Ahad, 15 Mei 2011

peristiwa Nakbah 1948

(Sempena 63 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948)
Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yangjvp_frontpage_nakba pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.
Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Khamis, 28 April 2011

demam imtihan bermula

Bismillahirrahmanirrahim. tak terasa dah 3 bulan berlalu, terasa begitu cepat. rasanya baru semalam aku pergi ulang-alik ke idafah maliah atau mawaid tasjil utk bayar yuran dan tasjil madah, tup3, pejam celik makan tido makan tido, akhirnya tiba jugak kita dipenghujung semester 2 kali ni. tersa begitu singkat masa berlalu. alhamdulillah, harapnya, moga pegakhiran sem ni tidak sia-sia, moga ilmu pun bertambah dengan berakhirnya sem ni, amiin.


mathsexam Buat mreka yg akan imtihan esk, tau lusa, tau awal bulan ni, tau akhir bulan 5 ni, tau 18hb 5 ni, tau 21hb 5 ni last, tau bile-bile je la, khasnye yg akan imtihan pusat bahasa pada esk hari dan hari selasa ni (imtihan pusat bahasa dibuat dalam dua hari), bittaufiq wan najah. moga Allah permudahkan imtihan kita. amiin pesan penaja, jagn lupa Allah mase tengah menjawap soalan nati. time tengah fikir nak tulis jawapan tu, ingat la Allah, bebanykkn zikir, istighfar dan selawat ke atas Nabi sallallahu'alaihi wa sallam. bukan takat time imtihan ni je baru nak ingt Allah, tpi ingt la Dia tiap masa dan tiap ketika..bak kate 'org' tu,'bilo demo ingt ko ore, ore akn ingt ko demo'..haa bukan ‘org’ tu je yang cakap, tapi ada orang paling mulia dimuka bumi ni bersabda,

احفظ الله يحفظك ، احفظ الله تجده تجاهك ، إذا سألت فاسأل الله ، وإذا استعنت فاستعن بالله

  hadis daripada sahabat Abdullah bin Abbas ra yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, bahwa Baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Jagalah Allah niscaya Ia akan menjaga mu, jagalah Allah niscaya engkau akan mendapatiNya bersamamu. bila engkau memohon sesuatu, maka mohonlah kepadaNya, dan jika engkau hendak meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan kepadaNya..”

sikit pesanan yang daripada Ibnu Qayyim al Jauzi yang nak dikongsi bersama, beliau berkata,



  ‘pada akal itu ada cahaya dan maksiat tu plak penutup kpd cahaya akal tu’.

so, utk menghilangakan kesan yang dibawa oleh maksiat yang kita lakukan selama ni, perbayankkan la istighfar dan memohon ampun atas segala dosa-dosa yang dah kita buat selama ni, moga akal kite tak jdi 'blur' time exam nti disebabkn dosa yg kte buat menutupi akal kite. amiin
teringat pesan seorang kawan,'Allah tanak tengok hasil yg kite buat tp nk tgk cne kite mghasilkannya'..buat yg terbaik, insya Allah moga Dia permudahkn sgalanya..amiin (baynk dah amiin ni, moga Dia mendengar doa-doa yang kite panjatkan..amiiin)


smbl tu, baik kiranya kalu kte wt solat ISTIKHARAH, mohon moga Allah berikn yg terbaik utk kita, utk hidup kita mngikut ilmu Dia..jgn time nk cri istri je bru nak wat solat istikharah ni, time2 ni pun kne la wt gk ^^,

exam
~salam mujahadah~


ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
doa istikharah yang diajarkan oleh Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam,


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي 
(diriwayatkan oleh Imam Bukhari)




Rabu, 13 April 2011

indahnya islam dengan kemaha pengasihnya Allah swt..

Bismillahirahmanirrahim. dalah satu hadis Qudsi Allah swt berfirman,


عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال : قال النبي - صلى الله عليه وسلم - : يقول الله تعالى :( أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني ، فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي ، وإن ذكرني في ملإ ذكرته في ملإ خير منهم ، وإن تقرب إلي بشبر تقربت إليه ذراعا ، وإن تقرب إلي ذراعا تقربت إليه باعا ، وإن أتاني يمشي أتيته هرولة ) .
رواه البخاري و مسلم .


  renung dan hayatilah video kt bawah ni, moga bermanfaat..

Ahad, 10 April 2011

dunia ku kini...

