Sabtu, 4 Ogos 2012

bingkisan Ramadhan : tadarus al Quran


Alhmadulillah, selepas beberapa bulan tak menulis, tetiba tergerak hati ni untuk menconteng sesuatu di blog ni, berkongsi sesuatu yang mudah-mudahan memberi manfaat kepada siapa yamg membacanya. Walaupun saya bukanlah penulis yang terbaik dalam tulisannya, ataupun seorang yang pandai menyusun kata dan kalimat dalam bicaranya, tapi setakat apa yang terdaya dan mampu saya beri, insya Allah saya akan cuba..

Alhamdulillah, pada tahun ini saya telah diberi peluang untuk menjadi imam tarawih, Alhamdlillah, selepas beberapa tahun dahulu sempat mengimpikannya, tapi tak dapat lesen lagi untuk jadi imam @ saya yang selalu mengelak bila dapat tawaran untuk jadi imam? biasa la, kecil lagi masa tu, nak jadi imam tu agak takut lagi. takut terkelu lidah ni kalau tak ingat ayat. last-last sepatutnya dalam satu rakaat kena baca satu muka surat, takut bila dah terkelu lidah tu, jadi satu dua baris pulak bacaan nanti.. tak ke huru hara jamaah nanti?!

berkenaan dengan tadarus al Quran yang menjadi tajuk utama artikel kali ini, ini kali pertama mengahdiri tadarus al Quran bersama masyarakat awam. Biasa saya bertadarus bersama kawan atau sahabat-sahabat semasa di sekolah dulu, bila kali pertama ni, saya ingat agak sukar pertamanya sebab kena berhadapan dengan masyarakat yang saya fikir tahap bacaa dorang masih lagi diatas rata-rata, walaupun ada sebahagian dikalangan mereka yang bacaannya pada tahap ‘boleh la’. Apa-apa pun, bagi saya, bacaan al Quran pakcik-pakcik di kariah taman perumahan ni jauh lebih baik berbanding pakcik-pakcik lain yang saya pernah dengar bacaan dorang, terutama pakcik-pakcik di kampung saya di Batu Pahat, logat jawa mereka yang kental memang menjadi perosak bacaan mereka.

apa yang ‘menariknya’ bagi saya disini, pakcik-pakcik ni, walaupun bacaan dorang terkesan agak ’merangkak’ lagi, tapi dalam bab tajwid dan hokum hakam bacaan dorang sangat-sangat jaga. mana yang panjangnya, mana yang ghunnahnya, mana yang boleh waqaf, mana yang tak boleh waqaf, mad dan lain-lain hukum tajwid semua meraka jaga. Alhamdulillah.. tapi keadaan ini jauh berbeza dengan kelas mengaji yang pernah saya ikuti di Jordan. para masyaikh kami di muhafazah al Quran, apa yang saya perasa, dorang kurang ambil berat terhadap tajwid pelajar-pelajar mereka yang bacaan al Qurannya agak kurang lancar. kalau ada mad yang kurang panjang contohnya, dorang biarkan je, berhenti kat mana-mana pun dorang biar je, tak ada teguran untuk mereka. tapi bila pelajar mereka yang bacaannya oke sikit, hah siap la, pantang kurang ghunnah sikit je, terus kena tegur. Panjang kurang seharakat je nye pun, dorang sekat bacaan. Memang kellaasss punye la. Terfikir pulak saya dua keadaan yang belainan ni, antara fi’liah sebahagian masyarakat kt Malaysia ni khususnya di kawasan kariah perumahan tempat saya imam dengan fi’liah mungkin sebahagian masyaikh al Quran di Jordan.

