Ahad, 10 April 2011

dunia ku kini...

Bismillahirahmanirahim. Allhumma inni 'auzubikan min fitnati dunya..terkejut sagat hari ni bila tengok satu video yang dishare oleh kawan2 kt fb. video dgn latar waktu yang mukgin tengah terjadi sekarang ni, minit ni, atau saat ini, video kekejaman manusia terhadap binatang. na'uzubillah ya Allah. mintak diri ini dijauhkan dpd terlibat dengan perkara ni. tak kuat rasanya nak tengok sampai habis, tengok sekerap pun rasa nak muntah da..memang zaman kemusnahan dan kezaliman. manusia dan takda hati perut dah. tak cukup dengan hanya berperangai macam 'binatang', tapi nak jugak jadi macam binatang bahkan nak jadi lebih teruk dari binatang tu sendiri. sangat bersesuaian la dengan firman Allah dalam surah al 'Araf ayat 179,

لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ
 بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ

Ahad, 27 Mac 2011

jom bermuhasabah..

 Bismillahirahmanirahim. kali ini ana nak ajak para pembaca yg budiman berdiam diri sejenak sambil merenungkan kalam-Nya yang penuh dgn mu'jizat. Allah swt berfirman dalam surah al Hasyr ayat 18,

بسم الله الرحمن الرحيم
يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون
  ]الحشر 18 


maksudnya :" Wahai orang-orang yang beriman! Bertqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Dia telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan segala apa yang kamu kerjakan." Quran surah  Al Hasyr 59 : 18

   Dalam tafsir ibnu katsir, Imam Ibnu Katsir meghurai ayat tersebut dgn menyertakan sebuah hadis yang  

Ahad, 20 Mac 2011

menanti sebuah perubahan..

  Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah habis sudah imtihan awwal ku tadi. lega rasanya, tinggal lagi dua imtihan je lagi utk semester ni. insya Allah boleh la nak prepair dari sekarang.. apa yang ana nak kongsi kali ni nye, adalah sebuah pengalaman yang rasa baru beberapa minit berlalu. pengalama berjalan bersama org arab. bukan kali pertama ana berjalan dgn org arab, tapi ana rasa perjalanan kali ni rasa agak lain sikit daripada biasa. lain sebab perjalan kali ni, ana kena 'marah' dgn arab tu dan ana redha dgn kemarahan dia tu..haha
  Ceritanya, balik dari kuliah tadi, ana pergi berjalan ke balad tadi, dalam perjalanan balik, ada seorng arab turun dari bas. Bila dia turun je dari bas tu, ntah tak tahu kenapa, tak da hujan takda ribut tetiba je dia marah-marah kt ana. membebel entah bape, tak berapa nak fahaf jgn mula-mula sebab dia guna lahjah ami yg begitu pekat, tapi lama kelamaan baru faham ape tajuk 'kemarahan' dia tu. Rupanya dia agak kurang puas hati dgn sesetengah pelajar Melayu (atau mugkin semua?), khasnya yang tinggal di imarah 'ulwan.

Khamis, 17 Mac 2011

hikmah disebalik tergedi

Bismillahirrahmanirrahim. agak lama rasanya ana tidak tulis dalam blog ni, maklum la, semenjak dua menjak duduk kat Jordan ni, ade je kerja dan aktiviti yg nak dibuatnye (cam raji menulis je mase kt msia..hehe) kena pulak sekarang ni masih lagi dalam fatrah imtihan, so lagi la takda mase nak menulis tu (walhal mmg malas nak menulis pun..hee). Inagtnya minggu lepas ada lerlintas nak tulis 'mugo', tapi tu la, teringat pulak akan imtihan dan assignment yang diktur wa dukturah bagi, memang lupus terus niat nak menulis tu. Apa-apapun, moga perkongsian yang sikit ni membawa makna yang besar, insya Allah.

