalan cari makan, mengisi masa cuti.. bukan, bahkan tak pernah pun saya pasang niat berjalan utk itu semua. sebab bagi saya, setiap perjalanan itu sangat-sangat berharga. belum tentu kita boleh merasainya lagi selepas ini. so, selagi ada peluang tu, selagi dalam perjalanan, saya akan cuba utk menikmati semuanya, menikmati sesuatu yang saya takkan dapatkannya bila saya berdiam diri didalam bilik!

 agak-agak, boleh ke saya dapatkan semua ini kalau saya hanya berdiam didalam bilik berhadapan dengan buku atau laptop?? berjalan melihat mentafsir, itu hobi saya :)

cuti semester bakal menjelma, adakah saya akan bermusafir lagi? tuggu dan lihat aje la Smile

sekian,sekadar perkongsian



p/s : saya paling tak suka ‘pukul’ gambar bile dalam berjalanan. boleh menghilangkan ‘kekhusyukan’ dan menyalahi niat awal saya berjalan dan ianya bercanggah dengan akta berjalan saya. hanya orang yang niat melancong je ambil-ambil gambar ni..

0 balasan:

Catat Ulasan