Saya ada terfikir suatu rumusan yang mugkin digunapakai oleh masyaikh al Quran di Jordan,

baca al Quran dengan makhraj yang betul adalah lebih aula (lebih utama) berbanding baca al Quran dengan tajwid tapi makhraj (sebutan huruf) tak betul

sahih atau tidaknya rumusan ini, mesti saya akidkannya bila saya balik Jordan nanti, insya Allah kalau balik semula la. . .

tapi pada fikiran saya, ada betulnya rumusan ni. Para masyaikh kami di Jordan lebih mengutamakan makharaj daripada bacaan muridnya berbanding ketepatan hukum hakam pada bacaan. kalau difikirkan pun, agak sukar untuk kita memperelok bacaan dalam masa yang sama nak kena perbetulkan tajwid pulak. bukan tak boleh, tapi kalau bagi saya, agak sukar untuk buat dua perkara dalam satu masa. tapi kalau buat satu-satu dahulu, perelokkan bacaan, lepas tu baru perkemas tajwid, insya Allah mudah la untuk kita mendapatkan bacaan yang baik dengan menjaga hukum-hakam pada bacaannya sekali. .

 Saya teringat dengan beberapa orang sahabat saya di Jordan, yang bacaan al Quran mereka ‘tak berapa nak elok’ lagi. takut benda tu akan menjadi ‘momok’ kepada mereka bila mereka pulang ke tanah air kelak. Macamna taknya, setara pakcik-pakcik yang duduk dikampung boleh lagi baca al Quran dengan baik, inikan kita yang balajar jauh di negara arab, bila balik nanti, bacaan al Quran masih ‘terangkak-rangkak’ lagi, memang kurang molek la. Bukan rasa malu yang nak diperkirakan, tapi sejauh mana dakwah kita akan berkesan nanti kalau yang asas ni pun kite tak berapa nak lepas lagi, apatah lagi ‘part-part’ tinggi dalam dakwah? takut kita tercicir dan tenggelam dari kehidupan masyarakat yang akhirnya akan membawa kepada kemalapan jalan dakwah kita kepada mereka. na’uzubillah. .

kena pulak bila musim cuti persekolahan, sorang pakcik buat tawaran ke kita, “ustaz, kalau cuti ni kita buat kem perkemas bacaan al Quran kepada budak-budak sekolah ni oke tak?” babb,, memang tak menjawapla..

kepada sahabat-sahabat saya, selagi kita ada peluang, masa dan ruang, jom kita sama-sama kita memperbaiki diri kita, khususnya dalam seni bacaan al Quran. Biarpun suara tak semerdu dan seenak bacaan johan tilawah antarabangsa (yang orang Kelantan tu), asalkan kita mampu membaca kalamNya dengan baik, Insya Allah itu yang kita mahu dan itu yang terbaik.
Dari apa yang saya tahu, ramai daripada kalangan adik beradik kita yang berada di Jordan, khususnya yang berada di Mafraq pelajar lepasan maahad-maahad tahfiz atau pengajian Quran seperti Darul Quran, diploma tahfiz dan lain-lain. kalau rasa malu nak memperbaiki baca depan syaikh, ambillah peluang ini untuk memperdengarkan bacaan kita didepan mereka. Insya Allah saya rasa, tak ada daripada kalangan sahabat kita ni yang menolak untuk diperdengarkan bacaan Quran kita. Bahkan, mereka semua sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan antum dihadapan mereka untuk diperdengarkan bacaan antum. Jangan sampai kita menyesal dikemudian hari, baru kita nak mencari kelas-kelas intensif membaca al Quran. Toba’an malu kita nanti. lulusan timur tengah kok mencari kelas intinsif membaca al Quran, yang sepatutnya kita yang membuat kelas intensif tersebut. Piye toh?! fikir-fikirkanlah. .

pesan seorang pakcik kepada saya, “Bal, balik Jordan nanti belajar la pelbagai jenis lagu (Qiraat). Dah balik Malaysia nanti, ajar kitorng pulak..”
insya Allah la pakcik. . .