 Ada sdikit perkongsian yg ana nak berbagi dgn 'pembuka' blog ana ni (kalu tgk kt ukhwah online tu ade je org yg bukak..tak tahu la sape.pape pon, trimakasih kerana sudi mngunjungi blog ku.. :), perkongsian tentang apa yang telah terjadi beberapa hari lepas, tepatnya hari jumaat 11hb mac lepas. sepertimana yang kita semua sedia maklum, satu gempa bumi berskala 9 Richter (telah dinaikkan hari ni dpd 8.9 sebelum ni) beserta tsunami setinggi 10 meter yang berlaku di Sendai, Honshu telah

Sabtu, 26 Februari 2011

Muammar Ghadafi, sang singa Afrika yg lapar

Asia Tenggara lubuk harta Gaddafi




TRIPOLI - Dalam senyap-senyap, pemerintah Libya, Muammar Gaddafi telah mengumpul kekayaan mencecah AS$60 bilion (RM183 bilion) dengan beberapa bilion dolar wang miliknya selamat disimpan dalam beberapa akaun rahsia di negara Asia Tenggara.
Jumlah tersebut meletakkan Gaddafi sebaris dengan bilionair terkaya dunia seperti taikun telekomunikasi, Carlos Slim Helu dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan masing-masing memiliki kekayaan AS$53.5 bilion (RM163.2 bilion) dan AS$50 bilion (RM161.7 bilion).
Sebuah akhbar Britain melaporkan jumlah aset Gaddafi bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau telah mengumpulnya sejak memerintah Libya selama lebih 40 tahun.
Akhbar Belanda, De Volkskrant, melaporkan sekitar AS$40 bilion (RM122 bilion) asetnya berada di Libya manakala bakinya disembunyikan di luar negara.
Menurut beberapa sumber di London dan Tripoli, wang tunai yang disimpan di luar negara itu adalah khusus untuk kegunaan keluarganya.

Khamis, 27 Januari 2011

10 nasihat bermanfaat

Bismillahirrahmanirrahim.Segala puji bagi Allah Rabb seru sekalian alam. Salawat dan salam moga terlimpah kepada Nabi dan Rasul paling mulia. Amma ba’du.
Kita sebagai manusia, tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa, hatta sekecil-kecil dosa sekali pun, pasti kita akan lakuakan. setiap masa dan setiap hari. tak kenal erti 'penat' dalam melakukan dosa. Hatta diri ini sendiri, tak pernah lekang daripada melakukan dosa. Kadang kita tak sedar perkara yang telah kita lakukan itu adalah merupakan suatu dosa disisi islam, tapi di mata kita, perkara tu tidak menjadi 'sesuatu yg aneh', tapi ia hanyalah suatu perkara yang biasa. Berikut ini adalah sepuluh nasihat yang bermanfaat daripada syaikh Ibnu Qayyim rahimahullah untuk menggapai kesabaran diri agar tidak terjerumus dalam perbuatan maksiat, maga dapat kita renung dan kita amalkan bersama.

Ahad, 13 Jun 2010

adab bicara dalam islam




gambar sekadar hiasa..hehe
sekarang ni,ramai org yang merasa mrekalah pakar dalam berkata-kata dan berbicara. tapi pada hakikatnya, mereka tidak sedar yg kebanyakan dpd percakapan mreka itu salah dari segi undang2 dan tata cara bercakap dlam islam.sbgian yang lain pulak, asal tekeluar kate, tak kire la prkataan die tu ade melukai hati sahabt die tau lawan berckap die, main cakap je, janji keluar kate, tak kire dose pahala, semua benda dia katekan smpai2 dia tak perasan yang die dah mengumpat dan mengaibkan orang lain.. na'uzubillah.. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam adalah antara org yang petah dalam bercakap dan Baginda juga telah mngajarkan kpd kita bgaimana cara dan adab ketika bercakap..moga bleh jagi pngajaran buat kita smua

1.semua pembicaraan haruslah utk kebaikan.
"Barangsiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berkata baik atau lebih baik diam." (HR Bukhari Muslim)

2.Berbicara haruslah benar dan jelas.
"Bahwasanya perkataan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua orang yang mendengar."(HR Abu Daud)

3.Seimbang dan elakkan unsur belagak dalam berbicara.
"Sesungguhnya orang yang aku paling benci dan paling jauh daripada ku nanti dihari kiamat ialah orang yang banyak cakap dan berlagak dalam berbicara."  Maka dikatakan : Wahai Rasulullah kami telah mengetahui arti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun  (متشدقون).lalu apa makna al mutafayhiqun (المتفيهقون)? Maka jawab Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: "Orang-orang yang sombong." (HR Tirmizi dan dihasankannya)

4.Menghindari banyak berbicara kerana khuatir membosankan orang yang mendengar.
Adalah Ibnu Mas'ud ra sentiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdur Rahman! Seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawap Ibnu Mas'ud : Sesungguhnya tidak ada yang menhhalangiku memenuhi keinginan mu, hanya aku khuatir akan membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan Beliau menjawap khuatir menbosankan kami." (HR Muttafaq 'alaih)