Bismillahirahmanirahim. Allhumma inni 'auzubikan min fitnati dunya..terkejut sagat hari ni bila tengok satu video yang dishare oleh kawan2 kt fb. video dgn latar waktu yang mukgin tengah terjadi sekarang ni, minit ni, atau saat ini, video kekejaman manusia terhadap binatang. na'uzubillah ya Allah. mintak diri ini dijauhkan dpd terlibat dengan perkara ni. tak kuat rasanya nak tengok sampai habis, tengok sekerap pun rasa nak muntah da..memang zaman kemusnahan dan kezaliman. manusia dan takda hati perut dah. tak cukup dengan hanya berperangai macam 'binatang', tapi nak jugak jadi macam binatang bahkan nak jadi lebih teruk dari binatang tu sendiri. sangat bersesuaian la dengan firman Allah dalam surah al 'Araf ayat 179,

لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ
 بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ

Ahad, 27 Mac 2011

jom bermuhasabah..

 Bismillahirahmanirahim. kali ini ana nak ajak para pembaca yg budiman berdiam diri sejenak sambil merenungkan kalam-Nya yang penuh dgn mu'jizat. Allah swt berfirman dalam surah al Hasyr ayat 18,

بسم الله الرحمن الرحيم
يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون
  ]الحشر 18 


maksudnya :" Wahai orang-orang yang beriman! Bertqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Dia telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan segala apa yang kamu kerjakan." Quran surah  Al Hasyr 59 : 18

   Dalam tafsir ibnu katsir, Imam Ibnu Katsir meghurai ayat tersebut dgn menyertakan sebuah hadis yang  

Ahad, 20 Mac 2011

menanti sebuah perubahan..

  Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah habis sudah imtihan awwal ku tadi. lega rasanya, tinggal lagi dua imtihan je lagi utk semester ni. insya Allah boleh la nak prepair dari sekarang.. apa yang ana nak kongsi kali ni nye, adalah sebuah pengalaman yang rasa baru beberapa minit berlalu. pengalama berjalan bersama org arab. bukan kali pertama ana berjalan dgn org arab, tapi ana rasa perjalanan kali ni rasa agak lain sikit daripada biasa. lain sebab perjalan kali ni, ana kena 'marah' dgn arab tu dan ana redha dgn kemarahan dia tu..haha
  Ceritanya, balik dari kuliah tadi, ana pergi berjalan ke balad tadi, dalam perjalanan balik, ada seorng arab turun dari bas. Bila dia turun je dari bas tu, ntah tak tahu kenapa, tak da hujan takda ribut tetiba je dia marah-marah kt ana. membebel entah bape, tak berapa nak fahaf jgn mula-mula sebab dia guna lahjah ami yg begitu pekat, tapi lama kelamaan baru faham ape tajuk 'kemarahan' dia tu. Rupanya dia agak kurang puas hati dgn sesetengah pelajar Melayu (atau mugkin semua?), khasnya yang tinggal di imarah 'ulwan.

Khamis, 17 Mac 2011

hikmah disebalik tergedi

Bismillahirrahmanirrahim. agak lama rasanya ana tidak tulis dalam blog ni, maklum la, semenjak dua menjak duduk kat Jordan ni, ade je kerja dan aktiviti yg nak dibuatnye (cam raji menulis je mase kt msia..hehe) kena pulak sekarang ni masih lagi dalam fatrah imtihan, so lagi la takda mase nak menulis tu (walhal mmg malas nak menulis pun..hee). Inagtnya minggu lepas ada lerlintas nak tulis 'mugo', tapi tu la, teringat pulak akan imtihan dan assignment yang diktur wa dukturah bagi, memang lupus terus niat nak menulis tu. Apa-apapun, moga perkongsian yang sikit ni membawa makna yang besar, insya Allah.

 Ada sdikit perkongsian yg ana nak berbagi dgn 'pembuka' blog ana ni (kalu tgk kt ukhwah online tu ade je org yg bukak..tak tahu la sape.pape pon, trimakasih kerana sudi mngunjungi blog ku.. :), perkongsian tentang apa yang telah terjadi beberapa hari lepas, tepatnya hari jumaat 11hb mac lepas. sepertimana yang kita semua sedia maklum, satu gempa bumi berskala 9 Richter (telah dinaikkan hari ni dpd 8.9 sebelum ni) beserta tsunami setinggi 10 meter yang berlaku di Sendai, Honshu telah

Sabtu, 26 Februari 2011

Muammar Ghadafi, sang singa Afrika yg lapar

Asia Tenggara lubuk harta Gaddafi




TRIPOLI - Dalam senyap-senyap, pemerintah Libya, Muammar Gaddafi telah mengumpul kekayaan mencecah AS$60 bilion (RM183 bilion) dengan beberapa bilion dolar wang miliknya selamat disimpan dalam beberapa akaun rahsia di negara Asia Tenggara.
Jumlah tersebut meletakkan Gaddafi sebaris dengan bilionair terkaya dunia seperti taikun telekomunikasi, Carlos Slim Helu dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan masing-masing memiliki kekayaan AS$53.5 bilion (RM163.2 bilion) dan AS$50 bilion (RM161.7 bilion).
Sebuah akhbar Britain melaporkan jumlah aset Gaddafi bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau telah mengumpulnya sejak memerintah Libya selama lebih 40 tahun.
Akhbar Belanda, De Volkskrant, melaporkan sekitar AS$40 bilion (RM122 bilion) asetnya berada di Libya manakala bakinya disembunyikan di luar negara.
Menurut beberapa sumber di London dan Tripoli, wang tunai yang disimpan di luar negara itu adalah khusus untuk kegunaan keluarganya.