Ahad, 29 Januari 2012

Guideline Ketika Tempoh Bertunang

 Bertunang adalah salah satu proses yang wujud dalam syariat Islam. Hukumnya adalah sunat. Ia terjadi apabila hasrat seorang lelaki untuk menjadikan seorang wanita sebagai isterinya disambut oleh wanita tersebut ataupun walinya. Maka, apabila sah menjadi tunangan, wanita tersebut tidak boleh lagi dipinang oleh orang lain.
 Mungkin asas tersebut sudah ramai yang tahu.Cuma ramai orang terlepas pandang tentang apa yang berlaku seusai proses pertunangan tersebut. Kita tahu, jika seorang lelaki hendak melamar, dia diharuskan untuk tengok wanita yang hendak dilamarnya. Apabila wanita tersebut sudah bergelar tunangannya pula, dia boleh berkenalan dengan wanita tersebut beserta keluarganya. Itu antara hikmah pertunangan ; sebagai proses menuju perkahwinan yang sejahtera.


 Bab perkenalan itulah ramai orang terlepas pandang. Mungkin sebab tidak dititkberatkan. Maka banyak jugalah berlaku kerosakan pemuda dan pemudi Islam yang berada dalam fatrah pertunangan kononnya atas nama ‘berkenalan’. Jadi saya cuba tuliskan sedikit guideline atau panduan untuk perhubungan sewaktu tempoh pertunangan. Harapnya, ia mampu menarik mana-mana yang telah terlanjur ke depan dan mampu menyuntik keberanian kepada mana-mana yang masih tidak tahu cara berhubungan.
Ok,kita mulakan.

Ahad, 15 Januari 2012

renungan..

3491296073_e4bab7802cAda 4 golongan manusia ketika mendengar azan dikumandangkan :
  1. Golongan yang apabila mendengar suara azan berkumandang, hatinya tidak tergerak utk pergi menunaikan solat berjamaah dimasjid, tapi dia hanya berkata 'oh dah masuk waktu', sambil meneruskan aktivitinya (azan hanya sebagai penanda waktu baginya)

 
2. Golongan yang apabila mendengar suara azan berkumandang, dia terus menunaikan solat ditempat dia berada. Jika dia sedang berada ditepi jalan, dia akan solat ditepi jalan. Jika dia sedang berada dikedai, dia akan solat dikedainya dan sebagainya.

 
3. Golongan yang apabila mendengar suara azan, dia terus meninggalkan pekerjaannya dan pergi ke masjid utk menunaikan solat secara berjemaah dimasjid. Golongan ini lebih baik daripada dua golongan diatas.

 
4. Golongan ini adalah merupakan golongan yang paling baik daripada 3 golongan diatas. Bila dia mendengarkan suara azan dikumandangkan, dia terus meniggalkan pekerjaannya dan pergi ke masjid utk solat secara berjamaah di masjid, dengan mengajak anak-anaknya yang telah aqil baligh, atau kawan-kawan sebilik dengannya, rakan-rakan dan orang yang berpapasan dengannya ditengah jalan. Inilah golongan yang terbaik, berbuat kebaikan kemudian mengajak orang lain utk turut bersama dengannya.

  Dimanakah kita? Adakah kita termasuk didalam golongn org yang menjadikan azan sebagai 'jam' baginya, atau kita menjadi org yang mengajak org lain utk bersama-sama dgn kita berjamaah dimasjid?
Jaddidu imaanakum, perbaharuilah iman kamu.


Ingatan utk diri sendiri dan utk semua..



Petikan tazkirah dpd jamaah tabligh Kedah, masjid Anas bin Malik, al Mafraq Jordan
20 safar 1433 hijriah

Rabu, 28 Disember 2011

keluarga saya


  Fikiran saya buntu bila melihat setiap sudut ruang yang ada dirumah persatuan ni. tak tahu apa yang sepatutnya saya buat pada sudut-sudut tersebut.. nak diterbalikkan kah? nak ditukar kedudukannya kah? nak dihancurkan kah? atau nak bagi rata je semua, buat macam dewan komuniti berdekatan kawasan rumah saya di Bukit Beruntung, Rawang?? hemm,, entah la..