5.Mengulang kata-kata yang penting jaka diperlukan.
Daripada Anas bin Malik ra bahawa adalah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam jika berbicara maka Beliau mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarnya menjadi faham, dan apabila Beliau sallallahu 'alaihi wasallam mendatangi rumah seseorang maka Beliau pun mengucapkan salam tiga kali.(HR Bukhari)

6.Menghindari mengucapkan perkara-perkara yang medatangkan dosa.
"Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah subahanahu wata'ala yang ditidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah mencatatkan yang demikian itu sampai hari kiamat." (HR Tirmizi dan Ibnu Majah.Tirmizi berkata hadis ini hasan lagi sahih)

wallahu'alam..smoga kite dpt mngambil pelajarn dan pengajaran dpd nota ni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita..

قال الله تعالي "وذكر فات الذكرى تنفع المؤمنون" والله اعلم

Jumaat, 7 Mei 2010

mari duduk sekejap....kita beriman sejenak

Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia.Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.

Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis tafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain. Memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran. Memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan. Memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang membawa kepada bid'ah atau kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah dan petunjuk.

Selasa, 27 April 2010

cinta yg lucu!

"Lucu ya.. Duit RM50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila
dibawa ke Starhill

Lucu ya.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton perlawanan Chelse vs Liverpool

Lucu ya.. Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang
di panggung

Lucu ya.. Susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau
solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila
bertemu kawan-kawan, boyefriend & gilefriend.

Lucu ya.. Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan
waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila
imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Lucu ya..Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi
majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun
habis ditelaah.

Lucu ya.. Orang berebut paling depan untuk menonton
bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling
belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat
keluar.

Lucu ya.. Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan
agenda kita, tapi untuk acara lain seperti
menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual
kita boleh diubah.

Lucu ya.. Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucu ya.. Semua orang inginkan masuk syurga tanpa
harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan
apa-apa.

Lucu ya.. Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
suratberantai melalui email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir
dua tiga kali..

Tak lucu??Lucu-lucukanlah diri kita.. memikirkan yg
lucu tu.."

buat renungan bersama..

Isnin, 22 Mac 2010

15 jenis siksaan bagi org yg suka melalaikan solatnya

dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda, "Ada 15 siksaan bg mereka yg suka meninggalkan solat. 5 siksaan semasa ia hidup, 3 siksaan menjelang ia mati, 3 siksaan di dalam kubur, 3 siksaan apabila ia dibangkitkan dan satu siksaan pada hari kiamat.

5 siksaan semasa ia hidup :
1. Allah cabut keberkatan daripada umurnya
2. Allah padamkan cahaya kesalihan dari wajahnya
3. semua amalnya tidak ada satupun yg mendapat pahala daripada Allah
4. doanya tidak diangkat ke langit/di dengar oleh Allah
5. ia tidak akan mendapat bahagian daripada doanya orang-orang shaleh/orang-orang beriman

3 siksaan menjelang ia mati/ketika ia sedang nazak :
1. orang yg tak solat dia akan mati dalam keadaan yang hina
2. dia akan mati dalam keadaan lapar
3. dia akan mati dlm keadaan haus yg teramat

3 siksaan semasa ia berada dalan kubur :
1. dia akan dihimpit oleh kubur sampai patah semua tulang-tulangnya
2. akan dinyalakan api didalam kuburnya dan ia akan terbakar dengan api itu sepanjang malam dan siang
3. akan datang seekor ular yg bernama "assyuja'ul aqra'" yang akan menyiksanya sehari semalam sebanyak bilangan solat yang ia tinggalkan sampai ke hari kiamat

3 siksaan apa bila ia dibangkitkan daripada kubur :
1. diberatkan timbangan hisabnya
2. dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah
3. dia akan di masukkan ke dalam neraka

1 siksaan pada hari kiamat ialah pada dahi/kening orang-orang yang tidak sembahyang akan ada 3 baris perkataan.
baris pertama berbunyi, "hai orang-orang yang menyia-nyiakan hak Allah"
baris kedua, "hai orang yang kembali mendapat kemurkaan Allah"
baris ketiga, "sebagai mana kamu menyia-nyiakan hak Allah,maka Allah akan menyia-nyiakan kamu pada hari ini.