Khamis, 27 Januari 2011

10 nasihat bermanfaat

Bismillahirrahmanirrahim.Segala puji bagi Allah Rabb seru sekalian alam. Salawat dan salam moga terlimpah kepada Nabi dan Rasul paling mulia. Amma ba’du.
Kita sebagai manusia, tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa, hatta sekecil-kecil dosa sekali pun, pasti kita akan lakuakan. setiap masa dan setiap hari. tak kenal erti 'penat' dalam melakukan dosa. Hatta diri ini sendiri, tak pernah lekang daripada melakukan dosa. Kadang kita tak sedar perkara yang telah kita lakukan itu adalah merupakan suatu dosa disisi islam, tapi di mata kita, perkara tu tidak menjadi 'sesuatu yg aneh', tapi ia hanyalah suatu perkara yang biasa. Berikut ini adalah sepuluh nasihat yang bermanfaat daripada syaikh Ibnu Qayyim rahimahullah untuk menggapai kesabaran diri agar tidak terjerumus dalam perbuatan maksiat, maga dapat kita renung dan kita amalkan bersama.

Ahad, 13 Jun 2010

adab bicara dalam islam




gambar sekadar hiasa..hehe
sekarang ni,ramai org yang merasa mrekalah pakar dalam berkata-kata dan berbicara. tapi pada hakikatnya, mereka tidak sedar yg kebanyakan dpd percakapan mreka itu salah dari segi undang2 dan tata cara bercakap dlam islam.sbgian yang lain pulak, asal tekeluar kate, tak kire la prkataan die tu ade melukai hati sahabt die tau lawan berckap die, main cakap je, janji keluar kate, tak kire dose pahala, semua benda dia katekan smpai2 dia tak perasan yang die dah mengumpat dan mengaibkan orang lain.. na'uzubillah.. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam adalah antara org yang petah dalam bercakap dan Baginda juga telah mngajarkan kpd kita bgaimana cara dan adab ketika bercakap..moga bleh jagi pngajaran buat kita smua

1.semua pembicaraan haruslah utk kebaikan.
"Barangsiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berkata baik atau lebih baik diam." (HR Bukhari Muslim)

2.Berbicara haruslah benar dan jelas.
"Bahwasanya perkataan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua orang yang mendengar."(HR Abu Daud)

3.Seimbang dan elakkan unsur belagak dalam berbicara.
"Sesungguhnya orang yang aku paling benci dan paling jauh daripada ku nanti dihari kiamat ialah orang yang banyak cakap dan berlagak dalam berbicara."  Maka dikatakan : Wahai Rasulullah kami telah mengetahui arti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun  (متشدقون).lalu apa makna al mutafayhiqun (المتفيهقون)? Maka jawab Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: "Orang-orang yang sombong." (HR Tirmizi dan dihasankannya)

4.Menghindari banyak berbicara kerana khuatir membosankan orang yang mendengar.
Adalah Ibnu Mas'ud ra sentiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdur Rahman! Seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawap Ibnu Mas'ud : Sesungguhnya tidak ada yang menhhalangiku memenuhi keinginan mu, hanya aku khuatir akan membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan Beliau menjawap khuatir menbosankan kami." (HR Muttafaq 'alaih)

5.Mengulang kata-kata yang penting jaka diperlukan.
Daripada Anas bin Malik ra bahawa adalah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam jika berbicara maka Beliau mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarnya menjadi faham, dan apabila Beliau sallallahu 'alaihi wasallam mendatangi rumah seseorang maka Beliau pun mengucapkan salam tiga kali.(HR Bukhari)

6.Menghindari mengucapkan perkara-perkara yang medatangkan dosa.
"Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah subahanahu wata'ala yang ditidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah mencatatkan yang demikian itu sampai hari kiamat." (HR Tirmizi dan Ibnu Majah.Tirmizi berkata hadis ini hasan lagi sahih)

wallahu'alam..smoga kite dpt mngambil pelajarn dan pengajaran dpd nota ni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita..

قال الله تعالي "وذكر فات الذكرى تنفع المؤمنون" والله اعلم