Sabtu, 24 Disember 2011

berjalan melihat mentafsir

 Seseorang menalifon saya, memberikan sedikit ‘nasihat’ sebelum beliau berangkat pulang ke Malaysia,


   “ustaz, kalau boleh kurangkan la sikit jalan-jalan tu. banyakkan tolong persatuan ni. persatuan memerlukan tenaga untuk kerja-kerja ni..”


 lebih kurang macam tu la petikan ‘nasihat’ yang diberikan. tersenyum saya sambil berfikir,’bukan selalu pun saya berjalan ni. baru dua tiga empat kali je pun, orang dah nasihat suruh kurangkan!’ kebetulan masa tu saya baru balik dari ‘bercuti’ ke Syria, lebih kurang sebulan lebih jugak saya di sana. Bukan tak nak dengar nasihat, tapi… lagi pun saya berjalan masa cuti belajar je, orang kate nak ambil ‘zuq’ baru sebelum melangkah menghadapi semester baru pengajian di universiti, bukan mencuri masa ketika fatrah pembelajaran sampai monteng kelas semata-mata nak berjalan..

Jumaat, 29 Julai 2011

Kezaliman Tentera Amerika Terhadap Orang Yang Tak Bersalah

Bismillahirrahmanirrahim. post kali ni ana nak berkongsi pd pembaca sekalian perihal kejahatan perang dan kekejaman mereka ketika mereka menjajah dan mencemarkan bumi ummat islam. runungan utk kita semua yang hidup dibumi yang aman damai, dibumi yang ‘dibanjiri’ dengan kasih sayang, dibumi yang masih lagi ada gelak tawa dan kelalaian dunia lain.. mungkin kita boleh jadikan perkara ni sebagai renungan utk keta menjelang Ramadhan al mubarak kali ini. disaat kita tengah bergelak tawa bersama rakan-rakan kita, ada mereka, saudara seagama kita, yang dibantai dan dipanggang oleh musuh-musuh kita.. renung-renugkanlah


Amaran!!! Gambar-gambar di atas mungkin tidak sesuai untuk mereka-mereka yang lemah semangat, tengah mengandung, lemah jantung dan lelain. sila tinggalkan post ni kalau korang ade tanda cam tu. admin taknak bertanggung jawap kalau terjadi ape2 kt korng k.. =)

Rabu, 27 Julai 2011

11 Amalan Sunnat di Bulan Ramadhan

clip_image001
Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan kitab Feqhus-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.
1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiallahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”(HR Muslim)


2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”(HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiallahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallallahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallallahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)


3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”


5980709434_a06c0690ab_o
 
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)


5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)


6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)


7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.


8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)


9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)


11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallallahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallallahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)


 Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas.  Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.


Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.


sumber : feryco.com

Ahad, 24 Julai 2011

selamat bermarkaz lughah


Bismillahirrahmanirrahim. Ku mulakan penulisan kali ini dengan kalimah yang baik dan dengan hati yang berdebar. Berdebar? Awat nak main debar2 pulak ni? Entah la. Hati ni antara cemas dan harap. Cemas dek kerana pagi ni kawan-kawan ambe exam markaz lughah esok. Exam pusat bahasa yang telah mreka duduki selama satu stengah bulan. Dorng yang exam awat aku pulak yang debar ea? Haha hurriyyah nafsiyyah, kebebasan pribadi, so ambe ade hak la kan.. :)

  Utk artikel kali ini, ana khaskan utk mreka kawan-kawan ku merangkap sahabat-sahabat ku yang akan berimtihan markaz lughah. Penulisan utk mendoakan, men'support', dan men papun yang boleh ana bagi utk mreka biar dorng bersemanagt dan berhusnuzzan terhadap diri sendiri yang mreka boleh berjaya dalam exam kali ni. Mugkin bagi orang lain yang tidak menuntut di Mafraq, imtihan ni suatu yang lumrah. Tiap2 sem ade imtihan, nak kecoh apekan. Tapi bg kami di Mafraq ni, khasnya di Al aL-Bayt university, ma'ruf dah dgn markaz lughah ni, dan imtihan markaz lughah ni pulak, bagaikan antara 'hidup dan mati'.. Nak kate ganas tak ganasnye markaz lughah ni. Apa-apa pun, moga Allah permudahkan segala perjuangan korng esok. Sape2 yang terbaca artikel ni, walaupun 10 hari selepas mreka berimtihan, atau setahun selepas ni, atau bahkan 10 tahun lepas, tak kesah la, tolong la doakan sama utk mereka , moga mereka semua tergolongan dlm golongan orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat, bukan stakat imtihan markaz lughah ni je, sebab markaz lughah ni adalah wasilah yang kecil utk mreka semua mencapai kejayaan yang lebih besar dalam pembelajaran mreka, dan kejayaan yang lebih besar diakhirat nanti.. Insya Allah


NASIHAT UTK SAHABAT2 KU YANG AKAN EXAM

 Mugkin bukan nasihat yang ana nak bagi ni, cuma nak berkongsi beberapa perkara je yang dianjurkan oleh Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam kita, iaitu berdoa memohon kejayaan. Ana rasa wajib dah semua org dah tahu perkara ni.. Ma'ruf dah fe'el ni walaupun takda yang suruh. Tapi, adakah cara kita berdoa tu betul mengikut apa yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam? Antara adab dalam berdoa, cara dan lafaz dalam berdoa pun kena diambil kira. dalam penggunaan lafaz atau asma Allah, jangan kita menggunakan lafaz al Latif (yang Maha lembut) sebagai contoh utk kita memohon perlindungan dpd siksa api neraka. Bukan tak boleh, tpi tak sesuai dlm penggunaan asma. Bila kita berdoa utk memohon kejayaan imtihan ni, boleh la guna al Latif tu, ar Rahman, ar Rahim, al Khabir, dan lain2 yang sesuai dengan keadaan. Selain penggunaan nama, adab lain dalam dlm berdoa ialah sebaiknya kita memohon sesuatu yang terbaik utk kita, mengikut ilmu Allah. Sebab kita tak tahu mana yang terbaik utk kita, dan mana yang buruk. Ada sesuatu yang baik dimata kita, tapi ia buruk dipandangn Allah. Kita tak tahu sebab benda yang mustaqbal, yang akan datang, adalah sesuatu yang ghaib. Hanya Allah la yang Maha mengetahui. Ini bersesuaian dgn maksud daripada bahagian awal doa istikharah,


اللهم اني أستخيرك بعلمك وأستقدرك يقدرتك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدرك ولا أقدر وتعلم ولا تعلم وأنت علام الغيوب


"ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjukMu utk membuat pilihan yang tepat dengan ilmuMu dan aku memohon kekuatan kepadaMu dengan kekuasaanMu, aku memohon anugerahMu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, sedang aku tidak, Engkau Maha Mengetahui sedang aku tidak, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.."

 Selain daripada itu, adab lain dpd berdoa ialah tidak tergesa-gesa dalam menanti diijabahnya doa kita tu. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda dalam hal ini,

 يستجاب لأحدكم مالم يعجل, فيقول : قد دعوت ولم يستجب لي   رواه البخاري 

"Dikabulkan doa seseorang daripada kalian selagimana dia tidak terburu-buru, dia berkata : Aku telah berdoa , tapi Allah tidak mengabulkannya."

kita kena ingat, Nabiyallah Musa 'alaihissalam pernah berdoa kepada Allah, tpai selepas 40 tahun baru Allah makbulkan doa Baginda. itu Baginda 'alaihissalam, satu-satunya Nabi Allah yang pernah memohon utk melihat wajah Allah dan Allah mengabulkannya walaupun dengan hanya menunjukkan cahaya Allah kpd sebuah bukit..

أدعوني أستجب لكم   سورة غافر 60

Allah dah berjanji akan mengabulkan doa kita, so jangan pernah berhenti berdoa la ye.. :)

 Sunnah lain yang dianjurkan oleh Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dalam memohon sesuatu ialah dgn melakukan solat istikharah. Solat yang ringkas, hanya dua rakaat. Selepas membaca al Fatihah, baca surah2 yang kita kehendaki sebab tiada dalail kahs yang menunjukkan ada bacaan khas dalam solat istikharah ni. Solat ni pun, paling lama mugkin dlm 5 minit boleh siap dah. Boleh dilakukan pd bila-bila masa kecuali pd waktu yang diharamkan utk kita bersolat, sebab kita sentiasa berhajat dan berkehendak pd Allah.
kenangan di dinding 11 bahasa
singboard markaz lughah

Akhirul kalam, utk sahabat2 ku, moga Allah mempermudahkan imtihan korng ni. Bak kata exco akademik, sifarkan markaz lughah tu dpd pelajar2 Melayu. Biarlah pelajar baru tahun satu yang mengisi kekosongan kursi markaz lughah tu. Insya Allah, jangan pernah berhenti berharap dan memohon kpd Allah. Dia yang tidak pernah tidur dan penat dpd mendengar dan mengabulkan hajat hamba-hambaNya, Dia yang tidak marah bila diminta bahkan Dia akan marah bila kita tidak meminta kpdNya. Anadai diberi kejayaan, bersyukurlah kerana telah diberi yang terbaik utk kita. Dan andai Dia masih ingin kita duduk lagi satu fasa kt markaz lughah tu (na'uzubillah la), berperasangka baik la pd Nya, mugkin Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik dari tu. Sesuatu yang kita tak nampak, tapi Dia yang Maha Mengetahui. Insya Allah, jgn pernah berhenti berharap dan berusaha kpdNya, apa yang ditakdirkan utk kita, itu yang terbaik mengikut ilmu Allah. Bittaufiq wan najah wal barakah.. Moga ilmu yang korang dapat pd fasa ni, menjadi berharga dan bernila didalam kelas dan musyarakah korng dgn doktor2 di jami'ah..


--------------------------------------------------------------------------

TEKS PENUH DOA ISTIKHARAH BERSAMA KETERANGAN DAN PETUA BERAMAL


اللهم اني أستخيرك بعلمك وأستقدرك يقدرتك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدرك ولا أقدر وتعلم ولا تعلم وأنت علام الغيوب. اللهم إن كنت تعلم أن هذا الأمر خير لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري فاقدره لي ويسره لي ثم بارك لي فيه وإن كنت تعلم أن هذا الأمر شر لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري فاصرفه عني واصرفني عنه واقدرلي الخبر حيث كان ثم أرضني به..


"ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjukMu utk membuat pilihan yang tepat dengan ilmuMu dan aku memohon kekuatan kepadaMu dengan kekuasaanMu, aku memohon anugerahMu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, sedang aku tidak, Engkau Maha Mengetahui sedang aku tidak, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, jaika Engkau mengetahui bahwa urusan ini baik utk ku dalam urusan agama ku, hidup ku dan kesudahan dpd urusan ini, maka mudahkanlah bagi ku dalam urusan ini, kemudian kurniakanlah keberkatan (dpd urusan ini) kepadaku. Dan jika Enkau mengetahui bahwa perkara ini membahayakan diriku dalam urusan agamaku, kehidupanku dan kesudahan dpd urusan ini, maka elakkanlah aku daripadanya, kemudian takdirkan bagiku segala perkara yang baik di mana saja dan berilah redhaMu kepadaku." (dalam riwayat Nabi sallallahu alaihi wasallam menyuruh kita utk menyebutkan hajat kita pd akhir doa ini. Dalam riwayat lain selepas kalimat  أن هذا الأمر  yang pertama)


maraji' : 101 doa dpd hadis-hadis sahihi bab solat istikharah dan lain2 karya ust Zahazan Mohamed

Sabtu, 28 Mei 2011

cuti, ‘utlah, holiday, vacanza, libur..

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah, selepas lebih kurang 4 bulan bertungkus lumur, berjuang dengan 3 subjek pelajaran dengan suasana ‘hangat’nya jami’ah, akhir usai sudah perjuangan ku dan kawan-kawan utk semester ni. Alhamdulillah..natijah imtihan pun ada yang dah keluar dan ada jugak yang masih tergantung. entah la, kalau melihat pada kaji selidik yang dikeluarkan oleh pihak jami’ah, antara soalan dia ialah natijah imtihan keluar seminggu selepas imtihan. tapi ni dah dekat dua minggu dah, tak keluar-keluar jugak. biarlah, kalau keluar sekarang pun, bukan nak tengok sangat pun result tu, mala nak tengok pun ade jugak. apa-apa pun, moga aku dan kawan-kawan dapat natijah yang terbaik, harapnye bukan natijah je yang baik, tapi ‘keadaan’ ilmu pun makin baik. yela rasa sia-sia je bila kite dapat result yang ‘gempak’ tapi ilmu tak bertambah pun. keluar je dari dewan exam tu, ilmu yang kita belajar selama 4 bulan pun ikut ‘keluar’ dari kepala ni, na’uzubillah la

Mengikut tajuk diatas, cuti! ya, cuti (dengan pelbagai bahasa yang menbawa maksud yang sama). sekarang ni dah masuk musim cuti bagi penggal ni. bila dah masuk musim cuti ni, jiwa kita akan bersa kosong sebab dah hari-hari biasa pergi kelas tau dengar pengajian dari Doktor-doktor di jami’ah, sekarang ni, bila dah cuti, jadi takda pulak pengisian yang kita dapat. bila dah takada pengisian dari ‘jami’ah’ ni, rasa keboringan yang melampau tu wajib dah, cuba la paksakan diri dengan melakukan pelbagai aktiviti. ikut la apa pun janji bermanfaat. tapi pengisian waktu cuti ni bukanla dengan tidur sepanjang masa, melepak ke pekan tau ke bandar, tapi cuba la isi dengan apa-apa perkara yang bermanfaat, baca buku ke, cari tempat talaqqi kitab ke, cari ilmu tambahan dari internet atau maktabah ke, mana-mana je la, janji benda tu membawa ‘pulangan’ yang baik utk diri kita..nasihat utk diriku juga yang seringkali lalai ni. apa pun yang kita nak buat masa cuti ni, ingatlah Dia yang sentiasa mengawasi kita, mengawasi setiap gerak-geri kita..teringat pada satu ayat Quran dalam surah Fussilat ayat 40 Allah berfirman ;

اعملوا ما شئتم انه بما تعملون بصير

maksudnya : “Buatlah apa saja yang kamu kehendaki (tapi ingatlah), sesuangguhnya dia Maha melihat terhadap apa yang kamu kerjakan”.

imam Ibnu katsir mentafsir ayat tersebut dengan tafsiran yang begitu ringkas. katanya, “Buatlah apa saja yang kamu kehendaki, samada perkara itu baik atau buruk, sesungguhnya Dia mengetahui dan Dia melihat apa yang sedang kamu kerjakan”.

Moga ayat tersebut menjadi benteng utk kita daripada melakukan perkara2 yang tak baik pada musim cuti ini. ada baiknya juga saya mencadangkan nota nasihat al Imam Ibnu Qayyim al Jauzy utk bahan bacaan kita pada musim cuti ini. nota yang berisi nasihat dari sang Imam supaya kita terhindar daripada melakukan dosa dan maksiat. moga bermanfaat

http://bayangan-terang.blogspot.com/2011/01/10-nasihat-bermanfaat.html

tu je kot coretan utk kali ni. segala kebaikan datangnya dari Allah dan semuanya akan kembali pdNya..wallahu’alam dan selamat bercuti

Ahad, 15 Mei 2011

peristiwa Nakbah 1948

(Sempena 63 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948)
Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yangjvp_frontpage_nakba pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.
Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.